Archive for June 2015

Demam campak kali ketiga

7 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Pengalaman Sahur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sumber oleh pak cik google
Haa nampak tak betapa gegehnya (gigihnya) una mengejar entry yang una dah 3 hari tertinggal untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni,tak tahu lah diterima pakai ke tak cara macam ni..Teringat balik zaman ambil subject BBI English Writting yang memang wajib semua student UPM ambil subject ni,.Tak ingat sem berapa ambil subject ni ,tapi basically macam ni lah,kena buat essay online mengikut tajuk yang diberi setiap minggu dengan jumlah patah perkataan yang dah ditetapkan,kalau terlepas deadline yang dah diberi tu memang menangislah perah otak nak cari idea untuk tulis essay yang panjang berjela tu..memang kene kejar siapkan beberapa essay untuk deadline berikutnya..concept nya macam tu lah..tapi una pun pernah jugak delay sekali..sekali je..perit rasanya..hukhukhuk

Haaa tengok dah lari tajuk...okay maafin..maafin..tajuk kita apa tadi..yee..pengalaman sahur..pengalaman sahur tahun bila yang kena cerita ni? Erm..okay lah sebab kan #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015,tahun 2015,una cerita tahun 2015 punya..hurmm huwaa sadis baq hang una punya pengalaman sahur tahun 2015 ni,sebab ni first time una sahur selain dari kat rumah..first day Ramadhan dah kena sahur kat UPM sampailah ke hari ini..cuma adalah 2,3 hari baru ni balik rumah...nasiblah jugak rumah una dalam Selangor jugak..macam certain kawan-kawan una yang dari negeri lain..mestilah mereka lagi sedih..tapi macam tak ada beza saja dalam Selangor atau luar Selangor..still sahur apa yang hado je...

Pengalaman kali ni memang kene independent sikitlah ceritanya,sebab nak pastikan una dengan roomate bangun sebelum waktu azan..dan sebabkan una dah terbiasa bangun sebelum subuh,..(Alhamdulillahlah yang tu..) memang una lah yang jadi alarm untuk roomate una tu hari-hari...lepas tu masing-masing pun buatlah juadah sahur masing-masing..pernah jugak kitorang makan biskut  lemak,kurma dengan air milo je..sedih,tak kisah pun sebenarnya..sebab rupanya,bila kita tak ambil makanan berat sangat masa sahur,perjalanan seharian kita jadi lebih cergas berbanding kalau ambil makanan berat..cuma masa sahur tu kena minum air banyak sikit..wallahualam.. (huhu pandai je buat teori sendiri...)

P/S : okaylah sampai sini sahaja untuk kali ni..macam panjang dah una merepek..Tak tahulah apa una tulis ni..maafin segala kekurangan una..I'm just a human being,anyway..

Wassalam,

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , | 6 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Apa Erti Puasa Pada Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengah-tengah blogwalking sana,blogwalking sini ternampak macam ramai pulak orang yang join macam satu contest ni..then una macam " apa benda yang ramai sangat orang join ni.. " sampailah una tertarik baca entry salah seorang yang join juga #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 dan una pun tanyalah kat blogger ni..Haa meh nak bagi credit sikit kat blogger ni...Terima kasih kat Encik Zumal ni sebab sudi tunjukkan jalan untuk una..=D

Bagi sesiapa yang belum join lagi,dan rasa nak join..bolehlah pergi kat link ni..blogger ni yang anjurkan cabaran ni.. menurut link yang diberikan oleh blogger Encik Zumal tadi.. 

menu wajib bulan puasa, resepi mudah bulan puasa, buah melaka, nasi ayam,

Okay,bila nak cerita pasal erti puasa bagi una,.Seriously,dulu masa kecil-kecil dalam sekolah rendah form 1,form 2 macam tu,una rasa tak suka langsung kalau sampainya bulan Ramadhan..Paling rasa tersiksa sekali bila dah sampai waktu sahur,dan wajib bangun sahur..dia punya rasa tersiksa macam orang yang dipaksa telan racun.. (hahaa dasyat tak perumpamaan.. ) Sebab biasanya bangun solat subuh pun around 6.15- 6.30 pagi sampai bulan Ramadhan je dah kena bangun sebelum pukul 5 pagi.

Tapi tu dulu,alhamdulillah bila dah besar sikit ni..dah ada exam besar macam PMR, SPM dan dah masuk universiti...una dah biasa bangun awal, kadang-kadang dalam pukul 3,4 pagi una bangun sampailah ke subuh dan dah tak tidur dah lepas tu,tak kiralah untuk study ke,revision ke,buat assignment..(ikut waktu negara mana pun tak tahu lah..haha ) tapi kadang-kadang tak bangun  3,4 pagi pun..depends lah..mungkin itu  jugak berkat ibu dengan ayah wajibkan bangun sahur time setiap kali Ramadhan..tapi ampa janganlah impress una bangun awal sebab study.. (wuuu study....) sebab una memang jenis orang yang tidur awal..hehe paling lewat pun pukul 1 pagi je boleh bertahan..


Jadinya,apa bermaknanya setiap kali datangnya Ramadhan ni bagi una ialah..Ramadhan bukan je mengajar una untuk lebih banyak bersabar berbanding bulan-bulan lain..which,kita kena tahan perasaan nak marah..lagi-lagi bila tengah lapar..(dululah..sekarang dah besar tak  ada dah macam tu).Well,benda ni seriously boleh apply tau untuk hari-hari dibulan lain..iaitu..kita anggap lapar tu sebagai suatu yang stress..dan sebabkan masa puasa tak boleh makan,jadi kita cari alternatif lain untuk tangani rasa lapar tu.Contohnya basuh muka ke,atau buat something lain yang berfaedah.So,ini akan buatkan kita jadi orang yang lebih cool dan tenang je setiap kali berhadapan dengan stress,sebab kita sentiasa berfikir cara untuk tangani masalah instead of fikirkan pasal masalah tu..

Bukan itu sahaja,Ramadhan juga buat una practice untuk sentiasa menjaga percakapan..untuk tak cakap benda sia-sia,then yang paling penting jangan sampai tercakap pasal orang atau mengeluarkan percakapan yang buat orang kecil hati..sebab kadang-kadang kita tak perasan..well dengan kita practice bersungguh-sungguh time Ramadhan..memang kita boleh biasakan untuk bulan-bulan berikutnya..

Okay,yang terakhir dan paling penting sekali tentang Ramadhan ialah..dalam bulan Ramadhan,segala amal ibadah kita akan dilipat gandakan pahalanya,terutama sekali pada 10 malam yang terakhir..ya Allah..seronoknya..kan..time nilah kita nak topup semua pahala-pahala kita yang berkurangan sebelum-sebelum ni..sebab makin hari kita bukan makin muda..dan ajal maut pun datang tak kira usia..jadinya kita kenalah sentiasa bersiap sedia..gunakan peluang ni sebaik mungkin,kalau sebelum ni kita jarang bukak Al-Quran,jarang sedekah,jarang zikir,bulan Ramadhan ni kita kena cuba jugak practice..bak kata nenek una,biar buat sikit,tapi consistence.. 


P/S : So,apa yang una nak tekankan kat sini ialah,Ramadhan memang bulan yang istimewa sebenarnya..sebab tu Ramadhan ni digelar bulan untuk umat Nabi kita, Muhammad S.A.W. Dulu una tak faham kenapa ada orang yang rasa sebak bila datang dan perginya Ramadhan,dan mereka selalu rindukan Ramadhan..makin lama,makin una banyak belajar,una mula faham..jadi,kita jangan sia-siakan bulan istimewa untuk kita umat Islam ni,sebab bulan ni lah kita patut lipat gandakan amalan dan bak nasihat nenek una,kita patut berlumba-lumba kumpul pahala dalam bulan Ramadhan ni..Anggaplah Ramadhan ni Ramadhan terakhir untuk kita.

Wassalam,

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , | 4 Comments

Putra Harith ku dicium orang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasanya una macam dah tergolong dalam orang yang cepat cemas..mana tak nya,dengar bunyi whatsapp masuk,terus una check whatsapp dan rupanya message dari group family,..dan ayah send gambar kereta myvi una kena langgar..siap adik una jadi model pulak tu kat kereta tu..


Al-kisahnya, kereta kawan ibu reverse dan tak tengok cermin belakang..una yang tengah study untuk exam esok,tengok gambar kereta tu tiba-tiba terus nangis...terus hilang focus,dan terkendala process study..Allah je tahu macam mana sedihnya una rasa...sebab una jaga elok-elok sangat kereta tu...basuh kereta pun tak hantar car wash..vacuum sendiri walaupun tak la nampak sempurna macam car wash tapi okay la jugak.. rasa geram pulak kat orang yang langgar tu...eearrghhh tsk tsk...

Humm..tapi cuba tahan jugak rasa geram ni...on the other side of my thinking, una fikir jugak, kenapa una boleh nangis pulak padahal kereta tu ibu bagi tahu nanti claim kat kawan ibu tu..Mungkin tu la rasanya bila kita terlalu sayang kat barang kita jaga..Tapi masalahnya una nak start intern lagi 6 hari... sempat ke nak siap kereta tu...arghhh ya Allah...help me...macam mana ni.. 😭
😭😭😭
P/S: I am so sedih....waarghhh..


Fi Hifzillah,
~UNA~

15 Comments

Jaga Ikhtilat,Jauhi Pergaulan Bebas.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah,another 1 more paper to go for exam!! Wehuuu...Tu yang menyempatlah jugak untuk update blog ni.Macam yang una pernah cerita sebelum ni,una memang jenis cepat hilang focus time study...Erm rasenye bukan una je,semua yang pernah jadi student mesti alami jugak..(Jangan tak nak mengaku pulak eh...huhu)

Jadinya,bila hilang focus,ke youtube lah kita...ikut individu itu sendiri lah..ade yang suka ber whatapp,ade yang dok scroll twitter,instagram,FB..macam una,una lagi suka tengok youtube..

Tapi basically una dah slowly try to overcome this dangerous situation,dengan beberapa cara una sendiri..(nanti una share di lain entry ye..) because it works! Alhamdulillah..rasa tak best kalau tak share ilmu yang kita tahu dengan orang lain...In shaa Allah nanti una share ye,sebab sekarang nak cerita pasal ikhtilat..sebab ikhtilat ni memang pentinglah sebenarnya untuk semua orang ambil perhatian..Una tahu ni pun lepas una godek-godek youtube few weeks ago..

So..here wo go..erm,una tak lah arif sangat,tapi una share apa una tau je okay..sebab una ambik perkara yang boleh jadi peringatan untuk una sendiri..wallahualam..



Ikhtilat tu apa ek??

Ikhtilat ni adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sama ada kat tempat sunyi atau pun tempat terbuka..

Kalau ikutkan,zaman sekarang ni kita memang tak kan terlepas dari ikhtilat,sebab?..Sebab environment kita memang bercampur,cuma...kita sendiri kena pandai handle..

Okay sebagai contoh ye,situation yang kita tak boleh elak,tapi kita still boleh kawal..contohnya..

1. Kat universiti dan institusi lain,pelajar perempuan/lelaki nak mintak penjelasan dari lecturer berlainan jantina..nampak macam boleh jadi ikhtilat kan..tapi,kita boleh kawal dengan ajak kawan sama mahram untuk teman kita..Haa kan dah boleh settle..

2. Lelaki/perempuan yang nak menghulurkan bantuan kat seorang lagi yang berlainan jantina yang sedang kesusahan..Kalau keadaan mendesak,kita bolehlah tolong,tapi kene segerakan urusan,dan yang penting jangan berdua-duaan lah okay...just don't lah..

(Ada lagi sebenarnya,tapi ni antara yang una ingat,...yang lain,bolehlah baca kat web ni..
bagi una web ni bagus jugak.. 


Apa hukum ikhtilat?

Haram! Namun...ada certain situation yang dibenarkan..macam yang una mention awal tadi.

Maksudnya,tak boleh ada group work atau discussion dengan lelaki langsung la?

Boleh je,Islam tu kan mudah,janganlah kita jadikan ia complicated,dan jangan pulak kita ambik mudah..yang penting apa tadi..? kita sendiri kene pandai handle.. (Kau memang suka tanya soalan then jawab sendiri kan Husna..lololololol )

Ini untuk peringatan kat diri sendiri jugak,kalau dah kena buat group work/discussion dengan bukan mahram tu,pandai-pandai lah jaga diri,jaga pergaulan..Perkara-perkara yang kena jaga macam :

#Jaga pandangan (jangan eye-to-eye sangat)
#Jaga suara (jangan cakap kuat sangat,jangan slow sangat )
#Jaga jarak (jarak agak-agak sedepa/muat seorang duduk ..jangan jarak sejengkal pulak..)
#Jangan banyak gelak-gelak,borak-borak
#Jangan berdua-duaan
#Cepatkan urusan
#Menutup aurat


Ikhtilat ni bukan specific bila jumpa lelaki/perempuan sahaja,dalam media sosial pun boleh jadi ikhtilat..rasa macam agak susahkan nak avoid terus,tapi at least kita kurangkan sikit-sikit..okay ? So,untuk information lain bolehlah tengok kat youtube...search je.."ikhtilat"




P/s : Una bukan sesiapa untuk cerita pasal ni,still orang yang mencari-cari ilmu untuk improve diri sendiri..jadi tak salah kita saling ingat - mengingati sesama kita,selagi ada masa untuk kita kat dunia ni,supaya kita sama-sama dapat improve diri kita untuk dunia lagi satu yang lebih kekal nanti..wallahualam..


Wassalam.

Fi hifzillah,

~UNA~

Posted in , , , , | 5 Comments

Amalan Membaca Al-Ma'thurat Beri Kesan Sangat Positif

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Una bersyukur sangat sebab Allah dekatkan una dengan kawan-kawan yang banyak dan selalu nak berkongsi cerita dan pengetahuan diorang tentang ilmu akhirat.Mungkin Allah hantarkan mereka ni kat una sebab nak una belajar benda-benda yang una ambil sambil lewa sebelum ni.

Semalam masa tengah dinner,una dengan kawan,Huda borak-borak kosong,then sampai satu point Huda cerita pasal style dia study sebelum masuk UPM dulu,yang dia still buat sampai sekarang,dia selalu amalkan Al-Ma'thurat setiap pagi dan petang,dengan izin Allah dari keberkatan itu,Huda beberapa kali dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan / Dekan),alhamdulillah..

Huda cerita lagi,alhamdulillah jugak,dia rasa sangat senang untuk serap ilmu,rasa lapang hati dan fikiran,dan hari-harinya terasa mudah walaupun berdepan dengan keadaan yang susah.

 

Jadi una pun rasa terbuka hati untuk share pasal Al-Ma'thurat ni dengan semua,supaya kita semua dapat sedar dengan kelebihan Al-Ma'thurat ni,yang una sendiri pun sebelum ni selalu terima Al-Ma'thurat dari majlis-majlis kenduri kahwin,doa selamat dan sebagainya,tapi buat koleksi je,tak amalkan pun..huhu.

Sebabkan una tak berapa arif pasal Al-Ma'thurat ni,una search la sikit..dengan harapan,kita semua dapat manfaat dari apa una search ni,dan berusaha untuk amalkan.Amin..Bolehlah baca time free,cuba cari masa dan kita sama-sama cuba balance kan urusan duniawi dan akhirat okay..



Tahu tak apakah Al-Ma'thurat itu?
Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan.

Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek)
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari..
Insya-Allah

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat

*Tidak dihampiri syaitan
*Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
*Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
*Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
*Selamat dari segala sesuatu.
*Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
*Allah berhak untuk meredhainya
*Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
*Terhindar daripada syirik.
*Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
*Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
*Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
*Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
*Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa
~dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Tahu~

Al-Ma'thurat Bersama Ustaz Don Dengan Teks



P/s : Alhamdulillah,thank you Allah,sebab bukak hati Huda untuk cerita ni kat una,supaya una dapat start amalkan perkara-perkara baik yang una ambil sambil lewa sebelum ni.Bolehlah baca time free,cuba cari masa dan kita sama-sama cuba balance kan urusan duniawi dan akhirat okay..Semoga kehidupan kita lebih diberkati oleh Allah,in shaa Allah.

Wassalam,

Fi Hifzillah,
Una.





  


Posted in , , , , , | 3 Comments

Pergheli ke ape ni...(live update)

Assalamualaikum

Al-kisahnya una yang tengah dalam minggu "Study week" dan membuat preparation yang rapi untuk ambik exam ni pergilah study kat library main campus kat UPM ni ha..sebab cerita dia kalau study kat dalam bilik kat kolej,memang tak study sangat lah jawabnya..lagi banyak lagho dari study..tapi macam biasa internet still kene ada,so una pilih untuk study kat ruangan komputer sebab tak bawak laptop.

Ini lah rupa library main campus di UPM

Lepas tu,nak dijadikan cerita,dalam tengah study tu syaitannirrojim pun datang menyebok time orang study..rase bosan yang sangat,dengan mengantuk sekali..padahal baru je lepas solat zohor..nak minum tak boleh sebab una tengah puasa...pastu una pun rase "humm tak boleh go la macam ni.." Then una pun bukak lah youtube untuk hilangkan bosan kononnya..Silap jugak tak standby earphone dalam bag,konon-konon memang tak nak bawak earphone sebab tak nak study dengan pakai earphone nanti tak concentrate..

Haa hambik kau kebosanan.. Sebab memang dah bosan sangat una bukak jugak youtube tapi volume slow la...una tengok previous user yang guna komputer una guna ni,dia bukak video therapy music..relaxing mucis with piano...something macam tu lah..una saje lah pasang video tu,sebab una rase okay jugak bagi hilang sikit stress dan of couse lah orang sebelah boleh dengar jugakkan sebab tak pakai earphone.

           3 HOURS Best Relaxing Music "Romantic Piano"

Dalam berbesar hati pasang music tu biar orang sebelah (orang sebelah meja,lelaki foreigner berkulit gelap) pun hilang stress sekali,tapi una tak sedar pulak sama ada dia bertambah stress atau pun apa...huhuhu (TT.TT) Dalam 25 minit lepas una pasang video music tu,dia pun pasang jugak.....dia pun pasang music therapy jugak..tapi yang versi zikir punya..yang impress nya,dia kenal pulak tu Hafiz Hamidun..

Terapi zikir Hafiz Hamidun

Nak tersenyum pun ada bila dia buat macam tu,tapi impress lah sebab mungkin dia nak bagi tau una lebih baik dengar zikir dari music yang meleret-leret tu...huhuhu..Tapi ape pun,thank you kat foreigner tu,sebab alhamdulillah terus datang balik motivasi...lupe pulak nak tanye nama..haha (tak delah,..tak perlu pun)

P/S: okay lah cukup je sampai sini..laju-laju una update blog ni sebab ni sebab nak isi waktu kelapangan di kala bosan.Okay lah una nak sambung study..doakan kejayaanku ye wahai awak semua... =D

Wassalam . 
Love,
Una.

2 Comments

Pemenang Segmen Blogwalking & Give Away by Kisah.Si.Gadis.Leo

Assalamualaikum & Selamat sejahtera


Seperti yang dijanjikan,una akan umumkan senarai nama penenang segmen yang una publish pada 1 May 2015 hari tu,walaupun una terlambat sehari untuk umumkan..Maaf ye..sebab dan dan wifi problem pulak dekat kolej kediaman una ni semalam (1 Jun 2015)..
So hari ni dah okay,una laju-laju publish nama anda yang menang ni..sebelum wifi buat hal lagi..haa suka ke idokkk..hehe.

Sebagai penghargaan juga,una letakkan link-link blog anda semua kat blog list (Blog Selalu Jenguk ) kat tepi ni..dengan harapan kita akan selalu keep in touch lepas ni..kene bagi penghargaan,sebab ada yang berlari satu rumah sebab tarikh segmen nak tamat,ada yang awal-awal dah join,ada yang rasa macam susah je nak cerita pasal diri,tapi still cerita jugak sebab nak penuhi syarat..hehe terima kasih ye semua..

Bagi anda yang tidak tersenarai kat bawah ni,una ucapkan thank you so much juga,sebab luangkan masa untuk join segmen una,cuma mungkin tak ada rezeki kali ni.in shaa Allah kalau Allah bagi rezeki lain kali,mesti boleh menang untuk masa akan datang pulak.

Jadi,ini lah dia senarai pemenang-pemenang yang una dah pilih,lepas check satu per satu blog yang join..

Senarai blog Pemenang Segmen Blogwalking & Give Away by Kisah.Si.Gadis.Leo :


Una ade 1 permintaan dekat anda yang menang ni,.sila tinggalkan butir peribadi anda kat email una ye..supaya senang una nak post hadiahnya.. :D

Email una : nurulhusna728@yahoo.com
Tinggalkan butir peribadi seperti : Nama,No phone,Alamat rumah.

p/s : sebabkan una tengah busy dalam bulan ni dengan projek dan final exam (biasalah student..),jadi in shaa Allah sebelum 1 Julai 2015 una akan hantarkan hadiahnya..Nanti kalau una dah post una akan bagi whatsapp ye. 

Jutaan terima kasih untuk yang dah join segmen una.. yang menang ataupun tak,maaf kalau ada kekurangan kat mana-mana.

Wassalam.

Love,
Una.




Posted in , , , | 9 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.