Sebab Lapar Sangat Agaknya..


Hai..Assalamualaikum... ;)


Gambar Sumber

Tengok gambar kat atas tu...hummm so yummeehh! right? gluupp..Haaa..bukan nak cerita pasal resepi ikan keli masak sambal okay..nope..nope..naah..Tengah-tengah nak pergi lunch tengah hari tadi,tibe-tibe teringat cerita masa time kecil-kecil dulu..cerita time lunch jugak la..hahaha..Cerita time una kecil ni memang buat una tersenyum tibe-tibe..

Right,cerita dia macam ni,once upon a time...chewahh..okay,masa una kecil-kecil dulu,time weekend,family una bawak una dan adik beradik semua balik kampung,sebabkan una cucu paling manja dengan nenek sejak lahir dulu,una cakap nak lunch kat rumah nenek,tapi sebabkan masa tu nenek saudara una,berjiran dengan nenek una,so kite semua lunch sama-sama..Unfortunately,masa tu semua lauk yang ada macam ikan keli masak sambal,kerang,hati ayam masak kari,ikan masin,ulam,dan sambal belacan..

Tapi basically, semua yang ada tu una tak pernah makan dan tak suka makan,( tapi tu dulu lah..sekarang una dah favourite dengan semua tu okay...hehehhe..marvelous ..but except for that hati ayam masak kari lah..sampai sekarang una memang tak boleh masuk dengan lauk tu,tak tahu kenapa.. kepada penggemar hati ayam masak kari,I'm so so sorry k.. tapi untuk kerang, jadi suka sebab una ade peristiwa yang terpaksa makan kerang..huhu )

Okay,then sebabkan semua lauk tu una tak pernah dan tak suka makan,una cakap dengan ibu,macam mana una nak makan kalau semua tu una tak pernah makan,then,ibu suruh una try jugak,una try makan hati ayam masak kari,tapi end up dengan,una muntah...hurm..sorry,.my bad..una tak suka ikan keli sebab kepala dia nampak scary,then ibu bagi una makan bahagian badan sampai ekor ikan.Sebab lapar sangat una makan lah jugak..sambil rasa nak nangis tau..ikan sambal tu campur dengan kicap sebab tak nak bagi pedas..ye lah budak-budak kan..huhuhu..

Tapi siapa sangka kan yang awal tadi makan sampai rasa nak nangis,tiba-tiba tambah lagi nasi makan dengan ikan keli masak sambal tu..Masing-masing kat situ pun gelak kan je..heheh...ini serious tau,una still ingat lagi texture ikan tu sebab that was how I started to fall in love with ikan keli masak sambal..isi ikan tu sangat lembut dan sambal dia rasa pedas manis-manis sikit,makan dengan nasi panas..haaaaa sangat best okay..

Gambar Sumber

Then bila dah balik rumah,una request ibu masak ikan macam kat kampung hari tu,(masa tu tak tahu lagi nama ikan tu..hehee ) tapi,una tak tahu kenapa rasa ikan tu tak sama,una bagi tahu kat ibu,una nak ikan yang rasa sama macam kat kampung hari tu,then ibu cakap "sama lah tu,ikan tu senang je nak masak,so cara nak masak ikan tu mostly sama je.." una still makan ikan keli masak sambal yang ibu masak tu,sebab dah request,tapi una sangat curious sebab rasa dia tak sama macam hari tu..ngada-ngada kan...huhuhu

Sampaikan,next time nya,family una balik kampung lagi dan ibu request nenek pulak masak ikan keli masak sambal pulak..thank you so much ibu.. :* Tapi,lagi sekali una cakap kat ibu,"kenapa ikan ni tak rasa sama macam hari tu..Then ibu cakap,"tapi nenek yang sama, masak ikan keli masak merah sama macam yang hari tu..Ohh..mungkin sebab masa tu rasa lapar sangat,so makanan pun jadi extra sedap lah masa tu.."

Sejak tu,una simpan je hasrat untuk dapatkan balik moment macam hari tu,even tak jumpa lagi tapi una still makan je sebab ikan keli masak sambal masakan ibu dan nenek una yang paling superrhh duperhh sedap berbanding kat kedai..huhuhahahehe..so itu lah ceritanya pasal ikan keli masak sambal dalam life una..sampai sekarang una memang dah jadi favourite sangat dengan semua yang una tak suka makan at first tadi,but again except for hati ayam masak kari..yeah..

P/s : Sama macam kehidupan kita,sometimes kita kena try something new and be out of our comfort zone, supaya kita boleh tahu kelebihan atau minat lain yang kita ada yang sebelum ni kita tak pernah nampak...Lastly,live happily and eating healthly,love.. :D

Wassaam..

Love you,
Una.

Posted in , , , , , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Sebab Lapar Sangat Agaknya..

  1. Mengada betul makan pun nak nangis. Pengajaran cerita ni: kalau x selera dgn satu2 makanan tu, makan la time lapar sambil nangis. haha...

    ReplyDelete
  2. mengada kan...tapi tu zaman sekolah rendah dulu lah...stil nak try-try lagi jenis makanan yang ade...huhu sekarang una suke je makan semua tu....tapi still tak boleh telan hati ayam..masak lah ape pun..hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya makan... btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.