Showing posts with label dajjal. Show all posts

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Salam Jumaat semua..kalau dalam Islam,Jumaat adalah penghulu segala hari,jadi sempena hari Jumaat yang mulia ni,una nak kongsikan kelebihan Surah Al-Kahfi untuk ampa semua..Alhamdulillah Jumaat kali ni Allah bagi ilham kat una untuk kongsikan sedikit sebanyak pasal Surah Al-Kahfi ni..padahal Jumaat sebelum ni tak terfikir pun..huhu..Okay dah cukup...Kita teruskan dengan objektif utama okay..



Tentang Surah Al-Kahfi

Okay una akan ceritakan serba sedikit tentang Surah Al-Kahfi supaya ampa semua nampak briefly sikit tentang Surah Al-Kahfi ni.

Surah Al-Kahfi bermaksud Gua.Surah ni diturunkan di Makkah,merupakan surah ke 18 dalam Al-Quran dan mengandungi 110 ayat.

Ada kisahnya pula kenapa dijadikan surah tentang Gua yang una pun tak berapa arif untuk elaborate, tapi digalakkan ampa baca surah ni dengan terjemahan atau tafsir Al-Quran untuk lebih faham dan boleh menghayati isi kandungan surah ni..Inshaa Allah.

Surah Al-Kahfi Ayat 1- 10 & 101-110

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

1. "Jika sesiapa membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi,dia akan terlindung dari fitnah dajjal" ( Hadis Riwayat Muslim )

2. "Seseiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada Hari jumaat maka dia diberi cahaya yang meneranginya dari Jumaat dia membacanya sehingga Jumaat berikutnya. (Hadis Riwayat Al-Baihaqi,At-Tabrani,An-Nasai & Hakim)

3. " Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi,maka ia terlindung dari fitnah dajjal" (Hadis Riwayat Ahmad) 

Surah Al-Kahfi ni memang agak panjang sikit,tapi itulah ujian untuk kita sebenarnya..untuk selamatkan diri kita dari fitnah dajjal nanti..kan.Jadi kita kena usaha sikit okay..baca 10 ayat first and last pun okay..inshaa Allah..slow-slow..una dulu pun susah jugak nak biasakan diri..

P/S : Una pun tak arif sangat tentang kisah Surah Al-Kahfi ni,cuma una share apa yang una pernah baca saja..Wallahualam..una harap kalau ada sesiapa yang lebih tentang surah ni boleh tegur una kalau una share benda yang kurang tepat.. :) Okay Salam Jumaat semua..dengan ucapan..ampa dah baca Surah Al-Kahfi ka belum..hehe.

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~


Posted in , , | 20 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.