Tips Melakukan Kerja Berkumpulan

Assalamualaikum w.b.t

Hasil nukilan pak cik Google

Kali ni una nak ketengahkan situasi yang semua orang pernah alami baik kat sekolah,institusi pengajian mahupun alam pekerjaan, iaitu kerja berkumpulan atau in English kita panggil "Team Work".Okay secara ringkasnya,kerja kumpulan ni ialah kerja yang dilakukan melibatkan lebih dari seorang,samada 2,3,4,5 atau lebih lagi orang yang mempunyai matlamat yang sama tapi mungkin task yang berlainan.

Macam yang biasa kita jumpa dalam institut pengajian, una nak fokuskan kepada perkataaan projek, sebab projek ada task dan tanggung jawab yang lebih banyak dan besar .Okay,berjaya atau pun tak sesuatu projek tu,selain bergantung kepada kemahiran dan kebolehan melakukan tugasan masing-masing dalam kumpulan,ia juga bergantung kepada kesefahaman antara sesama ahli kumpulan dan tingkah-laku atau " soft skill" setiap ahli kumpulan,dari sini jugak lah kita boleh kenal pasti diri kita sama ada kita boleh "bergerak" secara berkumpulan atau kita lebih selesa tugasan secara individu. (erm..harap-harap korang boleh digest okay..huhu)

  


Una terfikir untuk kupas perkara ni sebab its really happen out there...tambahan pula una memang dalam proses untuk siapkan projek bagi salah satu subjek yang una ambik semester ni,dan beberapa projek lain yang una pernah terlibat.Selain tu,ada jugak pengalaman kawan-kawan una dari universiti-universiti lain dan rakan-rakan dari industri jugak, yang mereka kongsikan dengan una.macam biasa,ada pengalaman yang manis ada yang perit,tapi tu lah namanya pengalaman,dan cara terbaik untuk belajar adalah melalui pengalaman.

Bagi una sendiri,of course ade pengalaman yang best dan tak best,tension,stress,sakit kepala tak payah cakap lah..confirm ada..just kena pandai handle je..memang menangis jugak kalau sampai tahap tak dapat handle..tapi so far okay lagi.. benda ni memang typical..semua orang yang handle projek mesti akan rasa.Jadi berbalik kepada diri sendiri,kita sendiri kena ambil masa sendiri,buat perancangan yang baik supaya kita dapat lakukan dan habiskan projek dalam masa yang di dah ditetapkan dengan lancar.

Tips Melakukan Kerja Berkumpulan


Sebelum projek bermula

1. Positifkan pemikiran diri sendiri,terima ahli kumpulan dengan ikhlas

Dalam situasi ni,positifkan pemikiran ni maksudnya,terima dengan hati terbuka sesiapa pun partner atau ahli kumpulan korang,kalau dapat dengan yang memang korang baik tu,memang best lah kan..tapi jangan selesa sangat,kadang-kadang yang rapat pun boleh ade persengketaan disebabkan projek...tapi kalau dapat dengan korang tak berapa ngam? haa jangan nak rasa tak best pulak..mungkin ini lah masanya Allah tentukan untuk korang jadi lebih rapat..apa pun,bila kita sendiri positif,inshaAllah kita boleh handle apa pun situation yang kita dapat sepanjang projek tu berjalan.

2. Bina hubungan yang baik antara ahli kumpulan

Korang jangan pulak salah faham,una bukan suruh bina hubungan perasaan dengan ahli kumpulan korang (yang berlainan jantina okay!) tapi kalau dah memang Allah tetapkan tu jodoh korang nak buat macam mana..tapi fokus kat projek dulu ye..projek tak jalan,apa pun tak boleh nanti..Maksud una sebenarnya,instead of jalankan projek,korang try lah kenal peribadi ahli group korang tu,jangan "guna" ahli group tu for the sake of nak siapkan projek je..kan lagi best kalau lepas habis projek,still boleh borak-borak,hang out,spend time buat aktiviti yang best sama-sama..

3.Adakan "Kick-Off Meeting" sebelum mulakan projek

Meeting sebelum mulakan projek ni tersangatlah penting,sebab ini lah masanya kita nak briefing tentang projek yang nak dilakukan,tempoh masa yang kita perlukan untuk siapkan projek,apa perkara-perkara yang perlukan perhatian yang lebih dalam projek,pembahagian tugasan untuk setiap ahli kumpulan,bincang tentang tugasan yang kurang jelas,siapa kita perlu refer kalau berlakunya masalah,dan macam-macam lah lagi.Jadi,by hook or by crook jangan skip first meeting..semua meeting pun lah..sebab meeting mesti akan bincang perkara penting..hehe..sebolehnyalah..tapi kalau terlepas,kena cepat-cepat dapatkan update,supaya kita tak tertinggal infomasi terbaru.

Gambar ihsan pak cik Google


Semasa tempoh projek dijalankan

1) Melakukan komunikasi yang baik

Nyatakan apa sahaja problem yang kita dapat supaya ahli kumpulan yang lain boleh come out with any or some other ideas to overcome problem yang ada,itu sudah tentu akan memudahkan lagi kerja kita kan..so,less stress..hehe.Update any progression yang kita dah buat supaya semua ahli kumpulan sedia maklum dengan perkembangan projek,dan jugak untuk motivate ahli kumpulan yang lain untuk dapat cepatkan progression mereka juga.Selain tu,individu yang dapat task yang kurang berat atau dah siap task mereka juga boleh bantu individu yang mendapat task lebih berat dan memakan masa yang lebih lama.Confirm group korang akan sayang lebihlah kat korang kalau korang dengan berbesar hati tolong task ahli kumpulan korang yang lain.heheee..


2) Jangan burukkan ahli kumpulan

Kadang-kadang dalam projek memang akan berlaku konflik yang mana ada sesetengah task yang delay atau tersalah buat,dan yang typical nya kita akan terus salahkan orang yang buat task tu,(sila jangan cepat melatah..) mungkin ada sebab tersendiri kenapa jadinya masalah pada task tu.Adakan meeting sekiranya berlaku masalah yang tak dijangka,slow talk antara ahli kumpulan sekiranya memang terdapat masalah dalam kalangan ahli kumpulan,sebagai contoh ada ahli kumpulan yang hanya jadi "sleeping partner" (kes ni memang selalu dan boleh terjadi okay) .Motivate dia,instead of cerita keburukan dia pada orang lain,tak dapat apa pun kalau burukkan dia,kerja still tak jalan.Jadi untuk tidak menyinggungkan perasaan mana-mana individu, ada kan "Ad Hoc Meeting"  (urgent meeting) atau, meeting yang lebih santai untuk tangani masalah ni.Jangan sesekali membesarkan perkara yang kecil dan remeh,lebih baik fikirkan cara untuk tangani masalah daripada fikirkan masalah.


3) Jangan "under estimate" kebolehan ahli kumpulan yang lain

Bagi peluang,okay basically kalau dalam alam pekerjaan mestilah dah sedia ada jawatan yang dipegang,so kalau handle projek pun orang dah tau apa job scope yang dah ditetapkan.Tapi lain pulak kalau dalam institusi pengajian yang belum ada jawatan yang specific lagi,orang tak berapa nak yakin sangat kebolehan-kebolehan lain yang seseorang tu ada,contoh mungkin orang tu mungkin buat task A tapi die ada pengetahuan jugak tentang task B tapi tak berana nak yakin sebab kalau dah nama student mestilah ,lainlah kalau dia memang top student yang tahu semuanya.Jadi dalam hal ni kita kena jadi open-minded, if lets say ada ahli kumpulan kita yang lain tahu something yang kita tak tahu,bagi peluang untuk dia cuba,dan ini jugak lah masanya untuk kita tambah pengetahuan baru yang kita tak tahu tu.

Copy gambar pak cik Google
Sebelum dan selepas pembentangan projek

1) Meeting sebelum hari pembentangan

Meeting lagi,supaya setiap ahli kumpulan dapat buat persediaan yang rapi tentang perkara yang akan dibentangkan dan nampak hasil projek yang mereka dok pum pang pum pang perah otak,bersengkang mata,sampai demam,kumpul air mata sebaldi demi untuk siapkan projek..(wujudkah lagi orang yang nangis sebab projek? hahaha..oh lupa..una pun pernah jugaklah sekali..humm ) 

2) Perbincangan terakhir mengenai projek

Setiap ahli kumpulan harus aware dengan ahli kumpulan yang lain.Make sure,setiap ahli kumpulan faham tentang role masing-masing dan jugak role orang lain,senang cerita faham tentang keseluruhan proses projek atau assignment tu,supaya bila sebarang pertanyaan tentang projek atau assignment tu diberi,bila sorang tak boleh jawab,ahli group lain boleh tolong,dan dari situ nampaklah kerjasama yang sangat baik..barulah lecturer atau bos suka..barulah boleh bagi full mark atau naikkan bonus...cheewah hehehe.

3) Bermaafan sesama insan

Alhamdulillah,sepanjang beberapa kali una terlibat dalam projek ni,tak ada masalah untuk bermaafan kalau ada kekurangan,terguriskan hati,terkasar bahasa sesama ahli group ni,dan mereka (ahli group una) pun okay je..Memang tak dinafikan,ada sesetengah situasi tu yang buat kita susah nak minta maaf,ada yang bawak isu ni sampai bertahun-tahun tak tegur..tapi,why need to be so serious?..tak apa..buangkan ego,let by gone be by gone,cuba untuk slow talk,berterus terang dan mohon maaf dengan ikhlas dan lupakan kesalahan masing-masing,buat macam tak ada masalah yang pernah berlaku..memanglah rasa awkward,tapi percayalah,dengan mohon maaf,dan memaafkan orang lain,hati akan jadi lebih tenang dan hidup selalu rasa happy.Yang penting,buangkan ego.

4) Penghargaan

Haa part yang ni memang selalunya tak kan dilepaskan,kalau ada duit lebih,why not kita celebrate untuk ahli group kita,pergi makan-makan ke,enjoy aktiviti extreme sama-sama ke..sebagai menghargai penat lelah setiap ahli kumpulan demi menyiapkan projek..Then again,kita tolak tepi je sama ada projek tu berjaya atau pun tak..yang penting kita dah berusaha.. (ni cerita kalau buat projek besar lah kan..kalau buat assignment,belanja makan pisang goreng je pun dah okay hehe)


P/s : Terima kasih sebab sudi baca sampai habis entry yang berjela ni..una sendiri pun terasa nak termuntah taip panjang-panjang..hahak..Korang sila digest baik-baik ye.. jangan termuntah pulak taw..kekekeke..Apa pun,ini sekadar pandangan una je,sepanjang una pernah buat  projek.. =)

Wassalam.

Love,
Una.

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Tips Melakukan Kerja Berkumpulan

  1. Fuhh...panjang betul la. Cemana la saya boleh baca sampai habis ni. Bagus tips2 ni. Memang selalu jadi group leader apa una ni? Gaya tulisan macam seorang yg biasa jadi group leader jek....penuh pengalaman. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..tak perasan boleh panjang sangat..seriously una bagi tau,memang una muntah lepas publish benda ni..haha sebab memang tengah tak sihat 1 hal..tq sebab abis baca..tak de lah selalu jadi leader,tapi based on pengalaman orang lain..so una jadikan sbg contoh jugak la..haha

      Delete
  2. Entry menarikkk :D Una dduk rawang ke ? Kita pun haha :p #91

    ReplyDelete
  3. yup yup...cuma una tak lahir kat rawang.. awak rawang belah mana...huhu sila la contact media sosial una..nanti boleh la una belanja kek ke ajak datang open house ke..hehehe

    ReplyDelete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.