Archive for March 2017

Cerita calculator dan student ku



Assalamualaikum yoalls..

Lama dah tak datang mood menaip  diruangan blog ni.. selalu asyik menaip untuk urusan kerja je..hehe.Hari ni tergerak pulak hati untuk up story kat sini..cerita ni agak buat una tersentap..(sikit je) dan buat una tersengih jugak utk beberapa kali bila teringat moment tu ,hahaha.

Well,at this moment una tengah jadi pengajar atau home tutor kat Cheras untuk 2 orang student,sorang tu darjah 4 nama dia Faris dan sorang lagi kakaknya,darjah 6 yang namanya Dania, and subject yang una ajar tu subject Maths.

So,ceritanya una akan gunakan calculator untuk semak setiap calculation dorang, dah ada kemudahan kan..kenelah guna hehe. Then,masa tengah2 tekan calculator tu,datanglah satu soalan dari Dania,conversation tu jadi mcm ni..

Dania : Kak Una, apa beza calculator Casio warna hitam dengan warna
 silver?

Husna : Yang hitam tu version lama,silver ni yg latest sikit,penyusunan dia lebih user friendly,kene selalu gunalah kalau tak,tak faham jugak.

Dania : Apa maksud button log dengan yang lain-lain kat atas tu?

Husna : Kebanyakan button kat atas tu untuk pengiraan yang lagi complex sikit lah..Nanti Dania dah masuk sekolah menengah mesti belajar..

Dania : Tapi tu ada button sin..Sin tu dalam Bahasa Inggeris maksudnya dosa kan? So, calculator ni boleh kira dosa juga lah ye?



Tengok pada bahagian bulat kuning

* Lalu,seorang Husna pun terdiam disitu..memikirkan jawapan terbaik untuk reply..yang mudah untuk level kanak-kanak untuk faham..hahaha

Tapi at the same time una terfikir juga,bagus juga umur macam Dania dah mula concern pasal dosa pahala..which is good right..?Well,ini lah moment yang una akan simpan sebagai kenangan sebagai tutor.InshaaAllah nanti mesti ada sweet memory lagi akan datang.

So, if we think deeper, kita kene fikir balik, kalaulah dosa kita boleh kira pakai calculator ni,mahu hang calculator tu,sebab tak tertangguh banyaknya nombor yang nak kene kira.Tapi tak bermakna dosa kita tak boleh berkurang,boleh..dengan cara banyakkan sedekah and baiki diri setiap hari..InshaaAllah..

Okay guys,sampai sini je,nanti kita up story lagi na..:D
Wassalam,Jazakallahkhair..

*Untuk hire tutor,area Serdang,Bangi,Putrajaya dan Cheras atau kawasan berdekatan,boleh contact una.. 
email  : nurulhusna728123@gmail.com


Fi Hifzillah,
~UNA~

14 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.