Cinta Palsu Atau Cinta Hakiki?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Thanks Uncle Google

Entry ini dituju khas untuk yang belum bernikah..tapi yang dah bernikah pun boleh baca untuk dijadikan teladan untuk kaum keluarga atau kenalan yang belum bernikah...wink wink wink... =D

Apa patut dibuat kalau sukakan seseorang?

Kalau suka seseorang,cuba jauhkan diri dari dia..( Boleh ke?..Boleh..In shaa Allah..) Masa tu baru kita boleh bezakan kita suka seseorang tu sebab nafsu (nafsu maskud kat sini ikut perasaan okay..) atau sebab Allah.Kalau suka sebab nafsu,kita rasa tak boleh jauh dari dia..Ini lah permainan syaitan...Ada je rasa tak kena,Takut dia curang lah...takut dia tinggalkan kita lah...

Bukan ke kalau kita sukakan seseorang tu,kita sepatutnya percayakan dia,dan letak keyakinan dan berserah sepenuhnya pada Allah ..sebab Allah yang jaga hati kita...

Kalau kita suka sebab Allah,kita akan cuba kawal perasaan.Tak contact,tak jumpa tanpa sebab yang betul-betul penting.Kita akan lebih cuba untuk jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang antara satu sama lain.Sebaliknya,akan sentiasa mention nama dia dalam setiap doa,sebab Allah yang pegang hati dia dan kena yakin Allah mesti akan kuatkan hati kita selagi kita tak buat apa yang Allah larang..In shaa Allah..

Thanks Uncle Google

Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita

Percaya tak Allah pengatur terbaik hidup kita? Una percaya..dan ampa pun wajib kena percaya..Siapa lah kita untuk nafikan perasaan yang hadir.Siapa kita untuk tolak fitrah yang datang.Betul,cinta tu kan fitrah yang Allah bagi kat hambanya...tapi kena lah guna pada masa yang tepat dan niat kerana Allah..ye idok? 

Kalau dah kata suka sangat kat seseorang ni,rujuklah pada Allah,sebab Dia pemilik hati manusia.Cintakan manusia itu fitrah,tapi kawallah dengan iman,dan bukannya dengan nafsu.

Kalau rindu,doa pada Allah..mungkin boleh doa macam ni "Ya Allah..aku terlalu rindu pada hambamu itu,berikan dia merasai juga rasa rindu ini..tapi aku mohon janganlah rindu ini melebihi rindu aku pada Mu,melebihi rindu aku kekasih Mu,Muhammad S.A.W dan melebihi rindu aku pada ibu bapaku..jadikanlah orang yang aku rindu ini juga seorang yang sentiasa mengingati Mu dalam setiap waktu hidupnya." Doalah apa saja nak doa,sebab Allah Maha Mendengar dan Allah suka bila hambanya selalu berdoa.

Mutiara kata : Saat seorang lelaki sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalalkan seorang wanita,saat itu juga ada wanita yang mendoakan lelaki tersebut agar dipermudahkan urusan lelaki itu untuk menghalalkannya.

P/S : Sorry entry kali ni macam kejiwangan sikit..tapi cuma sebagai perkongsian sahaja..semoga dapat diterima seadanya dan semoga bermanfaat untuk semua..termasuk una sendiri,kaum keluarga,adik-beradik,kawan-kawan..(siapa yang ada stalk block una tu..sila mengaku..huwawawa.) sebab kita di akhir zaman ni sangat perlukan kekuatan diri..bukan sahaja dengan belajar martial art..tapi dengan perkongsian ilmu macam ni..in shaa Allah..itu sahaja untuk kali ni..see ya..

Wassalam.

Love,Fi hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

22 Responses to Cinta Palsu Atau Cinta Hakiki?

  1. Husna,my dotter's name.. pun panggil una jugak kt rumah.. ehehheehe
    Semoga solehah mcm una kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahhu akbar..besarnye harapan akak...saya biasa2 je kak..huhu belum solehah sangat lagi...tp inshaa Allah..amin..semoga sy jadi solehah satu hari nanti..utk anak akak jgk..

      Delete
  2. cinta kerana Allah lebih baik jika dibandingkan cinta kerana nafsu...
    carilah pasangan yang tak menyentuh kita sebelum kawin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah..yang ni paling betul sekali..dan lagi 1 kena cari yang sentiasa jaga solat dan agama..

      Delete
  3. tapi kalau cinta dunia macam mana.?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta dunia tu dari segi apa? too general la..huhu..xpe2 mcm ni...apa-apa pun kita buat,kita kena utamakan Allah...itu je caranya...menjawab soalan tak? huhuhu

      Delete
  4. kalau kita yakin pada Allah, in shaa Allah akan dikurniakan juga yang baik. tak kat dunia, kat akhirat, in shaa Allah. semoga istiqamah:)

    ReplyDelete
  5. Suka kan dia sebab Allah, inshAllah banyak yg indah

    ReplyDelete
  6. teruskan berdoa moga bertemu jodoh yang baik...dan doa kena spesifik...contoh akak tak suka lelaki yang merokok, akak doa Ya Allah Kau temukan lah aku dengan suami yang tidak merokok...alhamdulillah doa diperkenankan, suami akak tak merokok...

    ANDA MENGANDUNG? : MENGANDUNG DENGAN GEMBIRA

    ReplyDelete
  7. Betul la tu Una...kalau ada terasa suka kat seseorang tu doa pada Allah kalau baik didekatkan & dipemudahkan, kalau tak baik dijauhkan. Kalau boleh jangan contact selalu org yg kita suka....biar ada sebab kalau nak contact pun....Insyallah kalau ada jodoh, hubungan tersebut akan diberkati kerana dijaga dengan baik sejak sebelum nikah lagi...

    ReplyDelete
  8. Insyallah jika kita nak dapat pasangan yang baik, usaha la perbaiki diri kita. Insyallah pasangan kita juga sedang perbaiki diri nya di mana juga dia berada..

    ReplyDelete
  9. Bagus untuk mereka yang nak mendirikan rumahtangga ni..

    ReplyDelete
  10. nampaknya saya membaca sebagai orang yang dah nikah..

    ReplyDelete
  11. info baik utk yang nak mendirikan rumahtangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah untuk baca..huhu bole jadikan pelajaran dan nasihat untuk ahli keluarga yg blm bernikah..inshaa Allah

      Delete
  12. huhu...


    nmpak mcm ada sukakan seseorang jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walllahualam..Allah lebih tahu..huhu mgkn jgk...tlg doakan semoga semuanye lancar..ameen

      Delete
  13. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita

    yg berjaya tarik mata aku sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. "yg berjaya tarik mata aku?" sy kurang faham..huhuh

      Delete
  14. Hihihi..
    Luahan perasaan yea.

    ReplyDelete
  15. cinta kepada allah lebih kekal

    ReplyDelete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.