#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Apa Erti Puasa Pada Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengah-tengah blogwalking sana,blogwalking sini ternampak macam ramai pulak orang yang join macam satu contest ni..then una macam " apa benda yang ramai sangat orang join ni.. " sampailah una tertarik baca entry salah seorang yang join juga #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 dan una pun tanyalah kat blogger ni..Haa meh nak bagi credit sikit kat blogger ni...Terima kasih kat Encik Zumal ni sebab sudi tunjukkan jalan untuk una..=D

Bagi sesiapa yang belum join lagi,dan rasa nak join..bolehlah pergi kat link ni..blogger ni yang anjurkan cabaran ni.. menurut link yang diberikan oleh blogger Encik Zumal tadi.. 

menu wajib bulan puasa, resepi mudah bulan puasa, buah melaka, nasi ayam,

Okay,bila nak cerita pasal erti puasa bagi una,.Seriously,dulu masa kecil-kecil dalam sekolah rendah form 1,form 2 macam tu,una rasa tak suka langsung kalau sampainya bulan Ramadhan..Paling rasa tersiksa sekali bila dah sampai waktu sahur,dan wajib bangun sahur..dia punya rasa tersiksa macam orang yang dipaksa telan racun.. (hahaa dasyat tak perumpamaan.. ) Sebab biasanya bangun solat subuh pun around 6.15- 6.30 pagi sampai bulan Ramadhan je dah kena bangun sebelum pukul 5 pagi.

Tapi tu dulu,alhamdulillah bila dah besar sikit ni..dah ada exam besar macam PMR, SPM dan dah masuk universiti...una dah biasa bangun awal, kadang-kadang dalam pukul 3,4 pagi una bangun sampailah ke subuh dan dah tak tidur dah lepas tu,tak kiralah untuk study ke,revision ke,buat assignment..(ikut waktu negara mana pun tak tahu lah..haha ) tapi kadang-kadang tak bangun  3,4 pagi pun..depends lah..mungkin itu  jugak berkat ibu dengan ayah wajibkan bangun sahur time setiap kali Ramadhan..tapi ampa janganlah impress una bangun awal sebab study.. (wuuu study....) sebab una memang jenis orang yang tidur awal..hehe paling lewat pun pukul 1 pagi je boleh bertahan..


Jadinya,apa bermaknanya setiap kali datangnya Ramadhan ni bagi una ialah..Ramadhan bukan je mengajar una untuk lebih banyak bersabar berbanding bulan-bulan lain..which,kita kena tahan perasaan nak marah..lagi-lagi bila tengah lapar..(dululah..sekarang dah besar tak  ada dah macam tu).Well,benda ni seriously boleh apply tau untuk hari-hari dibulan lain..iaitu..kita anggap lapar tu sebagai suatu yang stress..dan sebabkan masa puasa tak boleh makan,jadi kita cari alternatif lain untuk tangani rasa lapar tu.Contohnya basuh muka ke,atau buat something lain yang berfaedah.So,ini akan buatkan kita jadi orang yang lebih cool dan tenang je setiap kali berhadapan dengan stress,sebab kita sentiasa berfikir cara untuk tangani masalah instead of fikirkan pasal masalah tu..

Bukan itu sahaja,Ramadhan juga buat una practice untuk sentiasa menjaga percakapan..untuk tak cakap benda sia-sia,then yang paling penting jangan sampai tercakap pasal orang atau mengeluarkan percakapan yang buat orang kecil hati..sebab kadang-kadang kita tak perasan..well dengan kita practice bersungguh-sungguh time Ramadhan..memang kita boleh biasakan untuk bulan-bulan berikutnya..

Okay,yang terakhir dan paling penting sekali tentang Ramadhan ialah..dalam bulan Ramadhan,segala amal ibadah kita akan dilipat gandakan pahalanya,terutama sekali pada 10 malam yang terakhir..ya Allah..seronoknya..kan..time nilah kita nak topup semua pahala-pahala kita yang berkurangan sebelum-sebelum ni..sebab makin hari kita bukan makin muda..dan ajal maut pun datang tak kira usia..jadinya kita kenalah sentiasa bersiap sedia..gunakan peluang ni sebaik mungkin,kalau sebelum ni kita jarang bukak Al-Quran,jarang sedekah,jarang zikir,bulan Ramadhan ni kita kena cuba jugak practice..bak kata nenek una,biar buat sikit,tapi consistence.. 


P/S : So,apa yang una nak tekankan kat sini ialah,Ramadhan memang bulan yang istimewa sebenarnya..sebab tu Ramadhan ni digelar bulan untuk umat Nabi kita, Muhammad S.A.W. Dulu una tak faham kenapa ada orang yang rasa sebak bila datang dan perginya Ramadhan,dan mereka selalu rindukan Ramadhan..makin lama,makin una banyak belajar,una mula faham..jadi,kita jangan sia-siakan bulan istimewa untuk kita umat Islam ni,sebab bulan ni lah kita patut lipat gandakan amalan dan bak nasihat nenek una,kita patut berlumba-lumba kumpul pahala dalam bulan Ramadhan ni..Anggaplah Ramadhan ni Ramadhan terakhir untuk kita.

Wassalam,

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Apa Erti Puasa Pada Anda

  1. Assalamualaikum Una, dikesempatan Ramadhan yang ada nie sama2lah kita manfaatkan sebaik mungkin... Ramadhan bulan sejuta rahmat, Allah janjikan kita pahala berlipat kali ganda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Zumal...anda tidak jawab lagi soalan saya kat chat box anda...sob sob

      Delete
  2. Salam terima kasih kerana sudi Join #cabaran20hari

    #cabaran20hari adalah untuk memberi satu suntikan semangat pada Blogger terutama yang baru untuk sentiasa UPDATE Blog setiap hari. Inisiatif ini adalah dari #exchangefeedgroup

    Jom kita, jangan sia sia kan Ramadhan yang masih berbaki. Carilah satu malam yang menyamai seribu bulan. Penulisan yang baik una

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..tapi sy x tau #exchangefeedgroup tu ape huhuhu

      Delete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.