Friday, 2 December 2011

Terima kasih kawan..:)

    Tiba-tiba aku teringat pasal seseorang ni..padahal aku tengah pening ni,dan tengah nak tidur dah.tapi tak pe lah,aku tulis je la..ye la nanti lupe pulak. :P
     Dia adalah classmate aku kat poli ni..Dia banyak nasihat aku,kuatkan semangat aku masa aku tengah down dulu,dan banyak jugak tolong aku..Dia memang baik budaknye..Dia lah orang yang tenangkan aku masa aku down lepas break dengan ex aku dulu..yelah mungkin sebab tu first time aku kapel and first time jugak aku break,and in relationship tu pun dah dua tahun..x jauh beza tarikh dengan tarikh lahir adik aku yang last.
     Mungkin sebab aku susah nak terima orang dump aku macam tu,secara mengejut pulak tu buat aku macam tu..aku cerita kat kawan aku ni sebab dia pun kawan kepada ex aku tu.Niat first aku nak dia tolong cakap kat ex aku tu.Dia buat..tapi lepas tu dia nasihatkan aku untuk lepaskan je ex aku tu,bukan sebab dia nak backup siapa-siapa,tapi sebab tak ada gunanya mengharapkan orang yang dah tak ikhlas lagi dengan kita.Dia cakap lagi,aku kena terima semua ni dengan ikhlas,ni adalah takdir dan ujian untuk aku.Allah tak kan uji aku lebih dari kemampuan aku sendiri...
      Dia nasihatkan aku supaya kuat..ingat Allah selalu,doa banyak-banyak...and bila aku cakap kalau aku memang x kuat jugak macam mana? Then dia cakap bacalah Al-Quran..and aku buat,aku buat semua yang dia nasihatkan aku,walaupun memang aku solat,tapi kali ni,aku doa dengan lebih sungguh-sungguh lagi,and bila aku dah nak teringat kat ex aku,aku akan doa,baca Al-Quran ataupun tgk movie yang aku suka..(movie korea..boleh nangis jugak lah...)
      Selain orang lain yang tolong aku untuk bangun balik,aku sendiri kena tolong diri sendiri untuk bangun,..Rugilah aku kalau lemah sebab lelaki.Ada beberapa lima orang je yang taw pasal aku break tu..sorang jiran aku,sorang roomate aku sem 1 dlu,sorang housemate aku sekarang,sorang kawan hometown aku dan sorang lagi termasuk lah kawan aku ni..aku tak dapat nak kongsi sedih aku dengan orang lain sebab ex aku tu 1 jabatan dengan aku,and gf die tu classmate dia sendiri..n aku pun kenal gf ex aku tu,macam tu jugak dengan classmate perempuan aku yang lain..So aku tak nak hubungan "kawan" antara dorang semua jadi lain walaupun sikit sebabkan perkara macam tu.
      Memang ambil masa jugak untuk aku tenang and bersemangat balik.kadang-kadang bila aku rasa down aku cerita kat 5 orang yang aku mention td,tapi kadang-kadang call kawan aku yang aku cerita awal-awal tadi sebab nasihat dia memang boleh masuk dengan diri aku.Dia memang banyak dengar luahan aku sepanjang aku tengah down tu.Kadang-kadang sampai aku ternangis pun,dia cuba tenangkan aku.Terima kasih sangat kat dia....tapi sebenarnya,terima kasih Allah sebab kau sebenarnya nak tunjukkan aku yang terbaik untuk aku,dan kau hantarkan seseorang untuk aku,supaya aku dapat bangun semula.Sebabkan aku fikir semua yang jadi ni kehendak Allah,aku x berdendam sikin pun dengan ex aku and gf dia tu.In fact,aku belum marah dia pun  lagi sebabkan hal tu.Aku break pun time puasa,sebab tu aku kena banyak sabar..
    Time aku praktikal pun dia lah yang banyak tolong aku,dari tempat tinggal dia,datang kat tempat aku dengan laptop die,then kadang-kadang bawak balik laptop aku and bawak jugak laptop dia balik rumah dia balik kalau laptop aku rosak,..Aku tak taw lah nak cakap.kesian pun ada..
     Sekarang aku dah rasa lega dengan semua tu,perasaan tu pun dah pergi jauh-jauh dari diri aku.betul cakap dia,mungkin ada hikmah di sebalik semua yang Allah bagi,tak kiralah perkara baik ataupun sebaliknya. Dah setahun lebih aku break dengan ex aku tu,aku still ingat benda-benda yang kawan aku tu nasihatkan.tapi ape pun,bila aku teringat je kata-kata kawan aku tu,buat aku tersenyum,makin dewasa aku ni rupanya,macam-macam pengalaman yang aku dah lalui..(walaupun tak de lah banyak sangat..umur aku pun baru 20 tahun..kakaka) Mungkin tak aku jumpa dia lagi bila dah habis poli nanti...tapi apa pun,kalau satu hari nanti aku down lagi,aku akan buat macam yang dia pernah cakap...Allah saje yang dapat balas budi dia...:)
 

Wednesday, 30 November 2011

Photoshop _tutorial..

     Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu...

       Aku sekarang dah start cuti sem...Then ada housemate aku message aku tanye step atau cara aku edit gambar kenalan aku ri tu..memang housemate aku tu orang first yang aku tunjuk hasil edit aku tu...So dengan tidak keberatan aku pun terangkan balik step aku edit tu...tapi dalam masa yang sama aku terfikir jugak untuk publishe kan cara aku edit tu..bukan lah dengan niat ape-ape pun.cuma untuk berkongsi saje...

     So ni lah first photoshop tutorial aku..hehe..Aku x confirm sangat nama edit ni ape sebab aku pun cuba-cuba je..actually kalau nak belajar dari youtube pun banyak jugak..

    Ok ni adelah step-step aku edit gambar tu..simple je...
  1. Buka photoshop.
  2. Pilih gambar ape yang kita nak edit.
  3. Pilih elleptical marquee tool
  4. Pergi pada select kat atas tu,dan tekan kat inverse.
  5. Pergi kat filter,blur,radial blur.
  6. Tukarkan blur method tu jadi zoom.
  7. Pastu adjust amount die,then tekan ok.
  8. Dah siap... :)
 Macam ni lah rupanya hasil edit tu..:)

Monday, 28 November 2011

Jauhkan diriku dari kesesatan ya Allah..

     Assalamualaikum w.b.h

    Kali ni aku nak post tentang kejahilan,penderhakaan,pengingkaran,pendustaan seorang hamba yang kerdil kepada penciptaNYA.Memang lumbah hati manusia cepat dan senang berubah-ubah.Actually bila duduk sendiri kat luar rumah,pergi mana-mana tempat yang cantik dan tenang atau nampak benda-benda yang cantik aku mesti terfikir tentang kebesaran Allah.Yup..memang terfikir dan rasa bersyukur sangat.
     Tapi kejap tu je la..bila dah sampai tempat lain,aku dah fikir pasal lain pulak..kurang dah rasa nak bersyukur tu..Tu lah yang ruginya..Semoga bila Allah nak tarik nyawa aku nanti,aku ada kat tempat yang mana aku tengah berfikir dan menghadirkan rasa syukur kat Allah.Semoga aku sentiasa ingat Allah walaupun aku happy tahap nak gila sekali pun.
      Lepas tu,aku bukan fikir pasal diri aku je.Aku fikirkan pasal orang-orang zaman sekarang jugak..laman sosial..macam-macam jenis orang aku kenal kat laman sosial ni.Ada yang baik dan ada jugak yang (bukan jahat) tapi tak taw lah nak kate.
                     



Firman Allah dalam An Nisaak: 110.
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
            Juga dalam Yunus: 27.
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding(setimpal) dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
            Allah menimpakan bala musibah yang sebanding atau setimpal dengan perbuatan jahat/ maksiat yang dilakukan oleh manusia.

Wednesday, 23 November 2011

Tahniah Harimau Malaya!

    

   
     Petang tu aku terasa macam nak sangat tengok perlawanan bola.Aku tak pernah tengok perlawanan bola kat luar (kedai makan lah),sebab aku jenis kalau tengok bola mesti separuh-separuh jalan je..Then,hari tu,aku cakap dengan housemate aku,nak ikut dia pergi tengok bola kat luar..cuba-cuba je..demi nk tengok Malaysia lawan untuk final ni..:)


    Dah exited ni nak tengok bola..walau pun malam tu keadaan macam nak hujan.Awal minit perlawanan tu tiba-tiba Indonesia dah dapat goal yang pertama.Aku rasa down jugak lah...Tapi aku dapat rasa perasaan pemain-pemain bola kat sana tu mesti lagi nervous,bengang and rasa nak buat Malaysia menang jugak.Lagi pun yang membuatkan aku rasa macam geram gile,masa yang Malaysia menang lawan Indonesia hari tu,sampai penyokong Indonesia tak hormat lagu Negaraku,bakar bendera Malaysia,kutuk-kutuk Malaysia..lupa agaknya ramai orang dorang tu cari makan kat Malaysia ni...haish...memang buat aku panassss... jer kan ngan dorang tu...bila Indonesia dah dapat goal satu tu,muka bangge giler penyokong-penyokong kat sane tu...tak semegah...
  
    Aku yang tengah makan tu pun rasa macam dah tak selera.haha.tengok jer Malaysia tengah lawan bola dengan pemain Indonesia yang asyik nak wat trick kat pemain Malaysia,dengan pemain Malaysia yang kene kad kuning saja..tapi yang aku suka tengok,bila penjaga goal Malaysia,Che Khairul Fahmi dapat tepis apa pun cara goal yang cuba dibuat oleh Indonesia tu.And boleh nampak yang pemain Malaysia masing-masing memang betul-betul jaga jugak pintu goal Malaysia daripada bolehkan Indonesia masukkan goal...
so tahniah sangat-sangat untuk semua..:)

    Then,minit-minit nak separuh masa dah..Malaysia pulak dapat goal...aku dengan keseronokan yang tinggi terus jerit..dah macam lelaki pun ada..haha..sambil ucapkan alhamdulillah tiba-tiba aku rasa air mata aku kuar sikit..:))...yang housemate aku,jangan cakap lah..lagi lah suka ria..haha.Focus aku makin tebal kat screen dan tak hiraukan makanan kat depan aku..haha..
   
    Then,hujan turun.semua orang yang awalnya duduk luar dari kedai terus pindah masuk and semua berkerumun kat meja aku dengan housmates aku sebab kitorang betul-betul dekat gn tv,lepas screen kat luar kedai kena tutup sebab hujan lebat.Dah masuk second game,Malaysia dengan Indonesia seri dengan 1-1 dan sampai nak abis masa tambahan pun,still seri.Tak lama lepas tu,siaran Astro pulak terganggu..warrgghh sangat spoil..nak balik rumah takut rumah pun x dapat siaran.last-last boleh pergi kat  belakang kedai sebelah tengok bola kat situ pulak.sebab tv tu pakai siaran biasa...hahhaha macam hui..gile lah..wat lawak je.semata-mata..dah semua orang pun mencari siaran jugak..haha.

  
    Malaysia denagn Indonesia still 1-1 sampai lah dorang kena wat panalti.che..wah dah taw sikit-sikit ni pasal bola..:D Aku memang doa sangat-sangat Malaysia akan menang. Awal-awal aku ok lagi,tapi bila dah pertengahan tu aku dah risau sikit sebab takut apa-apa yang buruk akan tjadi..and sampai goal yang last,aku sampai boleh melompat lah sebab Malaysia dah goal and sekaligus menang untuk pingat emas Sukan Sea yang ke 26 ni..hahha cayalah Malaysia...housemate aku pun terkejut kot tengok aku..haha.sekali lagi air mata aku kuar sikit je..tapi capat-cepat cover haha...Lepas tu semua pulang dengan hati yang happy and senyum je...:) Jadilah malam senyum Malaysia...

   Ni video saat-saat jaringan panalti antara Malaysia dengan Indonesia dan Malaysia menang.. :D

video



 Tumpang gembira untuk mereka...:)
 

Sunday, 20 November 2011

Kentang goreng sambal

   Menu tengahari aku hari ini :
  1. Nasi putih
  2. Kentang goreng masak sambal
  3. Sayur bendi tumis
  4. Air kosong
  5. :)
      Semua ni housemate aku yang masak,nama dia Anis.Thank you Anis..memang selalunya dia bagi taw aku kalau dia rasa nak masak simple-simple,kentang goreng masak sambal tu lah yang dia akan masak.Lepas tu,makan dengan nasi panas,dah..simple kan..
      Kali pertama aku dengar Anis cerita tu,aku rasa pelik,sebab aku tak pernah makan kentang dengan nasi je..sebab bagi aku,kentang tu sejenis sayur dan mane boleh aku makan sayur dengan nasi je...
      Tapi bila dah lama-lama,aku dah biasa sebab bagi aku lain area lain cara..kan.Memang tak salah nak cuba benda baru...last-last ,sampai cuti minggu hari tu,aku balik rumah aku,dan aku masak kentang rogeang masak sambal tu kat rumah,selain ada lah lauk yang lain..Tapi still yang simple-simple je..sebab masa tu ibu ada hal kat luar,so aku lah yang masak kat rumah..

Ini lah rupa kentang goreng masak sambal....
Tapi internet punya,housemate aku masak lagi sedap...heee :))

Ini pulak,salah satu resepi KENTANG GORENG MASAK SAMBAL yang ada kat internet...
Housemate aku punya lupa nak salin..hee..Tengok-tengok je..Lepas tu try sendiri..nasib baik jadi..:)

 Resepi Kentang Goreng Masak Sambal

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah ( nak letak boleh,x nak letak pun xpe..nak ganti dgn yg lain pun  boleh..)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang
  5. SELAMAT MENCUBA
 Erm..aku rasa itu lah satu benda baru yang aku belajar dan taw.Nanti bila dah habis pengajian diploma aku ni,mesti aku akan teringat semua ni..mesti jugak aku akan rindukan kentang goreng masak sambal dia..yang dari situ aku start makan kentang goreng masak sambal dengan nasi..and itu mesti buat aku tersenyum sendiri.:)

Friday, 18 November 2011

Conguratulatios . . .

  Well,semalam 17 November 2011 ada 3 perkara penting yang berlaku dalam life aku.

First,aku jawab exam paper algorithm.Tahniah untuk aku sebab berjaya lawan demam untuk jawab exam.semalam aku jawab exam dengan tidak bersin-bersin kerana selsema lagi..weee :)) terima kasih kepada Allah juga sebenarnya,sebab berikan aku kesihatan yang baik..

Second,perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia yang akan tentukan siapa yang akan masuk separuh akhir untuk piala....=.=?? Sukan Sea la..:P  Aku jarang tengok perlawanan bola sepak,tapi sebabkan semalam negara aku,malaysia yang lawan aku tengok lah jugak.Tapi tengok first game je pastu aku tertidur..boleh tertidur pulak kan.Tapi macam mane pun tahniah untuk kejayaan masuk ke semi final dan mengalahkan Indonesia dengan 1-0 yang telah di score pada first game.

Third of all,adik aku dapat 4A dalam UPSR.aku aspect dia dapat 5A sebab dia dapat 4A time trial,but somehow still okay as she tried her best.So tahniah and good luck for the next journey..


      

Wednesday, 16 November 2011

oxam oh exam

   Semalam time jawab paper HCI (Human Computer Interaction) aku rase pening kepale,rase tak larat giler dengan dok terbersin-bersin sebab selsema and yang paling penting rase macam nak berhenti jawab je..tapi sebab fikirkan exam tu penting aku gagahkan and teruskan jugak...sebenarnya dari paper Java kelmarin lari aku dah dok terbersin-bersin..seksa giler bile selsema...
    Lepas tu,bile dah balik rumah,aku terus terbaring n tertidur,bile bangun-bangun je rase badan aku dah panas,n kepala rase berat sangat,hidung pun lagi lah,dengan tersumbatnya,dengan mengalir-ngalir je cecair tidak berwarna die tu.haha.Yang tak tahannye "sleeping partner" aku,anis pun demam jugak lepas tu.haha.kesian kat anis,tapi dah takdir,bukan aku saje bagi bg virus.

   Petang tu bagi taw kat ibu,then ibu call suruh pergi klinik,ayah kate try tanye kalau ade yang panel nanti guna yang panel punya..tapi aku x pergi klinik pun,petang tu jugak  housemate aku,ijan teman aku pergi sabak bernam beli ubat,aku just beli panadol soluble,asam jawa (de la orang tu ajar aku minum air asam jawa bile demam),koyok and 100 plus untuk anis.
   Dugaan melanda bile time nak bayar casher cina kedai tu dok sibuk interview aku kenape bile tu kenape x beli ni,kenape tu kenape ni...haish..siap promote barang2 dia yang lain tu yang aku rase macam nak sumbat je mulut aunty tu gn pe2 yang muat kat mulut dia tu and rase macam nak cancelkan,beli kat tempat lain je,tapi fikir sebab aku tengah tak larat,layan je la aunty tu.tapi aunty tu memang sibuk je..biarlah aku nak beli ape pun..huh.

Thursday, 3 November 2011

Pagi yang bosan...

     Pagi tadi dalam pukul 8.30 pagi aku dengan housemate aku selamat sampai ke rumah lepas semalaman over night dalam area perak,plan mula-mula nak pergi Latar Kinjang,tapi pargi kat Kuala Woh...mungkin memang dah xde rezeki kot,sebab dah jauh,baru tersedar yang dah tersalah jalan,lepas tu bile dah balik dari Kuala Woh tu baru lah ternampak ade sign board punya besar tunjuk arah pergi Latar Kinjang..tapi boleh tak nampak...ermm x pe la..mesti ade hikmah kenapa x dapat pergi...lepas tu kitorang habiskan malam kat Ipoh,Lumut,Teluk Batik,dan Marina Island..memang best,tapi penat..and memang giler jugak la dah subuh pun tak balik-balik rumah lagi...mula-mula rasa macam malas jugak nak pergi,sebab fikir baju x basuh lagi,and nak rehat kat rumah je..
     Sepanjang perjalanan balik rumah hujan turun,tak lebat sangat tapi membuatkan pagi tadi rase macam hambar je...housemate aku anis,and lala sampai-sampai rumah sewa je terus siap-siap nak balik rumah diorang,housemate aku yang lain terus terbongkang..aku pulak,dah sampai rumah terus tak terasa nak tidur.last-last,aku layan facebook la..and tengok movie..bosan sangat...

Wednesday, 2 November 2011

What a dull day..

     Semalam hari aku kene submit report untuk projek CD learning..tak de la macam kelam kabut pun,cuma memerlukan kesabaran yang tinggi sikit je,sebab kene tunggu untuk waktu yang agak lama...actually hari sebelumnye tu lagi pening sebab aku tak tau nak balik rumah sewa macam mane..housemate aku yang balik de hal,so tak dapat nak tumpangkan,sorang lagi demam,x larat nak drive,so die x balik la hari tu.ayah pulak kursus,balik malam,ibu x dapat nak hantarkan sebab kereta lagi satu ade problem sket.tapi macam mane pun terima kasih kat ibu and ayah sebab sanggup hantar aku ke rumah nenek tengah-tengah malam,lepas je ayah balik dari kursus dalam jam 9.10 malam.Then,lepas subuh nenek and wan hantar pulak aku balik rumah sewa...terima kasih semuanya..semoga sentiasa diberkati Allah...:)

     Tapi macam mane pun,lepas sampai je rumah sewa,jam 8.30 pagi aku terus siap-siap pergi poli untuk jumpe supervisor/lecturer tajuk projek untuk semak balik report aku,sebelum aku hantar kat lecturer projek aku.Alhamdulillah lepas dah mengharungi beberapa jam di library,aku berjaya submit report tu..sebab pintu jabatan kunci..mungkin semua lecturer jtmk de mersyuarat kot..macam-macam aku buat untuk isi masa lapang tu...:) tapi time tengah tunggu kat library tu,housemate aku pulak call bagi taw dorang plan nk pergi Lata Kijang..and cakap nak tunggu aku sampai bailk..so aku pun rase serba salah sebab belum dapat jumpa lecturer lagi...

    Last-last aku balik rumah sewa jam 2.20 petang macam tu,then kitorang semua terus siap-siap pergi Latar Kijang.Tapi macam dorang plan nak pergi tempat lain pulak..aku tak kesah pun,aku follow je...walaupun rase macam baru nak rehat.tapi sebabkan dorang pun dah tunggu aku lama,so aku ikut je la..then bincang punya bincang,dekat nak asar baru gerak...then on the way nak pergi tu,hujan..lepas tu aku,ijan and anis pergi makan pizza sebab aku belum makan lagi.kitorang makan pizza yang baru tu..

Monday, 31 October 2011

Blog keempat saya...[back to basic]

Bismillahirrahmanirrahim..
    Hari ni bersamaan 30 Oktober 2011 jam 8.44 pagi waktu Malaysia blog aku yang keempat dah di aku wat.Blog yang sebelum-sebelum ni dah ke mane tah..sebab lame x update pastu lupe dah password..mungkin ada kot care nak selamatkan blog-blog aku tu tapi aku je yang x taw kot..
   So harap-harap blog yang kali ni aku tak lupa password lagi...:)

Sunday, 30 October 2011

Yang lepas biarlah lepas @ yang lepas perlu dikenang?

   Erm..time kat blog yang lame dulu,of course la aku de cerita pasal moment-moment penting dalam hidup aku, tapi tak kisah sangat la sebab semua tu bukan tak penting,tapi memang tak kisah sangat la..dalam erti kata lain,yang lepas biarlah lepas...lagi pun,tak banyak sangat pun yang aku tulis,ye lah dah asyik lupe lupe email,lupe password je kejenye,pastu wat baru,pastu lupe lagi...hahaha..tapi kali ni harap-harap tak jadi macam tu lagi sebab dah guna cara selamat...hehe.

   Cuma ade satu perkara yang aku rase terkilan sebab tak dapat nak selamatkan..bende tu adalah cerita aku tentang seorang hamba Allah yang sekarang ni still study kat Cairo,Mesir...study Syariah Islamiah, mase tu die balik Malaysia sebab Mesir tengah bergolak..Ala time Mesir de konflik dalam awal-awal 2011 ni..Die tu senior aku time sekolah dulu sebanarnya,lepas tu tah macam mana boleh terjumpa balik..lame tak jumpa,last pun darjah enam dulu.Pelik jugak tu macam mane lah die boleh kenal aku lagi..ermm rase nak nangis jugak la sebab tak dapat tengok balik ape yang aku dah tulis dulu-dulu tu..tapi nasib baik lah gambar-gambar still ade lagi..erm memang banyak cerita dengan die kalau ikutkan,tapi nak cerita memang panjang sangat lah..ermm kalau yang ni aku rase aku x boleh terima kalau orang nak suruh aku jadikan yang lepas biarlah lepas...sedih-sedih...
 


 Ni lah rupanya student Mesir tu..:)

                                                                 Kat Ulu Yam,Selangor.


    Hmm ade satu lagi cerita yang aku still ingat dalam blog aku tu,aku ade kawan mat salleh yang fasih cakap Melayu,kenal die pun dari internet ni la..mula-mula tu takut jugak nak kawan dengan die,takut aku nanti kene tipu ke ape ke...tapi die kate die tak merbahaya,okay macam orang lain..so aku pun beranikan diri..nama die,Steven,steven ape tah..dari Jerman,umur die,34 tahun, die kerja sebagai guru tutorial untuk subjek Mathematic,Bahasa Inggeris dan "bahasa dunia" dan jugak guru music dekat salah satu tempat dalam Jerman tu.Die suka melancong,and sangat kenal Malaysia katenye,semua tempat kat Malaysia die dah pernah pergi.Tempat-tempat lain adela macam Eropah,Korea,Jepun,Australia,..sebabkan aku suke Korea aku suruhlah die ajar aku bahasa Korea,and die ajar,die ajar aku tulis nama dalam bahasa Korea..tak ade lah susah sangat sebenarnye..
    
     erm,die pun ade kawan melayu kat Jerman tu sebab tu lah die pandai cakap Melayu,dah belajar..and taw jugak la pasal agama Islam.Bile aku online,die selalu ingatkan aku untuk pergi solat.Aku pernah tanye die,die taw pasal Islam,so apa pandangan die tentang Islam...erm sebenarnya tak,die cuma kenal Islam dari luaran,die belum betul-betul kenal Islam.And die ade jugak cakap Islam ni susah..lagipun,die cakap kenapa ada orang Islam yang berperangai macam orang kafir..so macam mane pun Islam ni x boleh dipaksa,aku pun x cukup ilmu sangat nak cerita lebih-lebih..yelah kadang-kadang kita memang tak terlepas dari buat dosa.tah betul ke tak betul die tu pun aku x taw.
    Tapi aku dah lame pun lost contact dengan die,sebab die pernah kata cara aku fikir belum cukup matang,and ade lagi pe tah tak ingat..tapi die ade suruh aku usaha betul-betul kalau aku nak kn sesuatu..Lepas tu tah ape-ape tah,die yang add aku,lepas tu die yang remove aku..tak kesah pun la...bagi aku yang lepas tu biarlah lepas je...

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...