Assalamualaikum
Hai untung lah mood nak blogging tengah datang..actually dah lame una nak update pasal tajuk ni tapi tak berkesempatan sebab busy sikit...( ala cliche betul alasan tu..huhu )..Okay end of story..
Lets get back to our topic,so basically how can we differentiate between fanatik,obses atau psiko ni? haa ni una dah tolong google kan, kalau nak ikut una punya definition,I think I cant really describe in word la...ermm..
Fanatik : Bermaksud taksub,tegar hati,kuat pegangan,kuat keyakinan dan kuat kepercayaan serta fahaman atau perilaku yang menunjukkan ketertarikan terhadap sesuatu secara berlebihan.
Obses :Terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melalukan apa sahaja demi benda tu,menghambakan diri pada sesuatu yang melibatkan hati,pemikiran,fizikan,masa dan kehendak.
Psiko : Kajian jiwa, mental atau rohani dan tingkah laku manusia.Dalam erti kata lain, tingkah laku dalam bentuk lampau (overt behavior) kerana menjengkelkan ataupun melakukan sesuatu menjauhi garisan norma kehidupan sebenar.
Haa sekarang dapat differentiate ke belum.. Kalau korang ada minatkan seseorang atau pun artis,now check korang ade kat category yang mana..Macam una sendiri pernah je ade moment dalam life yang minatkan something tu sangat-sangat..Dulu lah..mase zaman-zaman 18-20 tahun macam tu..minat gile kat artis korea.. Minat sangat group SS501,Shinee, Pelakon Lee Min Ho,sape-sape tah lagi tak ingat dah name...haha
Sampai una dah di label "una = korea" kalau ada kawan-kawan yang nak tahu pasal korea,atau artis korea,tanya je una,una mesti boleh jawab,kalau tak boleh jawab pun,una akan search kan untuk diorang..haa dasyat kan.Oh bytheway,dulu una ada nama lain tau, name lain una dulu, UNAKIMHYUN hehe gabung name una dengan artis korea.
Tapi itu dulu,mase zaman orang kata "baru nak up",sekarang una sedar,tak ada faedah pun fanatik sangat sebab at the end una rasa attitude diorang sebenarnya tak boleh dicontohi pun.Then,I just stop,cut it off..lagi pun diorang ni kan suka buat plastic surgery,tak natural macam orang Malaysia,then una terus stop jadi fan selebriti Korea..hahaha
Una sebenarnya tahu tentang hukum terlalu fanatik,tapi still buat jugak,still fanatik jugak,may be sometimes terlupa..so...yeah,thats not a good thing to be doing la ye...
Sekarang una minat selebriti Malaysia je,una minat Lisa Surihani,Neelofa,Faizal Tahir dengan Aiman Hakim Ridza,una pun ade Blogger Malaysia favourite una sendiri,nama dia...RAHSIA...haha..untuk overseas pulak, una just minat lagu,atau movie yang best je..una minat Taylor Swift dengan Selena Gomez tapi biasa-biasa je..just enjoy singing their songs.
Minat dengan selebriti ni perkara yang normal,tapi bagi una terlalu fanatik,terlalu obses ni benda yang tak sihat sebab pertama,of course berdosa sebab kita mengagungkan sesuatu lebih dari Allah,contohnya kalau pasal seseorang tu kita sanggup nak ambil tahu pasal diri dia,kegemaran dia,aktiviti harian dia,tapi dengan agama Allah,kita tak buat pun macam tu,tak ambil pun masa untuk tahu mendalam pasal Islam,tak ambik masa pun untuk kenal Rasul,kisah hidup baginda..sahabat-sahabat baginda..kita tak ada masa pun untuk tu..tengok movie korea berjam-jam tahan je..baca Al-Quran berapa minit pun jarang..what a sad thing la kalau kita fikir balik..
Kedua,sebab terlalu fanatik,obses atau kadang-kadang sampai lalukan perkara yang merbahaya untuk orang yang diminati tu atau,psiko, tak sihat sebab akan menjejaskan hidup individu tu sendiri,perkara tu akan buatkan dia leka,lalai dan terlupa dengan perkara yang lebih penting dalam hidup dia.Dalam erti kata lain,sangat buang masa lah senang cita.
Boleh,untuk minat,sampai fanatik atau obses,tapi jangan sampai tak ingat dunia...dan jugak akhirat...hehe..contoh kalau pergi event yang ada Aiman Hakim Ridza,just buat macam " Omg Aiman ! I like u so much...lets take a picture.." okay dah,enough sampai situ je,kalau dia buat perkara annoying in the future,delete lah gambar dia..hahah tak ada lah...Kalau betul-betul minat join lah fan club,at least boleh tambah kawan baru kan..boleh buat surprise event untuk artis favourite kita tu...kan lagi best macam tu..and lagi selalu kita dapat jumpa artis favourite kita tu. ;D
P/s : Una ade kawan,dia seorang Atlet Malaysia,sukan Polo Air, tapi minat warna pink dan suka group Korea,SSID..hehehhe sangat tak kene dengan character sebenar.. (Nasib baik dia bukan jenis suka baca blog).. :D
Sekian,thank you,Assalamualaikum.
Love you,
Una.
Yg bahaya kalau org tu jenis psycho smpai sanggup menyakiti org lain yg x sama pendapat dgn dia.Seram kalau jumpa org mcm ni...
ReplyDeleteTp betul la ramai org yg terlalu taksub dgn something tak kisah la taksub dgn artis ke, parti politik ke...bila dah start taksub ni, susah seseorang tu nk berfikir secara rasional. Benda x baik pasal org yg diagungkan tu buat pun dia nk pertahankan... hmmm.
Btw, nice entry n sy dah tahu siapa favourite blogger Malaysia una....nama dia start dgn 'b' last 'y' kan? Kan.... Kehkeh...
thanks Bro Ley..tapi siapa start b last y tu..hehe oo i know...nak cakap diri sendiri la tuh...cehh..
DeleteAssalamualaikum Una, Zumal berkunjung balas di sini... Moga kita obses kepada sesuatu yang lebih baik untuk dunia dan akhirat kan ^-^
ReplyDeletewaalaikumsalam...thanks zumal..inshaAllah..follow la ig una sekali..heee
ReplyDelete