Assalamualaikum..
Aku tau apa yang ibu buat hari tu,untuk tengok aku senyum lagi..Aku tau ibu rindu nak tengok aku senyum lagi..baru-baru ni ibu ajak aku keluar,dah lama aku tak keluar dengan ibu sebab aku selalunya aku ada kat universiti aku..
Dan hari tu,aku keluar dengan ibu,ibu seolah-olah faham isi hati aku,walaupun ibu tak tanye and ibu tak cakap apa-apa pun tentang hidup aku..suatu hari nanti,aku mesti akan rindu ape yang ibu buat untuk aku ni..
Kelemahan aku,aku memang tak mampu and tak pandai sorok rasa sedih,rasa risau dalam diri aku walaupun aku cuba sedaya upaya aku.Ceritanya,aku terlalu fikirkan exam aku, dan aku terlalu fanatik minat kat seorang yang dah berjaya sekarang..sampai aku di block atas kesalahan yang aku tak tau.Teruknya aku, sebab terlalu fikirkan life aku sampai aku tak perasan sebenarnya hati ibu aku yang lebih penting..
Ibu ajak aku pergi beli baju adik,dan time kat tempat baju tu,2 orang adik aku (sorang kakak dan sorang adik) berlari-lari..jenuh aku follow dorang..then,yang si kakak ni cakap dekat adik "adik! Pegang tangan ibu bapa lah..." Time tu dekat dengan ibu..
Ayat adik aku tu buat aku dengan ibu tersenyum sebab budak 6 tahun yang cakap macam tu..Tapi mase tu,aku lebih nampak ibu seronok bila tengok aku senyum..mungkin ibu memang rindu nak tengok aku senyum dengan ikhlas,since i don't know when..bad me..aku langsung tak perasan hal tu..
Terima kasih Allah sebab sedarkan aku..please show your bless forever for my mom..Hapuskan semua doa ibu aku,and maafkan aku sebab belum berjaya jadi anak yang solehah..
Hidup kat dunia cuma sekejap,dan bukan untuk selama-lamanya,tak ada perkara lebih penting selain mencari redha Allah dan membahagiakan hati ibu dan ayah..Nama,pangkat,harta,keseronokan tak akan kekal..cuma kasih sayang Allah,rasul dan ibu bapa yang akan kekal sampai akhirat..Ingat husna..jangan kalah dengan hasutan dan tipu daya syaitan..