Wednesday, 1 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera 


 
Gambar ihsan pak cik google

Sebabkan family una memang wajibkan sahur setiap hari,so makanan untuk sahur memang dah standby siap-siap tengah malam tu,so bila bangun sahur tinggal panaskan je.Tapi ibu una memang raijn masak..kadang-kadang ibu masak macam waktu nak berbuka pun ada huhuhu..,Tapi..in case lah kalau semua orang terbangun lambat atau terlupa nak standby makanan untuk sahur,memang akan laju-laju check fridge dan laju-laju fikir hidangan yang paling cepat dan boleh kenyangkan..So,inilah yang una terfikir untuk entry #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas ni.

Hidangan yang una tulis dalam entry ni pun bukanlah yang selalunya dibuat untuk hidangan sahur paling ringkas,ada banyak lagi..tapi ni aynag antaranyalah heheh..okay lemmi show you how to cook these two dishes okay.

Resepi sambal ikan bilis kering

1. Ikan bilis (kalau boleh kalau ada masa lapang kopek ikan bilis tu siap2..nanti nak guna tak payah susah-susah nak kopek lagi.)
2. Bawang besar/bawang merah
3. Cili api (kalau suka pedas,letak banyak sikit )
4. Kicap masin ( so lepas tu tak payah letak garam dah)

Cara masak sambal ikan bilis kering

First,panaskan minyak,budget je,jangan jangan banyak sangat.Then,masukkan bawang,dan masuk cili api dan ikan bilis,masak sampai jaring..tapi jangan jaring sangat.Lepas tu, letak kicap (tapi agak-agak je jangan sampai jadi hitam pulak hehhe) Okay,dah siap..senangkan..


Resepi telur dadar

1.Telur ayam (ikutlah nak letak berapa 3 atau 4 biji ke)
2. Bawang besar/bawang merah (option,nak letak okay,tak letak pun okay.)
3. Sayur hijau ( option jugak,nak letak okay,tak letak pun okay..una biasa letak,kalau hidangan lain tak ada sayur )

Cara masak telur dadar

Ate...teman tak percayalah mike tak reti masak telur dadar....tak apelah teman tunjukkanlah jugok ye..mana tau ade adik-adik yang baca ni baru nak belajar.. hehe senang je,pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan lain yang mike ada... lepastu kocak/kacau guna garfu (apa tah lagi perkataannya ye... mike faham lah noh) dan lepas tu panaskan minyak,tapi agak-agak je,jangan letak banyak sangat..then tuangkan campuran telur tadi,masak sampai agak-agak warnanya keperangan..Lepastu letak dalam pinggan dan bolehlah makan..

P/S : Haa..senang ke idok nak buat dua-dua hidangan ni..senangkan...kejap sangat nak buat..tapi yang paling penting jugak nasi putih mestilah kena ada..kalau tak ada,makan dengan roti pun jadi..okay,cukup untuk masa ni noh..jumpa kat entry yang berikutnya lepas ni..huhuu..I got 2 more entries to go for #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni..yelah..kita dah terlewat 3 hari ampa..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~






































































1 comment:

  1. Sedap juga sahur macam tu Una... Paling penting kita bangun juga untuk ambil berkat sahur tu walau dengan seteguk air...

    ReplyDelete

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...