Archive for March 2019

Haruskah aku tinggalkan dunia blogging ini?

Hye good day everyone !

Rasa macam banyak kali dah aku masuk blog ni and nak post something, rasa nak tulis.."fuuhhh berhabuknya blog.."

Aku rasa macam dah tak ada jiwa blogging lagi..tak macam masa awal-awal aku masuk dunia blogging ni..I don't know,aku rasa aku lagi suka bercakap. TAPI, aku malu pulak kalau nak buat video..

The problem is,apa yang ada dalam kepala aku lagi laju dari apa yang aku nak taip.Salah satu sebab dah tak ada jiwa sebab, dah makin busy dan mungkin juga sebab kawan-kawan yang suka blogging dulu ramai yang dah kurang aktif juga..(Teruknya aku ikut orang..)

Aku punya tahap dah lama tinggalkan blogging ni sampaikan aku dah rasa kekok..contoh, nak write post kena tekan apa,nak edit kena pergi mana etc..

Anyway, alhamdulillah, bulan 4 ni aku akan masuk tempat kerja baru..betul-betul dekat dengan One Utama..doakan aku supaya duit gaji aku tak melayang begitu sahaja..But somehow,mungkin itulah hikmahnya Allah tempatkan aku dekat situ,sebab aku memang bukan kaki shopping pun hahah. Kalau ada benda nak beli pun akan end up dengan aku tak beli apa-apa.Unless bila dah perlu sangat barulah aku beli.

Til next time.

Fi hifzillah.

Una.

Posted in | 4 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.