Showing posts with label harirayaaidilfitri. Show all posts

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kuih Raya Paling Best

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Ini adalah tajuk  #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang una macam "haiyoo..I got no idea what to goreng laa"..Kuih Raya Paling Best.. Ye lah sebab mostly sekarang macam jarang sikit dah jumpa orang letak kuaih raya banyak-banyak atas meja macam zaman una kecil-kecil dulu..majority ramai yang letak kerepek-kerepek dan just 3,4 jenis je kuih atas meja..tapi still ada jugak lah kan...okay sat lagi una cerita kuih apa...

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Kenapa dah ramai yang tak letak kuih raya atas meja? sebabnya..bila letak kerepek,confirm akan mengunyah je bila berborak time raya rumah orang..Then,budak-budak pun suka kerepek..ada tu yang sampai dari penuh badang kerepek,sampai licin dimakannya...(adik una lah contoh orangnye..hehe)  tapi kesian jugak dekat budak-budak sekarang sebab tak berapa familiar dengan kuih raya... itu lah pro and cont dia..(  hows time fly so fast.. rasa macam baru je raya..ni dah nak raya lagi...)

Okay ya udah ya udah...ampa dah tengokkan gambar kuih raya kat atas tu..haa itu lah kuih yang una nak cerita tadi..inilah jenis kuih yang still akan ada atas meja even semua orang suka buat open house,dan letak kerepek  menggantikan kuih raya.. ini lah biskut almond london, biskut cornflakes madu dan biskut semperit chuuolllss...

Basically, ini lah jenis-jenis kuih raya yang akan una tolong ibu,mak cik dengan nenek buat kat dapur masa kecil-kecil dulu,cuma sekarang dah tak buat sebab semua orang suka beli kuih tunjuk..dan lagi banyak beli kerepek je..Kesian kat adik saudara una yang lain sebab tak pernah lagi experience benda macam ni...

So,kuih mana yang jadi pilihan hati?tunggu untuk tajuk #harike17 nanti okay..Ada cerita disebalik kuih tu...

P/S : Tulis pasal kuih raya tapi terfikir-fikir rendang ayam kuning dengan ketupat...glupp

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , | 6 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Masa go through semua tajuk-tajuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni awal-awal hari tu,.una 
rasa macam tak sabar-sabar nak sampai pada tajuk yang #kesepuluh ni iaitu, #TetamuRayaPalingDitunggu-tunggu..


Taddaaa....siapa ni? tak tau nak katalah kalau ampa tak kenai..(tiba-tiba keluar bahasa utagha ) ini lah USTAZ DON.. ini lah juga tetamu yang una akan tunggu untuk raya ni...( walaupun una tau memang tak kan terjadi punyalah..haha dah suruh cerita,so una ceritalah..)

Una dah pernah jumpa Ustaz Don secara live masa Ustaz Don bagi ceramah kat UPM dulu..kira Ustaz Don adalah jugak beberapa kali datang bagi ceramah kat UPM,taip una cuma sempat pergi sekali sahaja..

Kenapa una pilih Ustaz Don sebagai #TetamuRayaPalingDitunggu-tunggu..adalah sebab una suka cara menyampaian ceramah oleh Ustaz Don ni..bukan sebab beliau Handsome je okay..itu kira bonuslah untuk beliau..tapi yang lagi best adalah sebab cara penyampaian ceramah Ustaz Don sangat humble dan sangat bersahaja,.bila buat lawak pun kira semua lapisan umur boleh faham...huhhu..Tapi,penceramah lain pun una suka jugak macam Ustazah Nor Bahyah, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus.

Nah..Una belanja sikit gambar Ustaz Don..thank you to Google




Jadi sebenarnya una tak masuk lagi niat sebenar kenapa Ustaz Don jadi pilihan untuk #TetamuRayaPalingDitunggu-tunggu ni..Tujuan sebenar adalah sebab memandangkan bila semua family berkumpul kat rumah nenek,.nenek atau wan (atok) akan bagi tazkirah untuk semua ahli family..(alhamdulillah..) jadi,una rasa berpendapat,dengan kehadiran Ustaz Don ni akan mencelikkan lagi beberapa biji mata yang selalu terlelap..(termasuklah una sendiri..huhu) dan sudah semestinya sesi soal jawab akan jadi lebih meriah lagi...inshaaAllah  =D

P/S : Dengan ini saya harap harap Ustaz Don terbacalah blog saya ni..dan katakan ustaz Don berbesar hati nak jadi tetamu raya saya tahun ni,Ustaz Don boleh email saya  ( nurulhusna728@yahoo.com ). Tudiaaa berangan..tinggi ke langit.. huhuuhu 

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Location: Universiti Putra Malaysia, 43300 Serdang, Selangor, Malaysia
Posted in , , , , , , | 3 Comments

Resepi Kek Batik

Hai.. Assalamualaikum ;)

Weekend baru-baru ni ade beberapa orang customer contact dan order kek dengan una,dan biasanya una akan "go through" sekali imbas resepi kek yang customer dah order tu untuk make sure yang una tak tersalah ingredient atau tak tertinggal mana-mana ingredient yang diperlukan...Sebab una tak selalu buat kek,unless ada order time weekend,public holidays,events dan time hari raya.So probability untuk tertinggal ingredient tu ade,walaupun peratus dia tak besar...hehehe 
(Cheh macam buat calculation pulak ade peratus-peratus..)


Nak jadikan cerita,buku resepi una tertinggal kat kolej,so apa lagi melilaulah cari resepi..memang boleh je nak search kat internet,tapi una yang rasa tak best sebab tak gunakan resepi yang asal yang una selalu guna..Just tak nak rasa dia lari je,tak kan nak jual hasil experiment kan,at least yang experiment tu biar kita yang test dulu..hati customer kene jage okay..barulah berkat dan customer pun suka..cheewah..Lagi pun ni resepi yang ibu una bagi kat una..bukan je senang,tapi memang cepat sangat nak buat dia..Jadi sebagai langkah berjaga-jaga,una tulis kat sini siap-siap...wink wink..


Resepi Kek Batik Mudah

Bahan-bahan

  1. 2 Paket biskut Marrie ( Perisa Biasa dan Perisa Coklat )
  2. 1 cawan majerin 
  3. 1 cawan gula pasir / gula aising
  4. 4 biji telur
  5. 1/2 tin susu pekat
  6. 5 sudu makan serbuk koko
  7. 10 sudu makan milo
Cara
  1. Patahkan biskut Marrie ( 4 bahagia ).Then,ketepikan.Saiz tu agak-agak kan je..tak payah fix sangat hehe..medium size would be nice...;D
  2. Pukul majerin dengan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu,selang seli dengan kacau majerin tu,sampai adunan rata.
  4. Masukkan suku,kacau lagi.
  5. Masukkan serbuk koko dan milo,kacau lagi.
  6. Masak adunan tadi dengan api yang perlahan,kacau sampai pekat.
  7. Then,masukkan biskut Marrie,gaul sampai sebati.
  8. Masukkan dalam bekas,dan tekan adunan sampai mampat dan padat.(tak ada ruang udara sebab bila nak potong nanti dia tak pecah)
Ni je bahan-bahan dia
Patahkan biskut marrie cenghini..
                         

Pukul majerin dengan gula

Masuk telur satu-satu then pukul lagi sampai kembang

Once dah campur susu,dia akan jadi cam ni..

Lepas tu,letak serbuk koko dan milo pulak

Masak atas api yang perlahan je,dan keep stirring sebab tak nak dia melekat kat bawah

And then,bila colour coklat tu dah gelap sikit,campur biskut.Yang ni kene buat cepat sikit taw
sebab tak nak nantik coklat tu cepat keras.Nanti jadi tak sebati pulak,dan nampak coklat macam sikit..

Bila dah campur semua biskut,cepat-cepat masuk dalam bekas sebab nanti kalau dah keras jadi susah nak mampatkan.. Advice from ibu..hehe.

Haa cam ni lah rupa dia last nanti

Taddaaaa.... dan siap packing dah sekali..
P/s : Okay itu je untuk kali ni,bolehlah cuba resepi ni okay..doakan business una berkembang lagi untuk masa akan datang..business je tau,jangan doakan tuan dia kembang sekali..haha..kalau korang nak tanya apa-apa resepi kek lain, boleh contact una kat Fb,Instagram atau Twitter una ye..inshaAllah kalau ada apa-apa tips,una akan share.. :)

Assalamualaikum..bagi tau una kalau korang try nanti okay..

Love,
Una.

Posted in , , , , , , , , , | 14 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.