Saturday, 23 May 2015

Tips Melakukan Kerja Berkumpulan

Assalamualaikum w.b.t

Hasil nukilan pak cik Google

Kali ni una nak ketengahkan situasi yang semua orang pernah alami baik kat sekolah,institusi pengajian mahupun alam pekerjaan, iaitu kerja berkumpulan atau in English kita panggil "Team Work".Okay secara ringkasnya,kerja kumpulan ni ialah kerja yang dilakukan melibatkan lebih dari seorang,samada 2,3,4,5 atau lebih lagi orang yang mempunyai matlamat yang sama tapi mungkin task yang berlainan.

Macam yang biasa kita jumpa dalam institut pengajian, una nak fokuskan kepada perkataaan projek, sebab projek ada task dan tanggung jawab yang lebih banyak dan besar .Okay,berjaya atau pun tak sesuatu projek tu,selain bergantung kepada kemahiran dan kebolehan melakukan tugasan masing-masing dalam kumpulan,ia juga bergantung kepada kesefahaman antara sesama ahli kumpulan dan tingkah-laku atau " soft skill" setiap ahli kumpulan,dari sini jugak lah kita boleh kenal pasti diri kita sama ada kita boleh "bergerak" secara berkumpulan atau kita lebih selesa tugasan secara individu. (erm..harap-harap korang boleh digest okay..huhu)

  


Una terfikir untuk kupas perkara ni sebab its really happen out there...tambahan pula una memang dalam proses untuk siapkan projek bagi salah satu subjek yang una ambik semester ni,dan beberapa projek lain yang una pernah terlibat.Selain tu,ada jugak pengalaman kawan-kawan una dari universiti-universiti lain dan rakan-rakan dari industri jugak, yang mereka kongsikan dengan una.macam biasa,ada pengalaman yang manis ada yang perit,tapi tu lah namanya pengalaman,dan cara terbaik untuk belajar adalah melalui pengalaman.

Bagi una sendiri,of course ade pengalaman yang best dan tak best,tension,stress,sakit kepala tak payah cakap lah..confirm ada..just kena pandai handle je..memang menangis jugak kalau sampai tahap tak dapat handle..tapi so far okay lagi.. benda ni memang typical..semua orang yang handle projek mesti akan rasa.Jadi berbalik kepada diri sendiri,kita sendiri kena ambil masa sendiri,buat perancangan yang baik supaya kita dapat lakukan dan habiskan projek dalam masa yang di dah ditetapkan dengan lancar.

Tips Melakukan Kerja Berkumpulan


Sebelum projek bermula

1. Positifkan pemikiran diri sendiri,terima ahli kumpulan dengan ikhlas

Dalam situasi ni,positifkan pemikiran ni maksudnya,terima dengan hati terbuka sesiapa pun partner atau ahli kumpulan korang,kalau dapat dengan yang memang korang baik tu,memang best lah kan..tapi jangan selesa sangat,kadang-kadang yang rapat pun boleh ade persengketaan disebabkan projek...tapi kalau dapat dengan korang tak berapa ngam? haa jangan nak rasa tak best pulak..mungkin ini lah masanya Allah tentukan untuk korang jadi lebih rapat..apa pun,bila kita sendiri positif,inshaAllah kita boleh handle apa pun situation yang kita dapat sepanjang projek tu berjalan.

2. Bina hubungan yang baik antara ahli kumpulan

Korang jangan pulak salah faham,una bukan suruh bina hubungan perasaan dengan ahli kumpulan korang (yang berlainan jantina okay!) tapi kalau dah memang Allah tetapkan tu jodoh korang nak buat macam mana..tapi fokus kat projek dulu ye..projek tak jalan,apa pun tak boleh nanti..Maksud una sebenarnya,instead of jalankan projek,korang try lah kenal peribadi ahli group korang tu,jangan "guna" ahli group tu for the sake of nak siapkan projek je..kan lagi best kalau lepas habis projek,still boleh borak-borak,hang out,spend time buat aktiviti yang best sama-sama..

3.Adakan "Kick-Off Meeting" sebelum mulakan projek

Meeting sebelum mulakan projek ni tersangatlah penting,sebab ini lah masanya kita nak briefing tentang projek yang nak dilakukan,tempoh masa yang kita perlukan untuk siapkan projek,apa perkara-perkara yang perlukan perhatian yang lebih dalam projek,pembahagian tugasan untuk setiap ahli kumpulan,bincang tentang tugasan yang kurang jelas,siapa kita perlu refer kalau berlakunya masalah,dan macam-macam lah lagi.Jadi,by hook or by crook jangan skip first meeting..semua meeting pun lah..sebab meeting mesti akan bincang perkara penting..hehe..sebolehnyalah..tapi kalau terlepas,kena cepat-cepat dapatkan update,supaya kita tak tertinggal infomasi terbaru.

Gambar ihsan pak cik Google


Semasa tempoh projek dijalankan

1) Melakukan komunikasi yang baik

Nyatakan apa sahaja problem yang kita dapat supaya ahli kumpulan yang lain boleh come out with any or some other ideas to overcome problem yang ada,itu sudah tentu akan memudahkan lagi kerja kita kan..so,less stress..hehe.Update any progression yang kita dah buat supaya semua ahli kumpulan sedia maklum dengan perkembangan projek,dan jugak untuk motivate ahli kumpulan yang lain untuk dapat cepatkan progression mereka juga.Selain tu,individu yang dapat task yang kurang berat atau dah siap task mereka juga boleh bantu individu yang mendapat task lebih berat dan memakan masa yang lebih lama.Confirm group korang akan sayang lebihlah kat korang kalau korang dengan berbesar hati tolong task ahli kumpulan korang yang lain.heheee..


2) Jangan burukkan ahli kumpulan

Kadang-kadang dalam projek memang akan berlaku konflik yang mana ada sesetengah task yang delay atau tersalah buat,dan yang typical nya kita akan terus salahkan orang yang buat task tu,(sila jangan cepat melatah..) mungkin ada sebab tersendiri kenapa jadinya masalah pada task tu.Adakan meeting sekiranya berlaku masalah yang tak dijangka,slow talk antara ahli kumpulan sekiranya memang terdapat masalah dalam kalangan ahli kumpulan,sebagai contoh ada ahli kumpulan yang hanya jadi "sleeping partner" (kes ni memang selalu dan boleh terjadi okay) .Motivate dia,instead of cerita keburukan dia pada orang lain,tak dapat apa pun kalau burukkan dia,kerja still tak jalan.Jadi untuk tidak menyinggungkan perasaan mana-mana individu, ada kan "Ad Hoc Meeting"  (urgent meeting) atau, meeting yang lebih santai untuk tangani masalah ni.Jangan sesekali membesarkan perkara yang kecil dan remeh,lebih baik fikirkan cara untuk tangani masalah daripada fikirkan masalah.


3) Jangan "under estimate" kebolehan ahli kumpulan yang lain

Bagi peluang,okay basically kalau dalam alam pekerjaan mestilah dah sedia ada jawatan yang dipegang,so kalau handle projek pun orang dah tau apa job scope yang dah ditetapkan.Tapi lain pulak kalau dalam institusi pengajian yang belum ada jawatan yang specific lagi,orang tak berapa nak yakin sangat kebolehan-kebolehan lain yang seseorang tu ada,contoh mungkin orang tu mungkin buat task A tapi die ada pengetahuan jugak tentang task B tapi tak berana nak yakin sebab kalau dah nama student mestilah ,lainlah kalau dia memang top student yang tahu semuanya.Jadi dalam hal ni kita kena jadi open-minded, if lets say ada ahli kumpulan kita yang lain tahu something yang kita tak tahu,bagi peluang untuk dia cuba,dan ini jugak lah masanya untuk kita tambah pengetahuan baru yang kita tak tahu tu.

Copy gambar pak cik Google
Sebelum dan selepas pembentangan projek

1) Meeting sebelum hari pembentangan

Meeting lagi,supaya setiap ahli kumpulan dapat buat persediaan yang rapi tentang perkara yang akan dibentangkan dan nampak hasil projek yang mereka dok pum pang pum pang perah otak,bersengkang mata,sampai demam,kumpul air mata sebaldi demi untuk siapkan projek..(wujudkah lagi orang yang nangis sebab projek? hahaha..oh lupa..una pun pernah jugaklah sekali..humm ) 

2) Perbincangan terakhir mengenai projek

Setiap ahli kumpulan harus aware dengan ahli kumpulan yang lain.Make sure,setiap ahli kumpulan faham tentang role masing-masing dan jugak role orang lain,senang cerita faham tentang keseluruhan proses projek atau assignment tu,supaya bila sebarang pertanyaan tentang projek atau assignment tu diberi,bila sorang tak boleh jawab,ahli group lain boleh tolong,dan dari situ nampaklah kerjasama yang sangat baik..barulah lecturer atau bos suka..barulah boleh bagi full mark atau naikkan bonus...cheewah hehehe.

3) Bermaafan sesama insan

Alhamdulillah,sepanjang beberapa kali una terlibat dalam projek ni,tak ada masalah untuk bermaafan kalau ada kekurangan,terguriskan hati,terkasar bahasa sesama ahli group ni,dan mereka (ahli group una) pun okay je..Memang tak dinafikan,ada sesetengah situasi tu yang buat kita susah nak minta maaf,ada yang bawak isu ni sampai bertahun-tahun tak tegur..tapi,why need to be so serious?..tak apa..buangkan ego,let by gone be by gone,cuba untuk slow talk,berterus terang dan mohon maaf dengan ikhlas dan lupakan kesalahan masing-masing,buat macam tak ada masalah yang pernah berlaku..memanglah rasa awkward,tapi percayalah,dengan mohon maaf,dan memaafkan orang lain,hati akan jadi lebih tenang dan hidup selalu rasa happy.Yang penting,buangkan ego.

4) Penghargaan

Haa part yang ni memang selalunya tak kan dilepaskan,kalau ada duit lebih,why not kita celebrate untuk ahli group kita,pergi makan-makan ke,enjoy aktiviti extreme sama-sama ke..sebagai menghargai penat lelah setiap ahli kumpulan demi menyiapkan projek..Then again,kita tolak tepi je sama ada projek tu berjaya atau pun tak..yang penting kita dah berusaha.. (ni cerita kalau buat projek besar lah kan..kalau buat assignment,belanja makan pisang goreng je pun dah okay hehe)


P/s : Terima kasih sebab sudi baca sampai habis entry yang berjela ni..una sendiri pun terasa nak termuntah taip panjang-panjang..hahak..Korang sila digest baik-baik ye.. jangan termuntah pulak taw..kekekeke..Apa pun,ini sekadar pandangan una je,sepanjang una pernah buat  projek.. =)

Wassalam.

Love,
Una.

Sunday, 17 May 2015

Kun Anta- Be Your Self

Assalamualaikum

Jarang-jarang una dengar lagu arab..Tak sangka lagu yang senior una bagi kat una ni tengah trending sekarang ni..haha..Serious mula-mula ingat Kun Anta tu macam ceramah..rupanya lagu..tengah trending pulak tu..hahak..Sebenarnya ada cerita tersendiri disebalik lagu ni untuk una..Secara ringkasnya senior una tu high light point untuk una percaya dengan diri sendiri dalam apa pun keputusan yang una buat..

At first una tak faham apa kaitannya buat keputusan dengan lagu ni masa senior una suruh fahamkan lirik lagu ni..tapi bila senior una explain "be yourself " dalam lagu ni sama maksud nya debngan percaya dengan diri sendiri, then una faham..be positive and good thing will comes..haa macam tu lah lebih kurang..:D

So secara tidak langsungnya,lagu ni memang bagi motivation kat una..Thank your senior  BTD,KLCC :D

Una hadiahkan gambar,video dan lirik lagu sekali untuk korang kat bawah ni..Enjoy ye :)

Wassalam.

Love,
Una
(Yang tengah busy dengan test dan projek..pray for me)


Humood AlKhudher
(penyanyi Kun Anta..handsome kan..)


Klik untuk dengar :)

Rumi Translation
Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir
La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za ka jamaluna
Yasmu yataa’la
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
La la la la la la la la
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi ni
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana
Fakona a’ti takfini, za ka yaqi ni
La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liri dhohum
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
English Translation
In order to keep up with them
I imitated their looks and exterior
So I became someone else just to boast
And I thought that through that I gained a fortune
But I found that I’d lost, for these are mere appearances
No no
We don’t need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
La la la la la la la la
I accept people but I don’t imitate them
Except for what I agree with, to satify myself
I will just be myself, just the way I am, this is me
My conviction suffices, this is my certainty
No no
We don’t need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
I’ll be what I please to be
I won’t seek their acceptance
I’ll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance
I’ll be what I please to be
I won’t seek their acceptance
I’ll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance
No no
We don’t need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
Lirik Lagu Kun Anta – Humood AlKhudher




Sunday, 10 May 2015

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua... ;)

Bagai ada yang tak sempurna,bagai ada yang tertinggal kalau sesaat dalam hati tidak menghargai orang yang sayangkan kita..cheewah ayat nak macam drama je.Sempena hari ibu ni,una nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk ibu una,Noraini Hj Mat Nayan..walaupun lambat sikit,una gagahkan jugaklah sebab tengah demam sekarang ni..Tak lame lagi ucap Selamat Hari Ibu kat mak mertua pulak..bila tu tak tau huhu..harap-harap coming soon la..sabar ye bakal mak mertua yang masih belum dikenal pasti idenditinya..hehe  :D

Dalam demam-demam ni jugak,una hadiahkan sebuah bilik mandi yang sangat berkilat dan licin,dinding siap boleh buat cermin..hahaha sebab ibu paling suka kalau bilik mandi nampak cantik dan berkilat..heheheh (",)v nasib baik lah adik una,hana ada tolong huhu.. una tak masak sebab ayah yang masak..lagi pun tak nampak lain dari lain la sebab kadang-kadang una masak jugak..kalau ayah yang masak kan nampak macam rare gitu hehe...

Sempena Hari Ibu ni jugak,una nak kongsi beberapa perkara yang ibu selalu nasihatkan,supaya walau kat mana pun una berada,una tak lari dari panduan dan garisan hidup sebagai orang Islam dan orang melayu,tak banyak,tapi bila ingat kat ayat-ayat ni,kadang-kadang boleh buat nangis jugak la..hehehhe malu kita..

  1. Selalu ingat Allah.Ingat Allah selalu tengok kita.
  2. Jaga solat,walau ada kat mana pun,sesibuk mana pun,jangan tinggal solat.
  3. Solat awal waktu,utamakan solat..practice hari-hari,lama-lama mesti dah biasa.
  4. Jaga maruah diri,maruah keluarga.Kalau agak-agak rasa macam dah buat perkara sia-sia tu,ingat wajah ibu dengan ayah.. (dengar ayat ni yang buat tibe-tibe rasa selsema..mata pun berkaca huhu)
  5. Belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh,ingat jasa ibu dan ayah.
  6. Amalkan ayat pendinding diri,walau kat mana pun una berada.
Dulu una hafal ayat ni for no reason,tapi ternyata ayat ni berkesan sangat..Alhamdulillah..
7.Jangan lupa selalu jenguk dan doakan ibu dan ayah.


Basically,apa-apa pun kalau kita letakkan Allah nombor 1 dalam diri kita,inshaAllah kita akan selalu terpelihara dari perkara yang tak baik.Hati kita sendiri akan selalu gerakkan akal kita untuk buat perkara yang baik,once kita terbuat perkara yang bercanggah dengan garisan hidup sebagai Islam,hati akan selalu rasa tak tenang...Haa tu lah secara summarize nya..

Okay,itu saja untuk kali ni,macam panjang jugak una membebel demam demam pun..huhuhu..sebenarnya hari-hari adalah hari ibu dan ayah kita,bukan hadiah yang dapat represent kasih sayang,tapi ingatan dan doa untuk ibu bapa adalah yang lebih bermakna.

Bagi yang masih punyai ibu dan ayah,hargailah mereka sebaiknya dan seikhlasnya,cuba untuk selalu bahagiakan hati mereka,dan jangan lupa untuk doakan mereka,sesungguhnya,anak yang tidak mendoakan ibu bapa tergolong sebagai anak yang derhaka.itu yang sebaiknya.

Bagi yang sudah tiada ibu atau ayah,ingat juga untuk selalu doakan kesejahteraan mereka disana,jadilah anak yang soleh dan solehah untuk mereka kerana salah satu bekalan yang diperlukan disana adalah doa anak-anak..inshaAllah mereka akan selalu tenang dan bahagia disana. ;D

Lagi sekali,Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar IBU. ;D

Wassalam,

Love,
Una ;)







Friday, 1 May 2015

Segmen Blogwalking & Give Away By Kisah.Si.Gadis.Leo

Assalamualaikum awak semua..

Hai..First of all,selamat bercuti kepada yang dapat cuti hari ni...hehe..yang kena kerja,redhalah okay..mana tahu rezeki lain pihak kat korang in future..Okay kali ni una nak ajak korang semua join Segmen Blogwalking & Give Away by Kisah.Si.Gadis.Leo yang una buat ni..Tujuan una buat segmen ni just untuk una kenal korang dengan lebih close lagi,mana tahu boleh tiba-tiba terjumpa kat luar...cheewahh..

By the way,thanks to my "talented" yang dah hasilkan banner segmen ni..sangat girlish dan berbunga-bunga..hahah..overall still cantik..thank you a lot..wink wink..


Ini syarat-syarat untuk korang menang okay..senang je..
  1. Follow Blog Kisah.Si.Gadis.Leo dan tinggalkan jejak anda di chatbox una.
  2. Copy banner yang berbunga-bunga ni,hahah..serta syarat segmen ni ke dalam entry korang.
  3. Perkara yang korang perlu tulis dalam entry adalah seperti,kenalkan serba sedikit tentang diri korang,dan tulis juga tentang seorang blogger yang korang kagumi dan kenapa?
  4. Tinggalkan link penyertaan korang di ruang komen entry ini supaya una boleh jejak korang semula ;)
  5. 8 orang pemenang akan una umumkan pada entry 1 June nanti,inshaAllah..
Selamat mencuba nasib..inshaAllah kalau rezeki awak murah,ye..awak yang tengah baca ni...mungkin link blog awak yang akan una letak kat entry 1 June nanti inshaAllah kalau panjang umur...siapa tahu,Allah je yang tahu..haha..okay..Adios..Babaii..

P/s : Untuk maklumat lanjut boleh contact una kat fb/twitter/instagram una okay.. ;))

Wassalam..


Love,
Una.

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...