Assalamualaikum & Selamat sejahtera
Lately macam kerap juga dengar orang kena demam denggi..Actually denggi ni bila-bila saja boleh kena,cuma kita je yang tak aware,bila tiba musim denggi baru kita nak take action..may be ada yang tak macam tu..tapi mostly macam tu lah..huhu..Anyway,entry kali ni una tuju khas untuk adik una..Muhammad Nazirul Helmi Mohd Halim sebab baru-baru ni dia demam panas sampai jadi suspek denggi..innalillahiwainnailaihirojiun...No lah.. dia sihat lagi alhamdulillah..( musibah yang kita dapat kena ucap innalillahiwainnailaihirojiun okay...tak semestinya kematian sahaja...)
Taraaa...... nah una belanja sikit gambar adik una..
Since una memang minat medic,dam memang tak layak masuk bidang medic,so una belajar basic pasal medic sendiri sendiri saja..dan una pernah tahu tentang cara untuk reduce kepanasan demam panas dan demam denggi ni,tapi just tak berapa ingat sebab belum pernah praktikkan lagi..
So,una akan share kan juga kat sini untuk kegunaan bersama..Apa itu demam denggi
Simptom Demam Denggi
Meh kita tengok simptom-simptom yang mungkin kita dapat sebelum disahkan kita menjadi suspek denggi..Macam adik una rasanya dia cuma demam panas..tapi agak nampak teruk sebab dia sakit sendi,sakit kepala..may be sebab dia jarang demam..alhamdulillah lah..
So simptom-simptom demam denggi adalah seperti berikut.
- Demam Yang Tinggi Secara Tiba – tiba Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
- Bintik – Bintik Merah Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
- Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
- Sakit Kepala
- Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi
Cara merawat demam denggi
Kebiasaannya, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi. Biasanya penggunaan ubat antipiretik akan digunakan unutk meredakan demam denggi.
Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh diguna pakai sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.
Antara petua merawat demam denggi
1) Air Masak. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.
2) Sup Ketam. Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.
3) Jus Daun Betik. Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah, ambil sedikit dauh betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.
4) Jus Buah Kiwi. Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.
5) Jus Buah Kurma. Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh
6) Jus Buah Jambu. Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting unutk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.
7) Jus Pegaga. Kisar dan minum jusnya.
8) Tembikai Merah. Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.
P/S : Kalau kita perhatikan, kesemua rawatan mudah demam denggi adalah dengan penggambil air yang banyak. Ada juga yang menggalakkan pengambilan minuman isotonik.Tapi una x galakkan kita amalkan air isotonik masa demam sebab air tu ada kandungan gas dan gula yang tinggi. Walaupun minuman isotonik boleh recover kita dari demam lebih cepat,tapi ada keburukan disebalik tu,sebab potensi mendapat penyakit kencing manis lebih besar.Walaubagaimana pun,semua ni cumalah usaha kita sebagai manusia sahaja..yang lebih layak bagi kita kesihatan tubuh badan sebenarnya adalah Allah..jadi ikhtiar,ikhtiar jugak...doa jangan lupa okay... ;D
Wassalam.
Fi Hifzillah,
~UNA~
Nutriferon, Vitamin C Shaklee, dan Performance Drink membantu mempercepat sembuh demam denggi
ReplyDeletegood info and thanks for sharing
ReplyDeleteInfo yang bagus... Terima kasih
ReplyDeleterisau bila banyak nyamuk....kekadang kita dah jaga dah kebersihan sekeliling tp jiran2 kita la plak
ReplyDeletesangat menarik..mesti cuba ni
ReplyDeleteslm
ReplyDeleteSalam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
ReplyDeletejom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan