Monday, 28 November 2011

Jauhkan diriku dari kesesatan ya Allah..

     Assalamualaikum w.b.h

    Kali ni aku nak post tentang kejahilan,penderhakaan,pengingkaran,pendustaan seorang hamba yang kerdil kepada penciptaNYA.Memang lumbah hati manusia cepat dan senang berubah-ubah.Actually bila duduk sendiri kat luar rumah,pergi mana-mana tempat yang cantik dan tenang atau nampak benda-benda yang cantik aku mesti terfikir tentang kebesaran Allah.Yup..memang terfikir dan rasa bersyukur sangat.
     Tapi kejap tu je la..bila dah sampai tempat lain,aku dah fikir pasal lain pulak..kurang dah rasa nak bersyukur tu..Tu lah yang ruginya..Semoga bila Allah nak tarik nyawa aku nanti,aku ada kat tempat yang mana aku tengah berfikir dan menghadirkan rasa syukur kat Allah.Semoga aku sentiasa ingat Allah walaupun aku happy tahap nak gila sekali pun.
      Lepas tu,aku bukan fikir pasal diri aku je.Aku fikirkan pasal orang-orang zaman sekarang jugak..laman sosial..macam-macam jenis orang aku kenal kat laman sosial ni.Ada yang baik dan ada jugak yang (bukan jahat) tapi tak taw lah nak kate.
                     



Firman Allah dalam An Nisaak: 110.
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
            Juga dalam Yunus: 27.
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding(setimpal) dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
            Allah menimpakan bala musibah yang sebanding atau setimpal dengan perbuatan jahat/ maksiat yang dilakukan oleh manusia.

No comments:

Post a Comment

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...