Friday, 4 May 2012

Hari terakhir di Politeknik Sultan Idris Shah

Bismillahirrahmanirrahim. . .

Hari ni,3/5/2012 adalah hari terakhir aku di Politeknik Sultan Idris Shah.Hari ni jugak hari aku menjawab paper Web Programming dan kad matrik yang sepatutnya hari terakhir aku pakai kt poli ni,tertinggal di rumah dan keadaan jadi agak kelam-kabut.Banyak cabaran dan dugaan yang aku dah berjaya lalui kat politeknik ni..alhamdulillah,semua tu buatkan aku jadi lebih kuat.

Tapi macam mana pun,hari ni memang hari yang paling aku tunggu-tunggu dari dulu sebabnya cuma 1 je,aku x nak jumpa lagi dengan orang-orang yang pernah buatkan aku patah semangat..Tapi dalam masa yang sama,sekarang aku rase sedih nak berpisah dengan kawan-kawan aku,lecturer-lecturer,walaupun aku tahu bukan semua yang akan ingat,akan still keep in touch..tapi rase sedih tu tetap ade dalam hati aku,dan aku akan sentiasa ingat mereka semua sebab mereka ni semua hidup dalam pengalaman aku..

Dan satu lagi sebab aku sedih ialah sebab aku akan berpisah dengan orang yang Allah dah datangkan untuk aku masa aku patah semangat dulu..Dialah yang banyak kuatkan semangat aku,dengar keluhan aku,dia bagi nasihat kat aku,dia memang baik dengan aku..Aku selasa berkawan dengan dia sebab tak ramai yang kenal dia masa tu..tapi sekarang aku dah tak rapat lagi dengan dia,nak tegur pun macam takut-takut..dah x pernah borak macam dulu,share cerita..sekarang dia dah terkenal,ramai kenal dia,ramai nak dekat dengan dia,tapi tu bukan masalahnya..sebab punca jadi macam ni pun memang salah aku..

Aku tak pandai hargai orang yang dah banyak berjasa,banyak sangat buat baik dengan aku,.Susah nak jumpa orang macam dia,yang sanggup buat macam mane sekalipun untuk tolong orang lain..tapi aku silap,aku tak hargai dia dulu,sekarang baru aku nampak semua kebaikan dia yang dulu..

Menyesal sekarang pun dah tak berguna,semuanya dah terlambat..Aku cuma boleh mintak maaf kat dia..Tapi maaf tu cuma perkataan yang tak pasti dapat kembalikan balik ikatan friendship kami yang dulu yang macam best friend.Aku cuma boleh doa pada Allah supaya Allah berikan yang terbaik..semoga dalam hati dia,sentiasa maafkan aku..Semoga Allah temukan kami lagi..Ameen..

No comments:

Post a Comment

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...