Wednesday, 23 November 2011

Tahniah Harimau Malaya!

    

   
     Petang tu aku terasa macam nak sangat tengok perlawanan bola.Aku tak pernah tengok perlawanan bola kat luar (kedai makan lah),sebab aku jenis kalau tengok bola mesti separuh-separuh jalan je..Then,hari tu,aku cakap dengan housemate aku,nak ikut dia pergi tengok bola kat luar..cuba-cuba je..demi nk tengok Malaysia lawan untuk final ni..:)


    Dah exited ni nak tengok bola..walau pun malam tu keadaan macam nak hujan.Awal minit perlawanan tu tiba-tiba Indonesia dah dapat goal yang pertama.Aku rasa down jugak lah...Tapi aku dapat rasa perasaan pemain-pemain bola kat sana tu mesti lagi nervous,bengang and rasa nak buat Malaysia menang jugak.Lagi pun yang membuatkan aku rasa macam geram gile,masa yang Malaysia menang lawan Indonesia hari tu,sampai penyokong Indonesia tak hormat lagu Negaraku,bakar bendera Malaysia,kutuk-kutuk Malaysia..lupa agaknya ramai orang dorang tu cari makan kat Malaysia ni...haish...memang buat aku panassss... jer kan ngan dorang tu...bila Indonesia dah dapat goal satu tu,muka bangge giler penyokong-penyokong kat sane tu...tak semegah...
  
    Aku yang tengah makan tu pun rasa macam dah tak selera.haha.tengok jer Malaysia tengah lawan bola dengan pemain Indonesia yang asyik nak wat trick kat pemain Malaysia,dengan pemain Malaysia yang kene kad kuning saja..tapi yang aku suka tengok,bila penjaga goal Malaysia,Che Khairul Fahmi dapat tepis apa pun cara goal yang cuba dibuat oleh Indonesia tu.And boleh nampak yang pemain Malaysia masing-masing memang betul-betul jaga jugak pintu goal Malaysia daripada bolehkan Indonesia masukkan goal...
so tahniah sangat-sangat untuk semua..:)

    Then,minit-minit nak separuh masa dah..Malaysia pulak dapat goal...aku dengan keseronokan yang tinggi terus jerit..dah macam lelaki pun ada..haha..sambil ucapkan alhamdulillah tiba-tiba aku rasa air mata aku kuar sikit..:))...yang housemate aku,jangan cakap lah..lagi lah suka ria..haha.Focus aku makin tebal kat screen dan tak hiraukan makanan kat depan aku..haha..
   
    Then,hujan turun.semua orang yang awalnya duduk luar dari kedai terus pindah masuk and semua berkerumun kat meja aku dengan housmates aku sebab kitorang betul-betul dekat gn tv,lepas screen kat luar kedai kena tutup sebab hujan lebat.Dah masuk second game,Malaysia dengan Indonesia seri dengan 1-1 dan sampai nak abis masa tambahan pun,still seri.Tak lama lepas tu,siaran Astro pulak terganggu..warrgghh sangat spoil..nak balik rumah takut rumah pun x dapat siaran.last-last boleh pergi kat  belakang kedai sebelah tengok bola kat situ pulak.sebab tv tu pakai siaran biasa...hahhaha macam hui..gile lah..wat lawak je.semata-mata..dah semua orang pun mencari siaran jugak..haha.

  
    Malaysia denagn Indonesia still 1-1 sampai lah dorang kena wat panalti.che..wah dah taw sikit-sikit ni pasal bola..:D Aku memang doa sangat-sangat Malaysia akan menang. Awal-awal aku ok lagi,tapi bila dah pertengahan tu aku dah risau sikit sebab takut apa-apa yang buruk akan tjadi..and sampai goal yang last,aku sampai boleh melompat lah sebab Malaysia dah goal and sekaligus menang untuk pingat emas Sukan Sea yang ke 26 ni..hahha cayalah Malaysia...housemate aku pun terkejut kot tengok aku..haha.sekali lagi air mata aku kuar sikit je..tapi capat-cepat cover haha...Lepas tu semua pulang dengan hati yang happy and senyum je...:) Jadilah malam senyum Malaysia...

   Ni video saat-saat jaringan panalti antara Malaysia dengan Indonesia dan Malaysia menang.. :D




 Tumpang gembira untuk mereka...:)
 

No comments:

Post a Comment

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...