Archive for January 2015

Terima kasih ibu..

Assalamualaikum..

Aku tau apa yang ibu buat hari tu,untuk tengok aku senyum lagi..Aku tau ibu rindu nak tengok aku senyum lagi..baru-baru ni ibu ajak aku keluar,dah lama aku tak keluar dengan ibu sebab aku selalunya aku ada kat universiti aku..

Dan hari tu,aku keluar dengan ibu,ibu seolah-olah faham isi hati aku,walaupun ibu tak tanye and ibu tak cakap apa-apa pun tentang hidup aku..suatu hari nanti,aku mesti akan rindu ape yang ibu buat untuk aku ni..

Kelemahan aku,aku memang tak mampu and tak pandai sorok rasa sedih,rasa risau dalam diri aku walaupun aku cuba sedaya upaya aku.Ceritanya,aku terlalu fikirkan exam aku, dan aku terlalu fanatik minat kat seorang yang dah berjaya sekarang..sampai aku di block atas kesalahan yang aku tak tau.Teruknya aku, sebab terlalu fikirkan life aku sampai aku tak perasan sebenarnya hati ibu aku yang lebih penting..

Ibu ajak aku pergi beli baju adik,dan time kat tempat baju tu,2 orang adik aku (sorang kakak dan sorang adik) berlari-lari..jenuh aku follow dorang..then,yang si kakak ni cakap dekat adik "adik! Pegang tangan ibu bapa lah..." Time tu dekat dengan ibu..

Ayat adik aku tu buat aku dengan ibu tersenyum sebab budak 6 tahun yang cakap macam tu..Tapi mase tu,aku lebih nampak ibu seronok bila tengok aku senyum..mungkin ibu memang rindu nak tengok aku senyum dengan ikhlas,since i don't know when..bad me..aku langsung tak perasan hal tu..

Terima kasih Allah sebab sedarkan aku..please show your bless forever for my mom..Hapuskan semua doa ibu aku,and maafkan aku sebab belum berjaya jadi anak yang solehah..

Hidup kat dunia cuma sekejap,dan bukan untuk selama-lamanya,tak ada perkara lebih penting selain mencari redha Allah dan membahagiakan hati ibu dan ayah..Nama,pangkat,harta,keseronokan tak akan kekal..cuma kasih sayang Allah,rasul dan ibu bapa yang akan kekal sampai akhirat..Ingat husna..jangan kalah dengan hasutan dan tipu daya syaitan..

Posted in , , , | Leave a comment

Suamiku Encik Perfect10

Hai assalamualaikum...

Suamiku Encik Perfect10, lakonan oleh my favourite actress and actor Lisa Surihani and Aaron Aziz, lagi-lagi bila dorang tampil sebagai Hero dan Heroin cerita ni lagilah aku excited nak tengok..So,lepas da tengok..I'm definitely give them 5 stars!! Of course..

Basically cerita ni tak lah based on kesedihan..sebab ade sweet,ade kelakar sikit,ade sedih,ade geram..tapi yang pasti lebih banyak yang sweet la cerita ni..serious tak tipu..awal cerita ni start dengan pertemuan dalam flight dan Zarief Daniel (Aaron) as a stranger sanggup tolong Alia Azmin (Lisa) untuk hal personal pulak tu..Bayangkan,in real world ada ke orang sanggup buat macam tu..and ending die buat aku sebak la jugak...sebab at the end Alia buat bende sweet balik kepada Zarief sampai buat Zarief tu nangis la..(Ke sebab kau yang hati bunga sangat husna...orang lain relax je)

Bytheway,congratulations untuk pengarang novel cerita ni sebab aku rase situation macam cerita ni mungkin kita tak pernah jumpa lagi...tapi lagu tema cerita ni la yang buat lagi sedih once kita tengom betul-betul pada lirik dia.. (kenape macam terjiwang pulak ni..)

Ini menunjukkan lagi kuasa and rancangan Allah untuk kita tu datang dari pelbagai sumber dan keadaan..Jadi berserah diri dan yakin dengan kuasa Allah tu memang penting..

P/s : Sebabkan cerita ni kawan aku yang tak biasa tengok cerita melayu terpaksa akur untuk ikut aku tengok cerita ni..thank you so much.. "ini semua lisa punye pasal "..

Nah aku belanje sikit few scenes dalam cerita Suamiku Encik Perfect10..Gigih snap from tv..admire sungguh.!

Posted in , , , | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.