Lepas dekat sebulan menapakkan diri kat PTSS,perlis ni,sampai jugak akhirnye hari untuk aku jawab exam yang akan menentukan aku dapat sijil certification Comptia ni ke tak.Tapi,aku kene make sure aku lulus kedua-dua paper,paper (220-701),banyak pasal essential dengan (200-702) yang banyak pasal ape tindakan yang seorang technician perlu buat terhadap sesuatu situasi,then barulah aku boleh dapat certification professional tu.
Exam start dalam pukul 2.00 petang lebih kurang,dan semua candidate tak akan dapat soalan yang same.Mungkin ada yang same,tapi secare random dan tak kan 100% same.
Malang sekali,aku fail ! Sedih ! sangat sedih...yang paling aku terfikir sekali,kawan aku,Karimah,yang aku buat discussion same2 malam sebelum exam tu,lulus and soalan yang kitorang discuss tu kebanyakannye keluar,tapi aku tak jumpa langsung soalan yang kitorang discuss malam tu.
Tu lah namenye rezeki..Tak ape lah,insyaAllah rezeki aku ade,tapi belum sampai..Disebabkan tahap kesedihan yang tibe2 naik mendadak,sampai air mate pun tak terkeluar..Sampai aku rase dah tak bersemangat nak ambik next paper,(200-702) tu. Ape pun,tahniah untuk karimah ! you did a good job girl!
Tapi memang kesilapan aku jugak,aku tak prepare dari minggu first..Bende nak study banyak,and soalan ade 100,1 soalan 10 markah,so semua sekali 1000 markah.Markah lulus 675 per 1000.. (markah aku dirahsiakan,tapi main point nye,aku fail..:'( ) so should be aku prepare and buat ulang kaji dari awal..usaha kena dilipat gandakan..memang aku ade inisiatif untuk study,tapi aku suka bertangguh! tak de disiplin,..haa tu lah aku..silap besar..
Memang tu lah sifat dalam diri ni yang perlu dibuang..ye,perlu buang! haishh..rase serba salah dengan Sir sebab tak dapat nak membuat sesuatu yang dapat mengembirakan sir..At least macam hadiah untuk membalas jasa sir yang dah ajar dekat sebulan ni...
At first,aku memang rase down sangat sebab fail tu,tapi insyaAllah aku akan cube yang terbaik untuk paper yang seterusnya jumaat ni..Kalau lulus,insyaAllah aku boleh re-seat semula paper (220-701) yang aku fail tu..Cuma kene la stay untuk beberape hari lagi kt Perlis ni..Sir pulak dah balik hari ni.So tak taw lah macam mane..InsyaAllah nanti akan dibincangkan lagi dengan parents aku.Kalau ramai yang nak re-seat,aku re-seat sekali..
Actually aku boleh la sebenarnye..Cuma aku ade sifat suke bertangguh and tak berdisiplin and tak consistent..Tu lah masalah aku..Jadi aku harap sangat ade orang yang mampu untuk tolong aku atasi sifat yang buruk ni..aku bukan tak percaye kat diri sendiri,tapi ye lah motivasi diri tu cepat hilang..
Macam biase,aku suke untuk share something yang orang lain pun boleh dapat jugak manfaatnye..
Ni adelah link ye,yang mane ianya adalah tips untuk kite belajar dengan lebih berkesan,then boleh la lulus exam kan..hehe
Sila-sila lah bace..:)
Tips lulus exam..jangan tak study..sedih nti fail..:(
Jadinya,lepas bace blog tu,aku rase perkare yang aku kene improve adalah macam :
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar