Bismillahirrahmanirrahim..
Sedang duduk-duduk di meja study dengan tak tahu nak buat ape,tiba-tiba aku terjumpa dengan buku yang aku pernah beli dulu,tapi belum sempat luangkan masa untuk baca..Buku tu terselit di antara buku-buku lain dalam kotak rak buku..
Rase macam sejuk je hati bile bace tajuk buku tu..tajuknya, "Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat"..
Ni la rupa buku aku tu..:)
Buku tu memang elok lagi macam baru beli..sebenarnya banyak lagi buku yang aku beli,tapi belum sempat nak bace.So aku pun dengan tak tahu nak buat ape,aku bace lah buku yang aku jumpa tu..isi kandungannya memang banyak berikan contoh-contoh "character",sifat yang sepatutnya ada dalam wanita solehah..bukan sahaja menyentuh kepada soal solat,jaga aurat,jaga maruah,hormat ibu bapa,tapi jugak menyentuh soal adab dengan orang sekeliling,perkara-perkara yang akan membawa kita kepada menjadi wanita yang lebih terpuji..
Kadang-kadang kita memang dah rasa kita dah jadi yang terbaik,tapi sebenarnya,masih ade perkara-perkara yang kita tak perasan dan nampak atau mungkin jugak masih belum sedar yang kita perlu ubah..
Dalam perubahan untuk menjadi yg lebih baik,aku sangat kagum dengan perubahan yang berlaku pada pelakon wanita Malaysia, Diana Amir..Kisah daripada perubahannya tu sangat menunjukkan yang Allah akan berikan hidayah-Nya kepada sesiapa je yang dikehendakinya,.Selain manusia tu sendiri perlu berusaha untuk dapatkan hidayah Allah..Kat bawah ni aku kongsikan video tentang ulasan Diana Amir..Dalam kata-kata Diana,aku tertarik dengan satu perkara,yang Diana cakap "dosa-dosa kita(perempuan) bapa yang akan tanggung," selain tu sebenarnya orang lelaki lain macam adik lelaki,abang,dan suami jgk akan terlibat tanggung dosa kita..Jadi bagi aku,kesiankan dengan orang-orang tu sebab kita mereka pun akan mendapat susah nanti..hurmm..
Video mengenai penjelasan Diana Amir.
Ade lagi 1,cerita tentang perubahan oleh Wardina Saffiya..cerita dari Wardina Saffiya buat aku rase tersentuh..Aku suka untuk mencontohi mereka berdua ni,walaupun alhamdulillah aku dari awal berhijab,dan diberikan didikan agama,tapi,masih ade beberapa perkara yang aku perlu ubah,.aku rasa sifat untuk terus istiqamah dalam diri mereka ni sangat baik..Sentiasa mencari ilmu untuk jadi yang lebih baik..InsyaAllah kalau niat yang ada dalam hati tu baik,Allah mesti akan tolong..Ameen..
Kata-kata Wardina,kalau kita dekatkan diri dengan Allah,mencuba untuk berubah ke arah kebaikan,Allah hantar,datangkan orang-orang yang baik untuk dekat dengan kita...:)
Tengoklah video ni..insyaAllah tak rugi..:)
Ini kisahku :Wardina Saffiya
Sekian dulu untuk post kali ni..nanti-nanti saye update lagi..smile always..:)