Thursday, 8 November 2018

Cara renew lesen yang hilang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Not very recently, I have lost my driving license somewhere and surprisingly, I just noticed that a week later..(I say..bila blogger nak ada emoticon tepuk ni..)..Well, itu pun sedar sebab usually memang akan check if  I have my driving license with me or not, just untuk pergi home tutoring,sebab kena bagi license kat guard before I can enter the housing area. Teruk kan? emm emm..jangan jadi macam ni okay korang..

So, perasan dalam wallet aku tak ada driving license,aku agak freak out juga la sebab aku baru je few weeks renew license untuk 3 tahun..aku fikir..habislah burn duit aku kalau kena bayar balik untuk 3 tahun yang aku dah bayar tu..Then,aku try cari kat some places yang aku selalu letak dalam kereta sebab senang nak capai bila nak pass driving license to the guard..and..lagi satu bad attitude yang korang tak boleh follow..which is letak barang penting merata-rata..no.. no.. jangan buat macam ni okay..

Image result for laughing gif

Okay without further ado,I will share with you guys cara korang kena buat bila driving license hilang.Tips ni korang ikut lepas maybe lepas dah hilang idea kat mana korang letak..huhu

Cara renew lesen yang hilang
  1. No need to do police report
  2. Pergi ke JPJ terdekat dengan area korang 
  3. Inform saja nak renew lesen sebab hilang
  4. Later,korang just perlu bayar untuk tambahan tahun sahaja daripada tarikh active license korang sekarang. Contoh, macam aku,dah renew sebelum ni untuk 3 tahun, cuma perlu bayar RM30 untuk tambahan tahun..so,jadilah 4 tahun semua..
  5. Tunggu sekejap for few minutes sampai nama korang dipanggil..taraaa settle..alhamdulillah.
Anyway, technically aku ada dua lisence sebab secara tak sengaja aku singgah DIY kat De Centrum,Bangi lepas je aku pergi JPJ..Memang betul rancangan Allah tu hebat..masa kat counter casher aku tiba-tiba tergerak hati nak beranjak untuk bayar kat counter sebelah sebab since counter tu dah kosong.Lalu tak semena-mena aku terpandang iklan power bank kat papan kecil kat counter tu (tak pernah pernah aku rajin teliti iklan kat papan tu,but that day,i did).Then,sambil aku leka baca iklan tu aku ternampak....haa


Sekali tengok..macam kenal muka ni..haha thats my lisence...then baru teringat yang aku ada pergi DIY juga minggu sebelumnya sebab kebetulan masa aku lalu sana tengah hujan lebat macam nak ribut.Cuba teka aku pergi DIY untuk beli apa..exactly,beli payung sebab before this nak beli payung asyik susah nak buat keputusan beli yang mana. (woah complicatednya aku ni..) Tapi masa hari hujan tu..senang pula aku buat keputusan beli payung colour apa..hahaha

P/S : Terima kasih Allah temukan semula aku dengan licenseku..hehe and thank you juga pada staff  DIY De Centrum, Bangi yang dah tolong jagakan license aku..dan pamerkan kat papan counter..


Tara... aku ada 2 lesen..pak cik JPJ tak tau ni..huhuhu

Moral of the story : Even busy macam mana pun, don't take things for granted..Always check your inportant stuff dan jangan letak merata-rata..dan selalu sediakan payung sebelum hujan. :)

Thank you for reading and have a good day :)

Thursday, 16 March 2017

Cerita calculator dan student ku



Assalamualaikum yoalls..

Lama dah tak datang mood menaip  diruangan blog ni.. selalu asyik menaip untuk urusan kerja je..hehe.Hari ni tergerak pulak hati untuk up story kat sini..cerita ni agak buat una tersentap..(sikit je) dan buat una tersengih jugak utk beberapa kali bila teringat moment tu ,hahaha.

Well,at this moment una tengah jadi pengajar atau home tutor kat Cheras untuk 2 orang student,sorang tu darjah 4 nama dia Faris dan sorang lagi kakaknya,darjah 6 yang namanya Dania, and subject yang una ajar tu subject Maths.

So,ceritanya una akan gunakan calculator untuk semak setiap calculation dorang, dah ada kemudahan kan..kenelah guna hehe. Then,masa tengah2 tekan calculator tu,datanglah satu soalan dari Dania,conversation tu jadi mcm ni..

Dania : Kak Una, apa beza calculator Casio warna hitam dengan warna
 silver?

Husna : Yang hitam tu version lama,silver ni yg latest sikit,penyusunan dia lebih user friendly,kene selalu gunalah kalau tak,tak faham jugak.

Dania : Apa maksud button log dengan yang lain-lain kat atas tu?

Husna : Kebanyakan button kat atas tu untuk pengiraan yang lagi complex sikit lah..Nanti Dania dah masuk sekolah menengah mesti belajar..

Dania : Tapi tu ada button sin..Sin tu dalam Bahasa Inggeris maksudnya dosa kan? So, calculator ni boleh kira dosa juga lah ye?



Tengok pada bahagian bulat kuning

* Lalu,seorang Husna pun terdiam disitu..memikirkan jawapan terbaik untuk reply..yang mudah untuk level kanak-kanak untuk faham..hahaha

Tapi at the same time una terfikir juga,bagus juga umur macam Dania dah mula concern pasal dosa pahala..which is good right..?Well,ini lah moment yang una akan simpan sebagai kenangan sebagai tutor.InshaaAllah nanti mesti ada sweet memory lagi akan datang.

So, if we think deeper, kita kene fikir balik, kalaulah dosa kita boleh kira pakai calculator ni,mahu hang calculator tu,sebab tak tertangguh banyaknya nombor yang nak kene kira.Tapi tak bermakna dosa kita tak boleh berkurang,boleh..dengan cara banyakkan sedekah and baiki diri setiap hari..InshaaAllah..

Okay guys,sampai sini je,nanti kita up story lagi na..:D
Wassalam,Jazakallahkhair..

*Untuk hire tutor,area Serdang,Bangi,Putrajaya dan Cheras atau kawasan berdekatan,boleh contact una.. 
email  : nurulhusna728123@gmail.com
phone : 0183829983

Fi Hifzillah,
~UNA~

Tuesday, 26 January 2016

Petua Merawat Demam Denggi

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Lately macam kerap juga dengar orang kena demam denggi..Actually denggi ni bila-bila saja boleh kena,cuma kita je yang tak aware,bila tiba musim denggi baru kita nak take action..may be ada yang tak macam tu..tapi mostly macam tu lah..huhu..Anyway,entry kali ni una tuju khas untuk adik una..Muhammad Nazirul Helmi Mohd Halim sebab baru-baru ni dia demam panas sampai jadi suspek denggi..innalillahiwainnailaihirojiun...No lah.. dia sihat lagi alhamdulillah..( musibah yang kita dapat kena ucap innalillahiwainnailaihirojiun okay...tak semestinya kematian sahaja...)

Taraaa...... nah una belanja sikit gambar adik una..

Since una memang minat medic,dam memang tak layak masuk bidang medic,so una belajar basic pasal medic sendiri sendiri saja..dan una pernah tahu tentang cara untuk reduce kepanasan demam panas dan demam denggi ni,tapi just tak berapa ingat sebab belum pernah praktikkan lagi..

So,una akan share kan juga kat sini untuk kegunaan bersama..Apa itu demam denggi   


Simptom Demam Denggi

Meh kita tengok simptom-simptom yang mungkin kita dapat sebelum disahkan kita menjadi suspek denggi..Macam adik una rasanya dia cuma demam panas..tapi agak nampak teruk sebab dia sakit sendi,sakit kepala..may be sebab dia jarang demam..alhamdulillah lah..

So simptom-simptom demam denggi adalah seperti berikut.
  • Demam Yang Tinggi Secara Tiba – tiba  Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik – Bintik Merah  Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan  Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi
Cara merawat demam denggi

Kebiasaannya, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi. Biasanya penggunaan ubat antipiretik akan digunakan unutk meredakan demam denggi.
Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh diguna pakai sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.
 Antara petua merawat demam denggi
1) Air Masak. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.
2) Sup Ketam. Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.
3) Jus Daun Betik. Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah, ambil sedikit dauh betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.
4) Jus Buah Kiwi. Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.
5) Jus Buah Kurma. Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh
6) Jus Buah Jambu. Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting unutk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.
7) Jus Pegaga. Kisar dan minum jusnya.
8) Tembikai Merah. Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

P/S : Kalau kita perhatikan, kesemua rawatan mudah demam denggi adalah dengan penggambil air yang banyak. Ada juga yang menggalakkan pengambilan minuman isotonik.Tapi una x galakkan kita amalkan air isotonik masa demam sebab air tu ada kandungan gas dan gula yang tinggi. Walaupun minuman isotonik boleh recover kita dari demam lebih cepat,tapi ada keburukan disebalik tu,sebab potensi mendapat penyakit kencing manis lebih besar.Walaubagaimana pun,semua ni cumalah usaha kita sebagai manusia sahaja..yang lebih layak bagi kita kesihatan tubuh badan sebenarnya adalah Allah..jadi ikhtiar,ikhtiar jugak...doa jangan lupa okay... ;D

Wassalam.
Fi Hifzillah,
~UNA~

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...