Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Baru-baru ni una dan beberapa orang kawan lama pergi ke majlis perkahwinan kawan kami,Nurul Zulaikha kat Bukit Beruntung.Then petang tu pulak una dan family balik kampung kat Tanjong Karang sebab nak buat doa selamat..Then,pagi esoknya,kami semua pergi ke majlis pertunangan saudara di Kuala Selangor..
Okay,apa yang una nak cerita kat sini adalah..dalam ketiga-tiga event ni,una dapat soalan yang sama diajukan kepada una yang una memang tak dapat nak lari..iaitu..
Event 1 : Kenduri kahwin Nurul
Kawan : Husna still single lagi ke? dengan sape sekarang? ..adik kau emy dengan mira pun dah ada calon..kau jangan sampai adik kau langkah bendul nanti..haa~~
Event 2 : Doa selamat di rumah nenek
Family : Umur berapa tahun ni? Tahun akhir kan kat UPM? Bile nak bawak si dia jumpa family?bila nak kenalkan kat kitorang? Dia sihat ke? Ape khabar dia? Hari tu bukan cakap nak datang ke time raya? Dia dulu study mana? macam mana kenal ? dah lama ke kerja kat Petronas? beza umur berapa tahun? duduk kat mana?nak tengok gambar dia.. -..-""
Event 3 : Majlis pertunangan saudara.. ni paling bertubi-tubi kene soal.. boleh buat conference..
Sebelum kene soal,depa sakat dulu...
Haa yang sorang ni..bile la lagi...tak pe..kat sini ramai jugak ni..mana tau,ada yang tersangkut kat sini.. -..- hm ye lah sebab selama ni,memang depa tak pernah dengar una ada dikaitkan dengan mana2 lelaki...time study lagi lah..memang depa tak bagi una ada kaitan dengan mana-mana lelaki..
tapi sekarang depa yang tak sabar tunggu..
Nenek : Along bila lagi..nenek nak tengok along dapat ijazah,dapat suami yang baik akhlaknya,sopan santun,beriman,hormat orang tua...nanti kenalkan kat nenek tau..nenek doakan..
Pak cik mak cik,saudara mara : Eh nurul sekarang buat apa? bila nak kawin? along punye majlis bila? tahun depan okay kot long..? Along bila nak kenalkan ni..suka rahsia la along ni...
Lepas tu yang jadi lamanya sebab depa masing-masing cerita asal usul perkenalan dengan pasangan masing-masing..yang majority kenal dengan classmate,satu universiti..memang ramai yang cerita depa kenal 1 kelas.. jenuh nak dengar...dan mampu senyum je..last last una sampai tersasul lah cakap una kenal yang kat Petronas tu... (tapi tak sempat habiskan cakap pun..haha..selamat.. ) ..sebab sama-sama pergi tournament tapi tak pernah bertegur..( sambungannya ada dalam ni...hahah)
Ya Allah stress sangat rasanya,mana taknya,dengan nak fikir final exam lagi, final project lagi,dan datang pulak soalan-soalan killer selama 3 hari berturut-turut...dah la...itu saje nak cerita...nak sambung study..lagi baguih..doakan una untuk final exam dan fina project ye...oh untuk jodoh una juga...
P/S : Jodoh tu kan rahsia Allah..kita pun tak tahu jodoh mana yang datang dulu dekat kita,sama ada jodoh dengan manusia..atau jodoh dengan kematian.. jadinya, better kita kukuhkan relationship dengan Allah dulu,dan lepas tu Allah pasti akan pilihan terbaik di sisinya untuk kita..yang penting,keep praying kalau betul kita ada simpan perasaan untuk seseorang tu..inshaaAllah Allah mesti jaga dia untuk kita dan temukan pada saat dan masa yang ditetapkan..cuma yang penting,..perlu lebihkan cinta kepada Allah melebihi cinta yang lain..
Wallahualam..
Fi Hifzillah,.
~UNA~
memang soalan ni takkan lepas kalau jumpa mana mana orang..dapat dapat time dah nak habis study...insyaAllah semoga awak dapat jodoh yang baik di mata awak..
ReplyDeleteAmeen ameen ameen..semoga dapat yang baik di mata saya dan pada pandangan Allah jugak..
DeleteHi, perkongsian yang menarik. Done follow, follow me back :)
ReplyDeletetme kasih....:))
DeleteSalam Nurul Husna.... segala pertemuan, jodoh di tangan Allah ataala. Apa yang penting belajar dahulu dan buktikan kepada ibubapa bahawa kita ini belajar bersunggu-sungguh dan bawa balik k segulung ijazah.
ReplyDeleteSaya doakan agar Una berjaya exam tu nanti. Insha Alkah
Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX
Bab jodoh ni sukar nak dimengertikan...
ReplyDeleteAda yang cepat ada yang lambat dan ada yang tak kawin2 sampai ke tua
InsyaAllah jika jodoh dah ditakdirkan sudah pasti ia sampai tak kira cepat atau lambat