Amalan Membaca Al-Ma'thurat Beri Kesan Sangat Positif

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Una bersyukur sangat sebab Allah dekatkan una dengan kawan-kawan yang banyak dan selalu nak berkongsi cerita dan pengetahuan diorang tentang ilmu akhirat.Mungkin Allah hantarkan mereka ni kat una sebab nak una belajar benda-benda yang una ambil sambil lewa sebelum ni.

Semalam masa tengah dinner,una dengan kawan,Huda borak-borak kosong,then sampai satu point Huda cerita pasal style dia study sebelum masuk UPM dulu,yang dia still buat sampai sekarang,dia selalu amalkan Al-Ma'thurat setiap pagi dan petang,dengan izin Allah dari keberkatan itu,Huda beberapa kali dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan / Dekan),alhamdulillah..

Huda cerita lagi,alhamdulillah jugak,dia rasa sangat senang untuk serap ilmu,rasa lapang hati dan fikiran,dan hari-harinya terasa mudah walaupun berdepan dengan keadaan yang susah.

 

Jadi una pun rasa terbuka hati untuk share pasal Al-Ma'thurat ni dengan semua,supaya kita semua dapat sedar dengan kelebihan Al-Ma'thurat ni,yang una sendiri pun sebelum ni selalu terima Al-Ma'thurat dari majlis-majlis kenduri kahwin,doa selamat dan sebagainya,tapi buat koleksi je,tak amalkan pun..huhu.

Sebabkan una tak berapa arif pasal Al-Ma'thurat ni,una search la sikit..dengan harapan,kita semua dapat manfaat dari apa una search ni,dan berusaha untuk amalkan.Amin..Bolehlah baca time free,cuba cari masa dan kita sama-sama cuba balance kan urusan duniawi dan akhirat okay..



Tahu tak apakah Al-Ma'thurat itu?
Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan.

Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek)
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari..
Insya-Allah

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat

*Tidak dihampiri syaitan
*Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
*Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
*Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
*Selamat dari segala sesuatu.
*Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
*Allah berhak untuk meredhainya
*Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
*Terhindar daripada syirik.
*Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
*Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
*Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
*Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
*Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa
~dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Tahu~

Al-Ma'thurat Bersama Ustaz Don Dengan Teks



P/s : Alhamdulillah,thank you Allah,sebab bukak hati Huda untuk cerita ni kat una,supaya una dapat start amalkan perkara-perkara baik yang una ambil sambil lewa sebelum ni.Bolehlah baca time free,cuba cari masa dan kita sama-sama cuba balance kan urusan duniawi dan akhirat okay..Semoga kehidupan kita lebih diberkati oleh Allah,in shaa Allah.

Wassalam,

Fi Hifzillah,
Una.





  


Posted in , , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Amalan Membaca Al-Ma'thurat Beri Kesan Sangat Positif

  1. Nice sharing Una. Lama dah rasa x baca mathurat ni...last masa sekolah dulu. Betul la kena cari masa jugak la utk buat benda baik camni. Yg penting dah buat istiqamah...tp nak istqamah tu yg payah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan fikir susah nak istiqomah..nanti jadi x eklas...benda ni x wajib pun,tapi asalkan ada masa kita buat lah hehee

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.. :)

    ReplyDelete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.