Friday, 2 December 2011

Terima kasih kawan..:)

    Tiba-tiba aku teringat pasal seseorang ni..padahal aku tengah pening ni,dan tengah nak tidur dah.tapi tak pe lah,aku tulis je la..ye la nanti lupe pulak. :P
     Dia adalah classmate aku kat poli ni..Dia banyak nasihat aku,kuatkan semangat aku masa aku tengah down dulu,dan banyak jugak tolong aku..Dia memang baik budaknye..Dia lah orang yang tenangkan aku masa aku down lepas break dengan ex aku dulu..yelah mungkin sebab tu first time aku kapel and first time jugak aku break,and in relationship tu pun dah dua tahun..x jauh beza tarikh dengan tarikh lahir adik aku yang last.
     Mungkin sebab aku susah nak terima orang dump aku macam tu,secara mengejut pulak tu buat aku macam tu..aku cerita kat kawan aku ni sebab dia pun kawan kepada ex aku tu.Niat first aku nak dia tolong cakap kat ex aku tu.Dia buat..tapi lepas tu dia nasihatkan aku untuk lepaskan je ex aku tu,bukan sebab dia nak backup siapa-siapa,tapi sebab tak ada gunanya mengharapkan orang yang dah tak ikhlas lagi dengan kita.Dia cakap lagi,aku kena terima semua ni dengan ikhlas,ni adalah takdir dan ujian untuk aku.Allah tak kan uji aku lebih dari kemampuan aku sendiri...
      Dia nasihatkan aku supaya kuat..ingat Allah selalu,doa banyak-banyak...and bila aku cakap kalau aku memang x kuat jugak macam mana? Then dia cakap bacalah Al-Quran..and aku buat,aku buat semua yang dia nasihatkan aku,walaupun memang aku solat,tapi kali ni,aku doa dengan lebih sungguh-sungguh lagi,and bila aku dah nak teringat kat ex aku,aku akan doa,baca Al-Quran ataupun tgk movie yang aku suka..(movie korea..boleh nangis jugak lah...)
      Selain orang lain yang tolong aku untuk bangun balik,aku sendiri kena tolong diri sendiri untuk bangun,..Rugilah aku kalau lemah sebab lelaki.Ada beberapa lima orang je yang taw pasal aku break tu..sorang jiran aku,sorang roomate aku sem 1 dlu,sorang housemate aku sekarang,sorang kawan hometown aku dan sorang lagi termasuk lah kawan aku ni..aku tak dapat nak kongsi sedih aku dengan orang lain sebab ex aku tu 1 jabatan dengan aku,and gf die tu classmate dia sendiri..n aku pun kenal gf ex aku tu,macam tu jugak dengan classmate perempuan aku yang lain..So aku tak nak hubungan "kawan" antara dorang semua jadi lain walaupun sikit sebabkan perkara macam tu.
      Memang ambil masa jugak untuk aku tenang and bersemangat balik.kadang-kadang bila aku rasa down aku cerita kat 5 orang yang aku mention td,tapi kadang-kadang call kawan aku yang aku cerita awal-awal tadi sebab nasihat dia memang boleh masuk dengan diri aku.Dia memang banyak dengar luahan aku sepanjang aku tengah down tu.Kadang-kadang sampai aku ternangis pun,dia cuba tenangkan aku.Terima kasih sangat kat dia....tapi sebenarnya,terima kasih Allah sebab kau sebenarnya nak tunjukkan aku yang terbaik untuk aku,dan kau hantarkan seseorang untuk aku,supaya aku dapat bangun semula.Sebabkan aku fikir semua yang jadi ni kehendak Allah,aku x berdendam sikin pun dengan ex aku and gf dia tu.In fact,aku belum marah dia pun  lagi sebabkan hal tu.Aku break pun time puasa,sebab tu aku kena banyak sabar..
    Time aku praktikal pun dia lah yang banyak tolong aku,dari tempat tinggal dia,datang kat tempat aku dengan laptop die,then kadang-kadang bawak balik laptop aku and bawak jugak laptop dia balik rumah dia balik kalau laptop aku rosak,..Aku tak taw lah nak cakap.kesian pun ada..
     Sekarang aku dah rasa lega dengan semua tu,perasaan tu pun dah pergi jauh-jauh dari diri aku.betul cakap dia,mungkin ada hikmah di sebalik semua yang Allah bagi,tak kiralah perkara baik ataupun sebaliknya. Dah setahun lebih aku break dengan ex aku tu,aku still ingat benda-benda yang kawan aku tu nasihatkan.tapi ape pun,bila aku teringat je kata-kata kawan aku tu,buat aku tersenyum,makin dewasa aku ni rupanya,macam-macam pengalaman yang aku dah lalui..(walaupun tak de lah banyak sangat..umur aku pun baru 20 tahun..kakaka) Mungkin tak aku jumpa dia lagi bila dah habis poli nanti...tapi apa pun,kalau satu hari nanti aku down lagi,aku akan buat macam yang dia pernah cakap...Allah saje yang dapat balas budi dia...:)
 

No comments:

Post a Comment

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...