Haruskah aku tinggalkan dunia blogging ini?

Hye good day everyone !

Rasa macam banyak kali dah aku masuk blog ni and nak post something, rasa nak tulis.."fuuhhh berhabuknya blog.."

Aku rasa macam dah tak ada jiwa blogging lagi..tak macam masa awal-awal aku masuk dunia blogging ni..I don't know,aku rasa aku lagi suka bercakap. TAPI, aku malu pulak kalau nak buat video..

The problem is,apa yang ada dalam kepala aku lagi laju dari apa yang aku nak taip.Salah satu sebab dah tak ada jiwa sebab, dah makin busy dan mungkin juga sebab kawan-kawan yang suka blogging dulu ramai yang dah kurang aktif juga..(Teruknya aku ikut orang..)

Aku punya tahap dah lama tinggalkan blogging ni sampaikan aku dah rasa kekok..contoh, nak write post kena tekan apa,nak edit kena pergi mana etc..

Anyway, alhamdulillah, bulan 4 ni aku akan masuk tempat kerja baru..betul-betul dekat dengan One Utama..doakan aku supaya duit gaji aku tak melayang begitu sahaja..But somehow,mungkin itulah hikmahnya Allah tempatkan aku dekat situ,sebab aku memang bukan kaki shopping pun hahah. Kalau ada benda nak beli pun akan end up dengan aku tak beli apa-apa.Unless bila dah perlu sangat barulah aku beli.

Til next time.

Fi hifzillah.

Una.

Posted in | 8 Comments

Cara renew lesen yang hilang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Not very recently, I have lost my driving license somewhere and surprisingly, I just noticed that a week later..(I say..bila blogger nak ada emoticon tepuk ni..)..Well, itu pun sedar sebab usually memang akan check if  I have my driving license with me or not, just untuk pergi home tutoring,sebab kena bagi license kat guard before I can enter the housing area. Teruk kan? emm emm..jangan jadi macam ni okay korang..

So, perasan dalam wallet aku tak ada driving license,aku agak freak out juga la sebab aku baru je few weeks renew license untuk 3 tahun..aku fikir..habislah burn duit aku kalau kena bayar balik untuk 3 tahun yang aku dah bayar tu..Then,aku try cari kat some places yang aku selalu letak dalam kereta sebab senang nak capai bila nak pass driving license to the guard..and..lagi satu bad attitude yang korang tak boleh follow..which is letak barang penting merata-rata..no.. no.. jangan buat macam ni okay..

Image result for laughing gif

Okay without further ado,I will share with you guys cara korang kena buat bila driving license hilang.Tips ni korang ikut lepas maybe lepas dah hilang idea kat mana korang letak..huhu

Cara renew lesen yang hilang
  1. No need to do police report
  2. Pergi ke JPJ terdekat dengan area korang 
  3. Inform saja nak renew lesen sebab hilang
  4. Later,korang just perlu bayar untuk tambahan tahun sahaja daripada tarikh active license korang sekarang. Contoh, macam aku,dah renew sebelum ni untuk 3 tahun, cuma perlu bayar RM30 untuk tambahan tahun..so,jadilah 4 tahun semua..
  5. Tunggu sekejap for few minutes sampai nama korang dipanggil..taraaa settle..alhamdulillah.
Anyway, technically aku ada dua lisence sebab secara tak sengaja aku singgah DIY kat De Centrum,Bangi lepas je aku pergi JPJ..Memang betul rancangan Allah tu hebat..masa kat counter casher aku tiba-tiba tergerak hati nak beranjak untuk bayar kat counter sebelah sebab since counter tu dah kosong.Lalu tak semena-mena aku terpandang iklan power bank kat papan kecil kat counter tu (tak pernah pernah aku rajin teliti iklan kat papan tu,but that day,i did).Then,sambil aku leka baca iklan tu aku ternampak....haa


Sekali tengok..macam kenal muka ni..haha thats my lisence...then baru teringat yang aku ada pergi DIY juga minggu sebelumnya sebab kebetulan masa aku lalu sana tengah hujan lebat macam nak ribut.Cuba teka aku pergi DIY untuk beli apa..exactly,beli payung sebab before this nak beli payung asyik susah nak buat keputusan beli yang mana. (woah complicatednya aku ni..) Tapi masa hari hujan tu..senang pula aku buat keputusan beli payung colour apa..hahaha

P/S : Terima kasih Allah temukan semula aku dengan licenseku..hehe and thank you juga pada staff  DIY De Centrum, Bangi yang dah tolong jagakan license aku..dan pamerkan kat papan counter..


Tara... aku ada 2 lesen..pak cik JPJ tak tau ni..huhuhu

Moral of the story : Even busy macam mana pun, don't take things for granted..Always check your inportant stuff dan jangan letak merata-rata..dan selalu sediakan payung sebelum hujan. :)

Thank you for reading and have a good day :)

4 Comments

Cerita calculator dan student ku



Assalamualaikum yoalls..

Lama dah tak datang mood menaip  diruangan blog ni.. selalu asyik menaip untuk urusan kerja je..hehe.Hari ni tergerak pulak hati untuk up story kat sini..cerita ni agak buat una tersentap..(sikit je) dan buat una tersengih jugak utk beberapa kali bila teringat moment tu ,hahaha.

Well,at this moment una tengah jadi pengajar atau home tutor kat Cheras untuk 2 orang student,sorang tu darjah 4 nama dia Faris dan sorang lagi kakaknya,darjah 6 yang namanya Dania, and subject yang una ajar tu subject Maths.

So,ceritanya una akan gunakan calculator untuk semak setiap calculation dorang, dah ada kemudahan kan..kenelah guna hehe. Then,masa tengah2 tekan calculator tu,datanglah satu soalan dari Dania,conversation tu jadi mcm ni..

Dania : Kak Una, apa beza calculator Casio warna hitam dengan warna
 silver?

Husna : Yang hitam tu version lama,silver ni yg latest sikit,penyusunan dia lebih user friendly,kene selalu gunalah kalau tak,tak faham jugak.

Dania : Apa maksud button log dengan yang lain-lain kat atas tu?

Husna : Kebanyakan button kat atas tu untuk pengiraan yang lagi complex sikit lah..Nanti Dania dah masuk sekolah menengah mesti belajar..

Dania : Tapi tu ada button sin..Sin tu dalam Bahasa Inggeris maksudnya dosa kan? So, calculator ni boleh kira dosa juga lah ye?



Tengok pada bahagian bulat kuning

* Lalu,seorang Husna pun terdiam disitu..memikirkan jawapan terbaik untuk reply..yang mudah untuk level kanak-kanak untuk faham..hahaha

Tapi at the same time una terfikir juga,bagus juga umur macam Dania dah mula concern pasal dosa pahala..which is good right..?Well,ini lah moment yang una akan simpan sebagai kenangan sebagai tutor.InshaaAllah nanti mesti ada sweet memory lagi akan datang.

So, if we think deeper, kita kene fikir balik, kalaulah dosa kita boleh kira pakai calculator ni,mahu hang calculator tu,sebab tak tertangguh banyaknya nombor yang nak kene kira.Tapi tak bermakna dosa kita tak boleh berkurang,boleh..dengan cara banyakkan sedekah and baiki diri setiap hari..InshaaAllah..

Okay guys,sampai sini je,nanti kita up story lagi na..:D
Wassalam,Jazakallahkhair..

*Untuk hire tutor,area Serdang,Bangi,Putrajaya dan Cheras atau kawasan berdekatan,boleh contact una.. 
email  : nurulhusna728123@gmail.com


Fi Hifzillah,
~UNA~

14 Comments

Petua Merawat Demam Denggi

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Lately macam kerap juga dengar orang kena demam denggi..Actually denggi ni bila-bila saja boleh kena,cuma kita je yang tak aware,bila tiba musim denggi baru kita nak take action..may be ada yang tak macam tu..tapi mostly macam tu lah..huhu..Anyway,entry kali ni una tuju khas untuk adik una..Muhammad Nazirul Helmi Mohd Halim sebab baru-baru ni dia demam panas sampai jadi suspek denggi..innalillahiwainnailaihirojiun...No lah.. dia sihat lagi alhamdulillah..( musibah yang kita dapat kena ucap innalillahiwainnailaihirojiun okay...tak semestinya kematian sahaja...)

Taraaa...... nah una belanja sikit gambar adik una..

Since una memang minat medic,dam memang tak layak masuk bidang medic,so una belajar basic pasal medic sendiri sendiri saja..dan una pernah tahu tentang cara untuk reduce kepanasan demam panas dan demam denggi ni,tapi just tak berapa ingat sebab belum pernah praktikkan lagi..

So,una akan share kan juga kat sini untuk kegunaan bersama..Apa itu demam denggi   


Simptom Demam Denggi

Meh kita tengok simptom-simptom yang mungkin kita dapat sebelum disahkan kita menjadi suspek denggi..Macam adik una rasanya dia cuma demam panas..tapi agak nampak teruk sebab dia sakit sendi,sakit kepala..may be sebab dia jarang demam..alhamdulillah lah..

So simptom-simptom demam denggi adalah seperti berikut.
  • Demam Yang Tinggi Secara Tiba – tiba  Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik – Bintik Merah  Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan  Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi
Cara merawat demam denggi

Kebiasaannya, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi. Biasanya penggunaan ubat antipiretik akan digunakan unutk meredakan demam denggi.
Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh diguna pakai sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.
 Antara petua merawat demam denggi
1) Air Masak. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.
2) Sup Ketam. Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.
3) Jus Daun Betik. Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah, ambil sedikit dauh betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.
4) Jus Buah Kiwi. Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.
5) Jus Buah Kurma. Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh
6) Jus Buah Jambu. Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting unutk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.
7) Jus Pegaga. Kisar dan minum jusnya.
8) Tembikai Merah. Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

P/S : Kalau kita perhatikan, kesemua rawatan mudah demam denggi adalah dengan penggambil air yang banyak. Ada juga yang menggalakkan pengambilan minuman isotonik.Tapi una x galakkan kita amalkan air isotonik masa demam sebab air tu ada kandungan gas dan gula yang tinggi. Walaupun minuman isotonik boleh recover kita dari demam lebih cepat,tapi ada keburukan disebalik tu,sebab potensi mendapat penyakit kencing manis lebih besar.Walaubagaimana pun,semua ni cumalah usaha kita sebagai manusia sahaja..yang lebih layak bagi kita kesihatan tubuh badan sebenarnya adalah Allah..jadi ikhtiar,ikhtiar jugak...doa jangan lupa okay... ;D

Wassalam.
Fi Hifzillah,
~UNA~

Posted in , | 7 Comments

Speechless.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

      Baru-baru ni una dan beberapa orang kawan lama pergi ke majlis perkahwinan kawan kami,Nurul Zulaikha kat Bukit Beruntung.Then petang tu pulak una dan family balik kampung kat Tanjong Karang sebab nak buat doa selamat..Then,pagi esoknya,kami semua pergi ke majlis pertunangan saudara di Kuala Selangor..

     Okay,apa yang una nak cerita kat sini adalah..dalam ketiga-tiga event ni,una dapat soalan yang sama diajukan kepada una yang una memang tak dapat nak lari..iaitu..

Event 1 : Kenduri kahwin Nurul

Kawan : Husna still single lagi ke? dengan sape sekarang? ..adik kau emy dengan mira pun dah ada calon..kau jangan sampai adik kau langkah bendul nanti..haa~~

Event 2 : Doa selamat di rumah nenek

Family : Umur berapa tahun ni? Tahun akhir kan kat UPM? Bile nak bawak si dia jumpa family?bila nak kenalkan kat kitorang? Dia sihat ke? Ape khabar dia? Hari tu bukan cakap nak datang ke time raya? Dia dulu study mana? macam mana kenal ? dah lama ke kerja kat Petronas? beza umur berapa tahun? duduk kat mana?nak tengok gambar dia.. -..-""

Event 3 : Majlis pertunangan saudara.. ni paling bertubi-tubi kene soal.. boleh buat conference.. 

Sebelum kene soal,depa sakat dulu...

Haa yang sorang ni..bile la lagi...tak pe..kat sini ramai jugak ni..mana tau,ada yang tersangkut kat sini.. -..-  hm ye lah sebab selama ni,memang depa tak pernah dengar una ada dikaitkan dengan mana2 lelaki...time study lagi lah..memang depa tak bagi una ada kaitan dengan mana-mana lelaki..
tapi sekarang depa yang tak sabar tunggu..

Nenek : Along bila lagi..nenek nak tengok along dapat ijazah,dapat suami yang baik akhlaknya,sopan santun,beriman,hormat orang tua...nanti kenalkan kat nenek tau..nenek doakan..

Pak cik mak cik,saudara mara : Eh nurul sekarang buat apa? bila nak kawin? along punye majlis bila? tahun depan okay kot long..? Along bila nak kenalkan ni..suka rahsia la along ni...

Lepas tu yang jadi lamanya sebab depa masing-masing cerita asal usul perkenalan dengan pasangan masing-masing..yang majority kenal dengan classmate,satu universiti..memang ramai yang cerita depa kenal 1 kelas.. jenuh nak dengar...dan mampu senyum je..last last una sampai tersasul lah cakap una kenal yang kat Petronas tu... (tapi tak sempat habiskan cakap pun..haha..selamat.. ) ..sebab sama-sama pergi tournament tapi tak pernah bertegur..( sambungannya ada dalam ni...hahah)



       Image result for bila nak kahwin?

Ya Allah stress sangat rasanya,mana taknya,dengan nak fikir final exam lagi, final project lagi,dan datang pulak soalan-soalan killer selama 3 hari berturut-turut...dah la...itu saje nak cerita...nak sambung study..lagi baguih..doakan una untuk final exam dan fina project ye...oh untuk jodoh una juga...


P/S : Jodoh tu kan rahsia Allah..kita pun tak tahu jodoh mana yang datang dulu dekat kita,sama ada jodoh dengan manusia..atau jodoh dengan kematian.. jadinya, better kita kukuhkan relationship dengan Allah dulu,dan lepas tu Allah pasti akan pilihan terbaik di sisinya untuk kita..yang penting,keep praying kalau betul kita ada simpan perasaan untuk seseorang tu..inshaaAllah Allah mesti jaga dia untuk kita dan temukan pada saat dan masa yang ditetapkan..cuma yang penting,..perlu lebihkan cinta kepada Allah melebihi cinta yang lain..

Wallahualam..

Fi Hifzillah,.
~UNA~

6 Comments

Surat untuk Future Zauj

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

TO my Future Zauj,

Rindu ini terlalu indah ku rasakan,
Tercurah dalam penantian yang tertunda,
Kita terpisah oleh jarak yang tak menentu,
Ingatkah kau pada ku,
Future Zauj,jagalah agama Allah ini,
Jaga juga diri mu,jaga hati mu,maruah mu,untuk ku,
Semoga kau kuat dengan segala dugaan mendatangi mu.
Kau kan selalu ada dalam doaku,di setiap waktu solat ku.

Ya Allah,sampaikan rinduku padanya,
Pada kekasih yang Kau titipkan pada ku,
Pada cinta yang Kau tanamkan di hati ku,
Pada dia yang Kau kirimkan pada ku,

Ya Allah,jika penantian ini adalah pengorbanan,
Maka jagalah dia agar tenang di sana,
Kau jagakanlah dia untuk ku,
Temanilah jika dia sedih,
Tunjukkanlah saat dia buntu,
Saat dia lemah dengan cabaran dunia,
Mudahkan apa yang sukar baginya,Ya Allah,

Ya Allah,jika aku boleh meminta,
Pertemukanlah kami dalam kenangan yang indah,
Dalam pertemuan yang penuh keberkatan dari Mu,
Dalam pertemuan yang penuh kepastian,
Dalam pertemuan yang penuh kebahagiaan,
Ya Allah,aku pohon pada Mu,
Peliharalah cinta kami,
Peliharalah hati kami,
Peliharalah cara kami,
Agar segalanya berlandaskan agama Mu,
Agar kami sentiasa mendahulukan Mu,
Supaya kami tidak melebihkan cinta ini melebihi cinta kepada Mu,
Semoga cinta yang kau berikan buat kami ini akan peroleh Firdausi Mu di sana nanti.

Gambar Hiasan

Wassalam,

From your Future Zaujah,
~UNA~

8 Comments

Ini Bukan Cinta,Awak.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Lama betui una tak update blog ni ya..bukan je blog,social media lain macam instagram,twitter pun lama juga tak update,facebook lagi lah...tak tahu apa nak dibuat dengan facebook,tak bukak facebook langsung,melainkan kalau ada yang share file...hehehe

Tapi kali ni una tergerak untuk share satu video dari Youtube yang una tengok,yang bertajuk , "Ini Bukan Cinta,Akhi " oleh Aqilarin Shamsi... Niat asalnya una nak tengok video lagu Ku Ingin Berubah  dan Seperti Dahulu dari Tarbiah Sentap tapi lepas tu una terjumpa video yang juga bermanfaat ni..

Dan message yang nak disampaikan adalah untuk mengingatkan kita apa yang sebetulnya yang dikatakan cinta..macam mana untuk kita jaga hati kita dari cinta yang belum halal..nampak susah,tapi ini lah yang perlu dibuat,supaya hubungan lebih berniatkan Allah,dan kita tahu perasaan yang datang tu adakah semata-mata kerana Allah? atau bertujuankan keseronokan dan mengikut permintaan hati semata-mata.


"Our heart are always restless,In remembrance of Allah,it finds rest."



Link Untuk Lihat Video ----> Ini Bukan Cinta,Akhi

Semoga kita semua jelas dengan hakikat bahawa cinta yang tidak halal,walaupun berselindungkan atau beralasankan keimanan kepada Allah,juga adalah maksiat yang dalam erti kata lain,berdosa jika dilakukan.Wallahualam.



Link Untuk Lihat Video ----> Jeans Vs Skirts

Ini juga lagi satu video yang menjadi inspirasi untuk una..dan una harap dapat jadi inspirasi untuk awak semua jugak..sangat direct dan penuh dengan message yang menjelaskan lagi yang cinta yang belum halal tu adalah sia-sia..Mesti pun cinta tu fitrah tapi,perlu dahulukan cinta yang kukuh kepada Allah,rasul dan ibu bapa...dan perbaiki akhlak diri dulu..Wallahualam..

Tapi una nak berikan credit juga untuk pelakon-pelakon short film ni,diorang memang berbakat dan memang sampai message yang nak ditujukan..bermula dari sound effect,background music,skrip,graphic sampai ke lakonan...Thumbs Up untuk semuanya.. :)
Bestnya kalau una dapat buat video macam ni jugak...tapi tak ada geng..huhu :(

P/S : Sorry una tak dapat share direct video,sebab tak tahu kenapa keluar error 404 pulak untuk tekan share video,mungkin ada maintance yang blogger tengah buat..jadi una cuma boleh share link sahaja...Semoga bermanfaat untuk semua...


Wassalam,

Fi Hifzillah,
~UNA~

Posted in , , , , , | 1 Comment

Sila kekal positif !

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Sorry for not hapdet my blog fow few weeks guys...tapi hari ni, una kembali menghapdet blog dengan harapan dapat memberi ampa semua suatu input supaya anda semua dapat jadikan teladan atau guidance dalam kehidupan ampa semua...inshaaAllah..

Kali ni una nak share something tentang macam mana untuk kekal positive,sebab these days sama ada yang masih study atau dah kerja mesti akan dapat tekanan,dan ada few people yang tanya una,kenapa una nampak okay je,walaupun kadang-kadang berhadapan dengan benda yang tough dan stressful..So una akan share serba sikit kat sini,supaya may be boleh jadi reference in the future..


Thanks Google

Well tak semestinya apa una share ni boleh terkesan untuk orang lain,sebab una tak berada ditempat orang yang mengalami moment itu,tapi basically just think yang "ini cuma dunia" dan percayalah pada rezeki..Cakap dalam diri,"Ya Allah,kalau ujian dan tekanan ini dapat mendekatkan lagi aku denganMu,dan dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku,aku redha.."..So ni adalah antara yang una dapat share kat sini..Cara untuk ampa kekal positive..

1. Get back to our Creator..

Okay sebenarnya ini adalah benda yang perlu kita betulkan,"get back to our creator" bukan bermaksud bila kita rasa down,atau kita putus harapan saja baru kita cari Allah...totally wrong...we must always put Allah yang paling atas dalam segala hal,lakukan sesuatu ikhlas sebab Allah,sentiasa ingat Allah,jaga agama Allah dan Allah pasti akan selalu ingat dan sentiasa jaga kita...

Katakan sebelum ni kita selalu lewatkan solat,try ubah untuk solat di awal waktu,katakan sebelum ni kita solat ikut suka waktu mana kita nak solat dan tak solat,try untuk complete 5 waktu walaupun terlewat,Betulkan cara solat,bacaan dalam solat dan macam-macam lagi..Keep doa ya..

Harus ingat juga,seseorang yang sentiasa dalam hatinya ada Allah,hatinya pasti akan sentiasa tenang,dan kehidupannya sentiasa lancar..inshaaAllah..because Allah knows His creation..

2. Senyum selalu.. =D

Okay lets make it simple..why so serious..life is too short untuk fikirkan masalah..when the right time comes,everything will be okay as usual.. tapi tak bermaksud tak perlu usaha,cuma tak perlu terlalu tension dan just move with the flow,buat yang terbaik dan tawakal pada Allah.Thats the best thing to do.So,Tarik nafas,tenang..dan senyum..


Thanks Google

3. Selesaikan masalah,dan bukan fikir masalah

Easy said than done la,right,..bila ada risau dalam hati, of course kita akan runsing dan asyik fikirkan masalah yang dihadapi..Tapi,instead of thing of the problem why don't kita cepat-cepat cari solution untuk selesaikan,benda yang paling simple una selalu buat,flashback macam mana problem tu jadi dan tanye diri,apa next step yang possible,

4. Pergi tempat kegemaran 

Una tak tau ampa macam mana,tapi bagi una sendiri,kalau tengah down,una prefer untuk tak stay kat bilik,tapi una akan keluar ke tempat favourite una,of course una suka tempat yang tenang,tak ramai orang dan tempat tu lapang..contohnya macam Pullman,Putrajaya sebab dia ada package, kadang-kadang ada kapal terbang lalu,which is una memang suka tengok kapal terbang..langit yang luas,dan air tasik yang lapang jugak dan views yang very peaceful.. (eleh dah agak dah..nak bagi tau tempat favourite dia lah tu...huhu)

Jadi ampa pun boleh pergi tempat favourite ampa,jangan terlalu kongkong diri dengan masalah dan...jangan jugak pergi tempat-tempat yang might make you worst okay..cari tempat where you can find yourself back..

5.  Lakukan hobi anda

Yeaayh..ni part yang paling best untuk una share,dan semua orang pun mesti automatically buat,just do whatever you like,but again,don't do things that will make you become worst, do something yang fun dan beneficial yang ampa boleh fikirkan macam main sports,hiking.. dengar ceramah..masak..makan..karaoke..listen to music..anything lah yang ampa suka..

P/S :Well gais..una percaya ada banyak lagi cara lain untuk kembalikan mood positive dalam diri kita bila kita down,tapi apa pun sebenarnya,setiap musibah atau ujian yang datang untuk kita tu sebab Allah nak kita lebih dekat dengan Dia,sebab mungkin kita kadang-kala terlupa pada Dia.Jadi the simplest way to be positive,minta maaf kepada semua..minta maaf kat Allah,minta maaf kat parents,dan semua orang di sekeliling sebab sometimes kita tak perasan kita mengguriskan hati orang..Letakkan semua harapan pada Allah,insyaaAllah everything will be okay..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , | 4 Comments

Apa yang busy sangat tu?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hai..apa khabar semua orang....una rindu sangat-sangat nak tulis lagi kat dalam ni..tapi apa kan daya,una terlalu busy dengan urusan seharian...una baru sahaja lepas submit final report untuk internship petang tadi,rasa lega yang teramat sangat sebab selagi tak submit,selagi itulah una terikat dengan report yang tak siap-siap..once deadline dah nak sampai bukan main mencurah-curah idea datang. 

TQ Google 

Okay itu cerita pasal report internship,hari ini juga,una dah dapat task untuk FYP ( final year project ) una yang bertajuk "Effect of pixel size in gamma camera image for breast cancer image " nampak tak tajuk tu macam berkaitan medic? Una memang saja pilih tajuk ni sebab Una tak dapat capai cita-cita nak jadi doktor,at least una dapat give something for medical pun okay lah kan..even una dalam bidang engineering sekarang.

Lastly, una nak inform yang una akan start jadi cikgu tusyen minggu ni,doakan una dapat sampaikan ilmu dengan berkesan dan semoga ilmu tu bermanfaat untuk orang yang una ajar.Okay cukup dulu untuk kali ni..penatnya ya rabbi... 

Okay ni survey yang una buat sendiri okay untuk sebab-sebab yang membuatkan seseorang tu busy tak hengat punya.Boleh checklah ampa ada kat kategori yang mana..

Apa yang menyebabkan seseorang busy yang teramat sangat?

1. Nak improve diri untuk jadi lebih better
2. Nak merawat hati yang luka dan kecewa
3.Tak buat perancangan yang bagus (tak ikut priority )
4. Suka buat kerja last minute
5. Memang dah sampai masa kritikal yang membuatkan seseorang tu busy
6.Allah sedang menguji (semoga dapat lalui ujian ini dengan sempurna)

P/S : Okay ini saja yang una dapat conclude kan untuk sebab yang buatkan seseorang tu busy tak hengat..kalau ampa ada lagi sebab lain..boleh drop kat ruangan komen bawah ni okay...Tapi basically,sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia ni,jangan sesekali lupa dengan tanggungjawab yang lebih besar,iaitu tanggungjawab terhadap solat.Jangan sesekali melewatkan solat dan jangan jugak mendahulukan urusan dunia sebelum urusan akhirat..Bila kita selalu dahulukan Allah dalam setiap urusan kita,Allah juga akan selalu mudahkan dan lancarkan segala urusan kita,inshaa Allah..Okay daa una nak masuk tidur dulu..Fi amanillah..Good Night..do better for tomorrow..inshaa Allah..

Wassalam.

Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , | 4 Comments

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Hai chuolls..  Its been  a long time ek una tak update,please say that you miss my writing..kalau tak pun,ye kan sajelah..huhuhu...sebab una busy sangat-sangat bila dah hari-hari akhir internship hari tu,pergi training IBM Bluemix kat Plaza IBM untuk 2 hari,site visit,handle exhibition kat KLCC untuk 3 hari...balik dari office dah penat,..switch on laptop pun tak ada masa,kalau switch on pun untuk kejar deadline untuk report internship.. 

Well untuk training dan exhibition tu memang suatu pengalaman yang berguna jugak sebab dapat ilmu baru selain experience,tapi hajat untuk tulis entry tu tinggal hajat je..sebab lepas 2,3 hari..una pun jadi lupa apa nak tulis..Sob Sob inshaa Allah una akan ada lebih banyak training lepas ni...berkaitan Computer System,Software development,Communication,Electronic dan macam-macam lagi,kalau ada sesiapa yang berminat nak join boleh contact una.. inshaa Allah una akan kongsikan untuk masa akan datang..

P/S : Sorry banyak pulak  merapu dan membebelnya even wordless entry.. hurm...please don't hate me..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

6 Comments

Cinta Palsu Atau Cinta Hakiki?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Thanks Uncle Google

Entry ini dituju khas untuk yang belum bernikah..tapi yang dah bernikah pun boleh baca untuk dijadikan teladan untuk kaum keluarga atau kenalan yang belum bernikah...wink wink wink... =D

Apa patut dibuat kalau sukakan seseorang?

Kalau suka seseorang,cuba jauhkan diri dari dia..( Boleh ke?..Boleh..In shaa Allah..) Masa tu baru kita boleh bezakan kita suka seseorang tu sebab nafsu (nafsu maskud kat sini ikut perasaan okay..) atau sebab Allah.Kalau suka sebab nafsu,kita rasa tak boleh jauh dari dia..Ini lah permainan syaitan...Ada je rasa tak kena,Takut dia curang lah...takut dia tinggalkan kita lah...

Bukan ke kalau kita sukakan seseorang tu,kita sepatutnya percayakan dia,dan letak keyakinan dan berserah sepenuhnya pada Allah ..sebab Allah yang jaga hati kita...

Kalau kita suka sebab Allah,kita akan cuba kawal perasaan.Tak contact,tak jumpa tanpa sebab yang betul-betul penting.Kita akan lebih cuba untuk jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang antara satu sama lain.Sebaliknya,akan sentiasa mention nama dia dalam setiap doa,sebab Allah yang pegang hati dia dan kena yakin Allah mesti akan kuatkan hati kita selagi kita tak buat apa yang Allah larang..In shaa Allah..

Thanks Uncle Google

Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita

Percaya tak Allah pengatur terbaik hidup kita? Una percaya..dan ampa pun wajib kena percaya..Siapa lah kita untuk nafikan perasaan yang hadir.Siapa kita untuk tolak fitrah yang datang.Betul,cinta tu kan fitrah yang Allah bagi kat hambanya...tapi kena lah guna pada masa yang tepat dan niat kerana Allah..ye idok? 

Kalau dah kata suka sangat kat seseorang ni,rujuklah pada Allah,sebab Dia pemilik hati manusia.Cintakan manusia itu fitrah,tapi kawallah dengan iman,dan bukannya dengan nafsu.

Kalau rindu,doa pada Allah..mungkin boleh doa macam ni "Ya Allah..aku terlalu rindu pada hambamu itu,berikan dia merasai juga rasa rindu ini..tapi aku mohon janganlah rindu ini melebihi rindu aku pada Mu,melebihi rindu aku kekasih Mu,Muhammad S.A.W dan melebihi rindu aku pada ibu bapaku..jadikanlah orang yang aku rindu ini juga seorang yang sentiasa mengingati Mu dalam setiap waktu hidupnya." Doalah apa saja nak doa,sebab Allah Maha Mendengar dan Allah suka bila hambanya selalu berdoa.

Mutiara kata : Saat seorang lelaki sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalalkan seorang wanita,saat itu juga ada wanita yang mendoakan lelaki tersebut agar dipermudahkan urusan lelaki itu untuk menghalalkannya.

P/S : Sorry entry kali ni macam kejiwangan sikit..tapi cuma sebagai perkongsian sahaja..semoga dapat diterima seadanya dan semoga bermanfaat untuk semua..termasuk una sendiri,kaum keluarga,adik-beradik,kawan-kawan..(siapa yang ada stalk block una tu..sila mengaku..huwawawa.) sebab kita di akhir zaman ni sangat perlukan kekuatan diri..bukan sahaja dengan belajar martial art..tapi dengan perkongsian ilmu macam ni..in shaa Allah..itu sahaja untuk kali ni..see ya..

Wassalam.

Love,Fi hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , | 22 Comments

Malu tapi tetap buat jugak...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

INI adalah throwback atau kata lain,buang belakang tentang incident yang una alami baru-baru ni.Masa tu tengah drive dan tersekat dalam traffic jam..tak lama pun jam tu..dan kebetulan masa tu radio Fly.fm tengah play lagu best,(..una suka tukar-tukar channel radio asalkan dapat lagu best ) dan automatically una akan nyanyi sekali dan mulalah tangan,bahu dan kepala ni goyang sekali ikut music lagu tu..mcm dalam gambar ni..

Thank you google sebab ada jugak orang macam una rupanya

Haruslah...bila drive seorang-seorang rasa bosan dan inilah una selalu buat kalau drive seorang-seorang..Nak jadikan cerita..masa tengah perlahankan kenderaan sebab traffic jam tu,ada driver kereta sebelah ni,boleh pulak dia tengok una yang tengah syok sendiri dalam kereta tu..malunyaaa lahai...

Una pandang dia,dan dia pun pandang una..dia sengeh je dan lepas tu una nak buat apa lagi,sengeh balik dan jalan je lah..huhu..dushh! sumpah maluu....Tapi una dah selalu sebenarnya buat macam ni,cuma first time perasan ada orang tengok..

Kena gelak dengan kawan.

Perbualannya lebih kurang macam ni,..sebabkan dah lama,una tak ingat sangat..but it was something like this lah..

Kawan: Una..pergi mana tu..tadi kita nampak awak masa awak lalu kat traffic light,siap nyanyi-nyanyi lagi...hahahaha..

Una : Hahaha nak pergi beli barang kek lah hawak..nampak je eh kita pergi mana-mana..haha malunya siap tegur kita nyanyi-nyanyi lagi..Bahayalah Nurul ni..kita dah lah jenis tak perasan orang..

Kawan : Hahaha itu lah pasal..macam kita tak kenal awak tu..

*tapi sebenarnya Nurul ada habit yang sama jugak..huhu


Thank you again Google

Astaghfirullahalazim...Boleh tolong buat perangai elok sikit tak?

Ini pulak cerita masa zaman sekolah dulu,masa tu una dengan family tengah get ready untuk solat berjemaah dengan nenek dan wan (atok) sekali,.dan masa tu lebihlah teruk perangainya..Eh bukan teruk sebab tak join solat tau..Una solat berjemaah jugak..tapi ada cerita lain..

Masa tu baru pakai kain telukung..dan una boleh pulak menari shuffle pakai kain telekung tu.. -. -" sebab rasa macam best..tengah muda dulu..terlebih kreatif lah katakan..hehe lantas ku dimarahi ibuku..dengan dialong lebih kurang macam ni.. "Astaghfirullahalazim...Boleh tolong buat perangai elok sikit tak?.. ni nak solat ke apa? pergi ambik wuduk balik..! macam mana nak khusyuk kalau macam ni.."

Hehe itu dulu ye..sekarang tak buat dah..

P/S : Okay habis dah cerita..throwback je beb,tak ingat semua situation hehe..Tapi apa pun,kalau ada antara anda semua yang mempunyai habit yang sama macam una,boleh je teruskan..asalkan focus time memandu.Well,una just akan jadi macam ni kalau una happy je,kalau una tengah sedih atau rush sebab lambat,memang tak ada masa jugak nak nyanyi-nyanyi tu semua..huhu..hum senangnya nak detect mood una..senang kantoi lah macam ni..Okay see ya next time..Inshaa Allah.

Wassalam.

Love,Fi hifzillah.
~UNA~  


Posted in , , , , , , , , | 16 Comments

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Salam Jumaat semua..kalau dalam Islam,Jumaat adalah penghulu segala hari,jadi sempena hari Jumaat yang mulia ni,una nak kongsikan kelebihan Surah Al-Kahfi untuk ampa semua..Alhamdulillah Jumaat kali ni Allah bagi ilham kat una untuk kongsikan sedikit sebanyak pasal Surah Al-Kahfi ni..padahal Jumaat sebelum ni tak terfikir pun..huhu..Okay dah cukup...Kita teruskan dengan objektif utama okay..



Tentang Surah Al-Kahfi

Okay una akan ceritakan serba sedikit tentang Surah Al-Kahfi supaya ampa semua nampak briefly sikit tentang Surah Al-Kahfi ni.

Surah Al-Kahfi bermaksud Gua.Surah ni diturunkan di Makkah,merupakan surah ke 18 dalam Al-Quran dan mengandungi 110 ayat.

Ada kisahnya pula kenapa dijadikan surah tentang Gua yang una pun tak berapa arif untuk elaborate, tapi digalakkan ampa baca surah ni dengan terjemahan atau tafsir Al-Quran untuk lebih faham dan boleh menghayati isi kandungan surah ni..Inshaa Allah.

Surah Al-Kahfi Ayat 1- 10 & 101-110

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

1. "Jika sesiapa membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi,dia akan terlindung dari fitnah dajjal" ( Hadis Riwayat Muslim )

2. "Seseiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada Hari jumaat maka dia diberi cahaya yang meneranginya dari Jumaat dia membacanya sehingga Jumaat berikutnya. (Hadis Riwayat Al-Baihaqi,At-Tabrani,An-Nasai & Hakim)

3. " Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi,maka ia terlindung dari fitnah dajjal" (Hadis Riwayat Ahmad) 

Surah Al-Kahfi ni memang agak panjang sikit,tapi itulah ujian untuk kita sebenarnya..untuk selamatkan diri kita dari fitnah dajjal nanti..kan.Jadi kita kena usaha sikit okay..baca 10 ayat first and last pun okay..inshaa Allah..slow-slow..una dulu pun susah jugak nak biasakan diri..

P/S : Una pun tak arif sangat tentang kisah Surah Al-Kahfi ni,cuma una share apa yang una pernah baca saja..Wallahualam..una harap kalau ada sesiapa yang lebih tentang surah ni boleh tegur una kalau una share benda yang kurang tepat.. :) Okay Salam Jumaat semua..dengan ucapan..ampa dah baca Surah Al-Kahfi ka belum..hehe.

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~


Posted in , , | 20 Comments

Menari seperti tiada manusia yang melihat

   Assalamulaikum & Selamat Sejahtera

Hari ni terasa macam nak exercise sebab badan dah rasa macam lemau je..tak cergas dan tak bermaya langsung..tapi memang malas kalau sampai bab kena pergi jogging..selalu masa training Taekwondo pun kalau kena lari keliling gelanggang untuk warm up,mesti rasa macam terseksa sangat..Dan lepas tu tiba-tiba dapat idea untuk exercise dalam bilik je, zumba je senang..una search je zumba kat Youtube,then ternampak pulak lagu Selena Gomez,The Heart Wants What It Wants..Haa lepas tu una dah start buat step sendiri..hehe..It just come out automatically...=D

Thank you google


Thank you google

Kerana menari itu juga hobiku

Macam yang kita biasa dengar,kalau sesuatu tu memang dah jadi sebahagian daripada jiwa,walaupun dihalang sekuat mana sekali pun,akan ada suatu masa ia tetap akan terpancar dari diri..wahhh ayat..Dulu,masa umur dalam range 13-14 tahun,una ada hobi yang adik beradik una yang lain tak ada,iaitu,menari... ikut siapa pun tak tahu.hehe.

Dulu,una paling famous dengan title orang yang paling lama mandi dalam bilik air..Masuk bilik air nak mandi tapi tak dengar bunyi air..sunyi sepi..pastu nanti tiba-tiba dengar bunyi macam orang tengah bersilat. hehhee..Haha ye lah..sebab una menari dalam bilik air..sebab tak nak bagi orang marah,next timenya, una tak nak bagi kantoi,una meari sambil pasang air shower.Rupa-rupanya lagilah kena marah,sebab membazir air..haha nampak tak budak-budak lagi masa tu..



Thank you google

Larangan untuk menari..

Suatu ketika dulu,una pernah dilarang untuk menari sebab benda ni tak mendatangkan faedah untuk una sebab una tak akan boleh menari pun kat luar,sebab sebagai seorang perempuan Islam,una perlu menjaga aurat..Sebabkan tak nak derhaka,una pun ikut cakap parents..

Lagi pun parents una cakap kalau nak ada hobi pun,biarlah hobi tu mendatangkan hasil,macam join sport ke,belajar buat kek,belajar masak ke,yang mana una dah buat pun...hehe..una dah join pun Teakwondo,dah pergi banyak tournament,dan una dah pun belajar buat kek dan una ade bisnes kek sendiri sekarang..Alhamdulillah lah..kalau tak dengar cakap dulu,mungkin jadi apalah sekarang.

Jadinya,una nak nasihat untuk adik-adik yang mungkin terbaca entri ni,kalau parents tak bagi buat sesuatu tu,jangan sesekali melawan atau memberontak,sebab mesti ada kebaikan disebalik larangan tu.Cubalah untuk berikan yang terbaik untuk parents kita sebagai membalas jasa mereka yang dah melahirkan kita kat dunia ni,susah payah membesarkan kita dari kecil lagi..okay..janji tau!


Thank you google
Pengaruh TV

Kalau dulu,una start menari sejak adanya Akademi Fantasia,dan dari situlah una tahu yang una rasa happy and puas bila menari,..time ada diari Akademi Fantasia,selain una tunggu-tunggu kan any games yang diorang buat,una akan tengok and belajar sekali step tarian setiap minggu Akademi fantasia tu..Haa memang una boleh hafal okay tarian diorang..dah kalau setiap hari ulang siaran je mahunya tak hafal..haha..Selain tu jugak,una peminat fanatik artis Korea dulu,tapi minta lelaki je..then una suka tiru tarian diorang dalam lagu-lagu yang diorang sampaikan..susah sikit nak belajar tapi best.. =D


P/S : Okay dah habis dah bebelan una..Next,una akan share kebaikan menari,which is menari sebagai terapi on my next entry..inshaa Allah..Bye,and have a good day..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~






Posted in , , , , , , , | 24 Comments

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015 Oleh Blogger Yaya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Biasanya lepas nampak ada orang menconteng-conteng kat chat box una,una mesti akan pergi conteng balik kat blog orang tu..hahah...dan salah seorang yang berani menconteng chat box una ni adalah si blogger Yaya ni... ampa kalau nak kenal dia ni,boleh kenal dia kat sini okay.. ----> hstnrsyfh.blogspot.com

Dalam pada una nak conteng balik blog dia,una ternampak yang cik yaya ni ada buat Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015 .  Lepas tu kita pun apa lagi,laju-laju tulis pasal entry tu,tanda nak join jugak...sebab syarat yang dikenakan pun tak susah mana pun..

So,kalau sesiapa nak join..boleh klik je link yang una bagi kat atas tadi hokeyy...

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

5 Comments

Husna dah tutup lampu kereta?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Suka sangat rasenya setiap hari kena bahan dengan colleague di atas incident yang menimpa diriku ini suatu hari lalu..(minggu lepas) yang mana una terlupa tutup lampu kereta dan menyebabkan kereta  kehabisan bateri dan engine tak boleh start..Memang tak perasan langsung sebab masa tu una rasa tak sihat sangat dan nak cepat-cepat masuk office..lagi pun rasanya tak ada pun nyalakan lampu kereta..



Style tak uoolllss kereta una..boleh tembak-tembak lagi....hehhe tak ada lah gurau jer...una bawak kereta waja jer time tu..Okay back to story,.

Dan yang paling sadis sekali, ada seorang staff ni dah buat announcement bagi tahu "Siapa punya kereta waja tak tutup lampu ? " tapi una tak dengar pun,sebab una jenis buat kerja sambil pasang ear phone..humm...akibat tak dengar announcement tu,lampu kereta pun menyala selama 4 jam begitu sahaja..Then in the end,I was like....


Nasib baiklah una terasa nak pergi lunch kat luar masa tu,dan masa tu lah una perasan kereta tak boleh start..bayangkan kalau dah nak balik baru una pergi tengok kereta..huwaaaa..Jenuh jugak masa tu,nak cari jumper, dan sesuaikan kereta yang boleh charge kan kereta una..sebab kebanyakan staff tak ada kat office masa tu..sampai 5 orang tolong charge kereta una.

Mula-mula charge dengan kereta viva,sebabkan kan battery kereta viva lebih kecil dari waja,jadi takut akan menarik dengan kuat battery viva, (nanti kereta viva pulak tak boleh start), jadi terpaksa cari kereta lain pulak..Nasib baik tiba-tiba ada staff bawak kereta myvi datang,dan dia offer try charge dengan battery myvi..Alhamdulillah,..boleh sesuai..

Terima kasih banyak-banyak dekat 5 orang staff MTDC, #KakFaizah #KakHanim #AbangAdha dan 2 orang lagi staff department sebelah yang tolong una hari tu..semoga Allah mudahkan urusan mereka pulak bila mereka susah nanti..Thank you Allah for sending them to me at that time..kalau tak menganga jugak gamoknye teman yob...

P/S : Macam-macam jugak dugaan sebenarnya,dengan battery tak sesuai..lepas tu jumper berasap..sebelum tukar charge dengan kereta Myvi..Sejak hari tu lah,masuk office je,diorang akan tanye,Husna dah tutup lampu kereta? Haa tulah lain kali jangan careless lagi okay...HUHUHU..baik...T.T  Alhamdulillah murah rezeki hari ni Boss belanja lunch...weee..=D

Wassalam.

Love,Fi hifzillah.
~UNA~




Posted in , , , , , | 6 Comments

Hai semua..saya tengah tension ni...hehe..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Huwaaa..eh una tak cerita lagi yang una tengah internship dan kena buat project Mobile Application with IBM Bluemix kan..? Haa haruslah... sebab busy gilaa uollsss... sampai nak ucap Selamat Hari Raya kat hampa semua pun tak sempat..

Sementara masih dalam bulan Syawal ni una nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ye untuk semua followers blog una yang kenal una..mintak maaf banyak-banyak kalau ada gurau lebih-lebih sepanjang perkenalan..

Haa tengok gambar kat bawah ni..untuk project yang una kena buat ni,una gunakan Android Studio untuk create Android Application dan nanti baru masukkan dalam IBM Blumix.Una gunakan Java language untuk code program untuk buat android apps ni..


Tengoklah error warna merah banyak-banyak ni..benchik pulak menengoknye..yang paling sadis sebab tak ada orang boleh guide una..semua una cari kat youtube sendiri...Y.Y   tapi tak pe...benda ni memang mengajar una untuk independent.. dan sebenarnya bila kita tak bergantung sepenuhnya dengan orang lain, kita akan dapat ingat dengan lebih baik setiap procedure yang kita kena buat.


Salah satu terapi untuk tenangkan fikiran adalah dengan,..buat air..weee...nampak sedap tak air nescafe una buat tu...ade peribahasa untuk air tu..."seindah rupa,seindah rasa" hehe..Okaylah una nak sambung buat kerja ni..tak baik lagho lame-lame time office hour...bye uollls....

P/S : Sorry...ber "uoollss..uoollss " sebab terikut ade sorang colleague ni..huhu..lelaki pulak tu..hehe..

Wassalam,

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , | 9 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kuih Raya Paling Best

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Ini adalah tajuk  #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang una macam "haiyoo..I got no idea what to goreng laa"..Kuih Raya Paling Best.. Ye lah sebab mostly sekarang macam jarang sikit dah jumpa orang letak kuaih raya banyak-banyak atas meja macam zaman una kecil-kecil dulu..majority ramai yang letak kerepek-kerepek dan just 3,4 jenis je kuih atas meja..tapi still ada jugak lah kan...okay sat lagi una cerita kuih apa...

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Kenapa dah ramai yang tak letak kuih raya atas meja? sebabnya..bila letak kerepek,confirm akan mengunyah je bila berborak time raya rumah orang..Then,budak-budak pun suka kerepek..ada tu yang sampai dari penuh badang kerepek,sampai licin dimakannya...(adik una lah contoh orangnye..hehe)  tapi kesian jugak dekat budak-budak sekarang sebab tak berapa familiar dengan kuih raya... itu lah pro and cont dia..(  hows time fly so fast.. rasa macam baru je raya..ni dah nak raya lagi...)

Okay ya udah ya udah...ampa dah tengokkan gambar kuih raya kat atas tu..haa itu lah kuih yang una nak cerita tadi..inilah jenis kuih yang still akan ada atas meja even semua orang suka buat open house,dan letak kerepek  menggantikan kuih raya.. ini lah biskut almond london, biskut cornflakes madu dan biskut semperit chuuolllss...

Basically, ini lah jenis-jenis kuih raya yang akan una tolong ibu,mak cik dengan nenek buat kat dapur masa kecil-kecil dulu,cuma sekarang dah tak buat sebab semua orang suka beli kuih tunjuk..dan lagi banyak beli kerepek je..Kesian kat adik saudara una yang lain sebab tak pernah lagi experience benda macam ni...

So,kuih mana yang jadi pilihan hati?tunggu untuk tajuk #harike17 nanti okay..Ada cerita disebalik kuih tu...

P/S : Tulis pasal kuih raya tapi terfikir-fikir rendang ayam kuning dengan ketupat...glupp

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , | 6 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Bajet Raya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Ini adalah salah satu tajuk untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang una rasa macam tak ada idea langsung untuk tulis.I feel so blurr..Okay okay,memandangkan una ni still study,dan belum kawin lagi..so dah semestinya perbelanjaan raya tu dalam tanggungan parents lagi... bilalah una nak dapat belanja parents pulak..sob sob =( 




Una rasa bertuah sebab sejak kecil una sangat diajar untuk berjimat-cermat,sampai dah besar ni una rasa tak suka nak berbelanja lebih-lebih..kalau una pergi shopping,mesti akan jadi lama sebab una akan survey harga dengan barang sampai una rasa okay...

Jadi,itu adalah salah satu kelemahan una,jadi untuk mengelakkan pembuangan masa berlaku,una lebih banyak serahkan kat ibu je untuk pilih baju raya untuk una..since ibu dah tahu cita rasa una yang macam mana..dan una pun jarang ada dekat rumah time Ramadhan..lagi pun una pun tak kisah,ape yang best kat mata ibu,una terima je..Lagi pun,ini lah peluangnya..nanti kalau una dah ada suami,mesti tak rasa lagi benda macam ni..

P/S : Actually una tengah rindu kat ibu ..rabu ni baru balik =,(

Wassalam.

Love,Fi hifzillah.
~UNA~


Posted in , , , , | 1 Comment

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Lagu Raya Pilihan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hai semua.. untuk tajuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang seterusnya ni,iaitu lagu raya pilihan,una tak nak cerita panjang-panjang..actually una bukan jenis dengar lagu raya sangat..huhu una lebih banyak tunggu movie movie dan show show yang akan ditayangkan sepanjang hari raya.

Cuma una still ada lagu raya yang una suka dari kecil lagi..dan semestinya una suka lagu yang bukan berentak perlahan di hari raya..sebab una dah biasa dari kecil,.kalau dengar lagu slow time raya rasa macam tak sabar nak tunggu lagu tu habis..huhuhu (whats wrong with me la..)

Tapi sebenarnya bila mendengar lagu berentak rancak tak bermaksud kita meraikan hari raya tanpa mengingati golongan tidak bernasib baik..Sebaliknya,kita sebaiknya ingat mereka dalam doa dan bukannya dalam lagu semata-mata..betui dak..huhu..sebab nanti kalau dah habis raya,habis lagu raya,ingatan pun habis..lagu tu ka?

Haa nah..una belanja lagu hari raya favorite una ..kasi mood raya sikit..tak mau sedih-sedih okay..kalau sedih jugak doalah dalam solat..inshaa Allah diberi lebih kekuatan.. #senyumciked =D

Selamat Hari Raya -Saloma

Selamat Hari Raya -Rahimah Rahim


Suasana Hari raya -Anuar Zain & Elina

Warna warni di Aidilfitri- Dato' Hattan,Amy Mastura,Ameng,Shima,Mel & Nash

Nazam Lebaran -Dato' Siti Nur Haliza


Raya Setahun Sekali - Amy Mastura

P/S : Selamat menjalani hari-hari terakhir Ramadhan 2015 dengan penuh tekun dan selamat hari raya,maaf zahir batin..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~


Posted in , , , , | 3 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.