#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Pengalaman Pahit Bulan Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tiba-tiba macam tak excited pulak nak tulis pasal tajuk seterusnya ni..huhu sorry..bukan apa sebab kenangan pahit una ni memang pahitlah bagi una..baru je jadi tahun lepas...kenangan yang una maksudkan ni ialah..una accident di bulan Ramadhan..accident bawak kereta Exora ibu una..sorang-sorang..on the way nak balik rumah dari tempat kerja ( kerja part time masa cuti semester ) berbuka puasa dengan family una..


Bukan nak berbangga,tapi sebelum ni una belum pernah experience accident lagi dan akhirnya pada bulan Ramadhan tahun lepas una accident..subhanallah..memang jantung macam nak tercabut masa tu..cerita asalnya,adik una request untuk pakai kereta Myvi yang una selalu guna sebab dia nak pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan kat KL.So,kalau bawak Myvi macam jimat petrol kalau tersekat dalam traffic jam pun..dan una pun setuju untuk tukar kereta dengan adik una.

So,basically,una jarang bawak Exora dan mungkin dah nasib hari tu,una accident..bayangkan dengan keadaan masih berpuasa,nak dekat waktu berbuka,dengan menggelabah sebab accident,.memang terus tak tahu macam mana nak cakap..

Nasib baik ada 2 orang ni tolong bawa una pergi klinik dan lepas tu belikan una air dan makanan berbuka puasa..tak tahu mana diorang sekarang..semoga Allah sentiasa mudahkan urusan diorang..Alhamdulillah ade orang tolong.bukan tu saja,doktor kat klinik tu pun tak tahu lah kenapa,.friendly sangat..dia boleh buat lawak pulak time orang tengah susah hati..

Sebabkan masa tu tengah heboh pasal kes perempuan marah pak cik pakai stering lock..then doktor tu pulak cakap kat una..."Tadi tak ada keluarkan stering lock kan.."  ==.==" Lepas tu, orang yang tolong una ni terus tolong call parents una..dan beberapa minit lepas tu,adik una sampai.. oh ya,kemudian,una dengan adik tolong hantar mangsa accident lagi seorang tu pergi Hospital Sungai Buloh untuk buat checkup lagi detail,sebab injured di kepala dia lagi teruk sebab menurut doktor mangsa tu dalam keadaan mabuk..

Sebab mangsa lagi seorang ni bukan warga negara Malaysia jadi untuk deal dengan dia agak susah,dan menurut polis yang una dan 2 orang pemuda yang tolong una tu refer,polis tu bagi tahu,kalau nak teruskan report, nanti lama untuk process claim insuran kerosakan kenderaan dan susah jugak sebab mangsa lagi seorang tu tak ada kad pengenalan..( ke sebab polis tu malas nak layan? )

Jadinya kes ini cuma diselesaikan di luar balai polis.Lepas tu,bila una dan adik bawak mangsa lagi seorang ni tadi pergi hospital,lepas buat check up dan ternyata dia sebenarnya berada dalam keadaan mabuk.. dan doktor tu telah pun memaki hamun mangsa tu.. (una rasa kesian dalam 1,2 minit je.. lepas tu una fikir.."humm padan muka kau! thank you doctor...) T.T  ye lah sebab bos tempat kerja dia langsung tak nak bertanggung jawab..sampai sekarang kes itu ditutup begitu sahaja..sighhh...

P/S : Mula-mula ibu marah adik una sebab tukar Exora dengan Myvi yang una selalu bawak,sebab una memang jarang bawak Exora.. memandangkan kondisi Exora yang lebih berat,tinggi dan luas,dan  mengambil masa untuk berhenti bila dalam keadaan sedikit laju disebabkan ia berat. Jadi itu adalah kemungkinan una accident sebab una kawal Exora sama macam Myvi..tapi una bagi semua fikir positive saja..sebab bila Allah kata jadi,maka ianya tetap terjadi..(Minta maaf kalau ada yang tak faham cerita ni..ini yang termampu una ceritakan.. ) 

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Pengalaman Pahit Bulan Puasa

  1. alahai tkpe una. dugaan bulan puasa ni besar ganjarannya kalau kita bersabar&redha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul...tu lah..nak buat macam mana..dah jadi huhu

      Delete
  2. Semoga lebih hati-hati lain kali, tapi bila kita sabar dan tenang hadapinya ia lebih mudah untuk dihadapi...

    ReplyDelete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.