Sunday, 20 November 2011

Kentang goreng sambal

   Menu tengahari aku hari ini :
  1. Nasi putih
  2. Kentang goreng masak sambal
  3. Sayur bendi tumis
  4. Air kosong
  5. :)
      Semua ni housemate aku yang masak,nama dia Anis.Thank you Anis..memang selalunya dia bagi taw aku kalau dia rasa nak masak simple-simple,kentang goreng masak sambal tu lah yang dia akan masak.Lepas tu,makan dengan nasi panas,dah..simple kan..
      Kali pertama aku dengar Anis cerita tu,aku rasa pelik,sebab aku tak pernah makan kentang dengan nasi je..sebab bagi aku,kentang tu sejenis sayur dan mane boleh aku makan sayur dengan nasi je...
      Tapi bila dah lama-lama,aku dah biasa sebab bagi aku lain area lain cara..kan.Memang tak salah nak cuba benda baru...last-last ,sampai cuti minggu hari tu,aku balik rumah aku,dan aku masak kentang rogeang masak sambal tu kat rumah,selain ada lah lauk yang lain..Tapi still yang simple-simple je..sebab masa tu ibu ada hal kat luar,so aku lah yang masak kat rumah..

Ini lah rupa kentang goreng masak sambal....
Tapi internet punya,housemate aku masak lagi sedap...heee :))

Ini pulak,salah satu resepi KENTANG GORENG MASAK SAMBAL yang ada kat internet...
Housemate aku punya lupa nak salin..hee..Tengok-tengok je..Lepas tu try sendiri..nasib baik jadi..:)

 Resepi Kentang Goreng Masak Sambal

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah ( nak letak boleh,x nak letak pun xpe..nak ganti dgn yg lain pun  boleh..)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang
  5. SELAMAT MENCUBA
 Erm..aku rasa itu lah satu benda baru yang aku belajar dan taw.Nanti bila dah habis pengajian diploma aku ni,mesti aku akan teringat semua ni..mesti jugak aku akan rindukan kentang goreng masak sambal dia..yang dari situ aku start makan kentang goreng masak sambal dengan nasi..and itu mesti buat aku tersenyum sendiri.:)

No comments:

Post a Comment

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...