Jaga Ikhtilat,Jauhi Pergaulan Bebas.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah,another 1 more paper to go for exam!! Wehuuu...Tu yang menyempatlah jugak untuk update blog ni.Macam yang una pernah cerita sebelum ni,una memang jenis cepat hilang focus time study...Erm rasenye bukan una je,semua yang pernah jadi student mesti alami jugak..(Jangan tak nak mengaku pulak eh...huhu)

Jadinya,bila hilang focus,ke youtube lah kita...ikut individu itu sendiri lah..ade yang suka ber whatapp,ade yang dok scroll twitter,instagram,FB..macam una,una lagi suka tengok youtube..

Tapi basically una dah slowly try to overcome this dangerous situation,dengan beberapa cara una sendiri..(nanti una share di lain entry ye..) because it works! Alhamdulillah..rasa tak best kalau tak share ilmu yang kita tahu dengan orang lain...In shaa Allah nanti una share ye,sebab sekarang nak cerita pasal ikhtilat..sebab ikhtilat ni memang pentinglah sebenarnya untuk semua orang ambil perhatian..Una tahu ni pun lepas una godek-godek youtube few weeks ago..

So..here wo go..erm,una tak lah arif sangat,tapi una share apa una tau je okay..sebab una ambik perkara yang boleh jadi peringatan untuk una sendiri..wallahualam..



Ikhtilat tu apa ek??

Ikhtilat ni adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sama ada kat tempat sunyi atau pun tempat terbuka..

Kalau ikutkan,zaman sekarang ni kita memang tak kan terlepas dari ikhtilat,sebab?..Sebab environment kita memang bercampur,cuma...kita sendiri kena pandai handle..

Okay sebagai contoh ye,situation yang kita tak boleh elak,tapi kita still boleh kawal..contohnya..

1. Kat universiti dan institusi lain,pelajar perempuan/lelaki nak mintak penjelasan dari lecturer berlainan jantina..nampak macam boleh jadi ikhtilat kan..tapi,kita boleh kawal dengan ajak kawan sama mahram untuk teman kita..Haa kan dah boleh settle..

2. Lelaki/perempuan yang nak menghulurkan bantuan kat seorang lagi yang berlainan jantina yang sedang kesusahan..Kalau keadaan mendesak,kita bolehlah tolong,tapi kene segerakan urusan,dan yang penting jangan berdua-duaan lah okay...just don't lah..

(Ada lagi sebenarnya,tapi ni antara yang una ingat,...yang lain,bolehlah baca kat web ni..
bagi una web ni bagus jugak.. 


Apa hukum ikhtilat?

Haram! Namun...ada certain situation yang dibenarkan..macam yang una mention awal tadi.

Maksudnya,tak boleh ada group work atau discussion dengan lelaki langsung la?

Boleh je,Islam tu kan mudah,janganlah kita jadikan ia complicated,dan jangan pulak kita ambik mudah..yang penting apa tadi..? kita sendiri kene pandai handle.. (Kau memang suka tanya soalan then jawab sendiri kan Husna..lololololol )

Ini untuk peringatan kat diri sendiri jugak,kalau dah kena buat group work/discussion dengan bukan mahram tu,pandai-pandai lah jaga diri,jaga pergaulan..Perkara-perkara yang kena jaga macam :

#Jaga pandangan (jangan eye-to-eye sangat)
#Jaga suara (jangan cakap kuat sangat,jangan slow sangat )
#Jaga jarak (jarak agak-agak sedepa/muat seorang duduk ..jangan jarak sejengkal pulak..)
#Jangan banyak gelak-gelak,borak-borak
#Jangan berdua-duaan
#Cepatkan urusan
#Menutup aurat


Ikhtilat ni bukan specific bila jumpa lelaki/perempuan sahaja,dalam media sosial pun boleh jadi ikhtilat..rasa macam agak susahkan nak avoid terus,tapi at least kita kurangkan sikit-sikit..okay ? So,untuk information lain bolehlah tengok kat youtube...search je.."ikhtilat"




P/s : Una bukan sesiapa untuk cerita pasal ni,still orang yang mencari-cari ilmu untuk improve diri sendiri..jadi tak salah kita saling ingat - mengingati sesama kita,selagi ada masa untuk kita kat dunia ni,supaya kita sama-sama dapat improve diri kita untuk dunia lagi satu yang lebih kekal nanti..wallahualam..


Wassalam.

Fi hifzillah,

~UNA~

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Jaga Ikhtilat,Jauhi Pergaulan Bebas.

  1. bab ikhtilat ni x ramai org tahu lagi.....saya pun baru2 ni je tau pasal ikhtilat ni. Kalau nak bergaul dgn muhrim boleh asalkan ada matlamat yg baik. Tapi setuju la dgn una, kalau boleh biar ada member sejantina ikut sekali, asalkan x berdua-duaan.

    Anyway, Good luck for your exam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...actually ade cerita sendiri jugak untuk di share dlm tajuk ni...tapi takut jd panjang berjela pulak..terima kasih ...doakan una berjaya.. :)

      Delete
  2. yup btl. kdg2 kita trlps pndg. semoga kita akan sm2 jd lbh baik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaa Allah aien...selagi ada peluang untuk improve kite kene improve..

      Delete
  3. Terima kasih atas peringatan Una untuk kita semua... Islam itu mudah dan Islam itu amat indah untuk didalami...

    ReplyDelete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.