Assalamualaikum..
Entry ni ditujukan khas untuk salah seorang adik saudara kekna,yang baru dapat result SPM baru-baru ni,tahniah untuk result Fatin..dan untuk pelajar-pelajar lepas SPM/STPM/Diploma dan Matrikulasi yang lain pun boleh jadikan maklumat yang bakal di sampaikan ni as reference jugak okay..
Basically,tips ni pun adalah tips yang kekna pernah dapat dulu..dari family dan cikgu-cikgu kekna dulu..
Tips Memilih Jurusan Pengajian di IPTA/IPTS
1.Kenali KELAYAKAN keputusan peperiksaan anda yang bersesuaian dengan jurusan.
Of course,perkara first kita akan buat ialah refer balik kat result kita supaya kita tahu kita lebih ke arah apa..okay,kalau kita tak sure,boleh refer kat cikgu-cikgu,dorang mesti boleh bagi suggestion.Selalunya kalau result kita strong kat subjek science dan/atau maths,kita boleh futher study dalam
2.Kenali dengan jelas MINAT diri sendiri.
Okay yang kedua,list kan minat diri sendiri.Memang,sometimes seseorang tu boleh ada banyak minat,contohnye minat nak study bahagian medic la,pastu minat pulak nak jadi JD radio sebab minat Johan ERA contohnya,tibe-tibe minat nak jadi pengacara tv sebab nak selalu appear kat tv. Its okay..Boleh..sebab kekna pun macam tu jugak dulu haha..All we have to do is kita list kan semua minat tu..tapi mengikut priority atau keutamaan..apa yang kita PALING minat dan yang berikutnya.Then again, dari situ kita boleh compare antara kelayakan dan minat kita.
3.Pilih jurusan mengikut MARKET semasa.
Okay point yang ni antara point pak cik kekna yang paling kekna ingat,sebab macam rare..Kekna tak faham ape yang dimaksudkan dengan market during at that time...Tapi sure point ni dah banyak orang guna dah sekarang kan..PiIih jurusan ikut market maksudnya,pilih mengikut kadar pemintaan pekerjaan yang tinggi..tapi kekna percaya as time goes by,permintaan pekerjaan ni ada yang berubah-berubah sikit kan..Jadi,dont stick to one info je tapi rajin-rajin tanya update dari orang-orang industry yang berpengalaman.
4.Buat solat istiharah dan hajat dan minta petunjuk dari Tuhan.
Allah pencipta kita,dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..Jadi untuk dapat pilihan yang lebih diberkati,mintalah petunjuk dari Allah..rajin-rajin buat solat sunat dan doa banyak-banyak..mintak Allah permudahkan kita dan gerakkan hati untuk buat pilihan yang tepat dan kita yakin dengan pilihan kita..tapi doa tu kenelah mintak dengan penuh ikhlas dan sungguh-sungguh taw..
5..Minta pendapat ibu bapa,guru dan kaunselor.
Dalam apa pun perkara kita buat,kita jangan sesekali membelakangkan ibu bapa kita,walaupun ada sesetengah ibu bapa yang kurang arif pasal jurusan-jurusan semua ni.Well,sebab ibu bapa kita masih mampu untuk tolong doakan..dan percayalah yang doa ibu bapa tu "senjata" yang sangat kuat untuk kebahagiaan,ketenangan...ape lagi..haa semua yang baik lah untuk hidup kita. Tanya kat cikgu-cikgu,sebab mereka sebahagian daripada hidup kita jugak,mereka jugak tahu ape kelebihan dan kat mana kekurangan kita,so mereka pun boleh bagi suggestion at the end..Same ah jugak macam kaunseor..
Meh sini nak cakap : Walaupun kadang-kadang kita terlalu minatkan sesuatu,tapi kita tak dapat untuk ikut minat kita tu sebab rezeki tak menyebelahi kita,jangan rasa down,jangan cepat putus asa..In fact,cuba untuk "jatuh cinta" dengan apa yang kita dapat..Ilmu tu milik Allah,bile Allah dah bagi kita rezeki kat bahagian yang lain,dan kita bersyukur..kita terima ikhlas sebab Allah,kita mendalami ilmu tu sebab Allah..inshaAllah Allah mesti luaskan lagi rezeki kita dalam bidang yang Allah dah bagi untuk kita..Ingat jugak..Allah sentiasa lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. :)) keep smiling n be strong!
oh..by the way,selain point yang kekna pernah dapat dulu ni..kekna ade search jugak info lain..and kekna rasa info ni membantu jugak...sat na..
tadaaaaaa ...bole click kat sini k.. subjek-subjek yang berkaitan dengan jurusan =)
Okay tu je...bye assalamulaikum...
LOVE,
Kekna.
oh..by the way,selain point yang kekna pernah dapat dulu ni..kekna ade search jugak info lain..and kekna rasa info ni membantu jugak...sat na..
tadaaaaaa ...bole click kat sini k.. subjek-subjek yang berkaitan dengan jurusan =)
Okay tu je...bye assalamulaikum...
LOVE,
Kekna.
Thx untuk info
ReplyDeletesame2...study rajin2..:))
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekalau pilih berdasarkan demand mungkin byk peluang pekerjaan lepas dah grad nanti tetapi kalau berdasarkan minat pulak, mungkin lagi mudah nak bukak bisnes nanti sebab ada minat yg tinggi terhadap bidang yg dipilih. :)
ReplyDelete