Amalan Membaca Al-Ma'thurat Beri Kesan Sangat Positif

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Una bersyukur sangat sebab Allah dekatkan una dengan kawan-kawan yang banyak dan selalu nak berkongsi cerita dan pengetahuan diorang tentang ilmu akhirat.Mungkin Allah hantarkan mereka ni kat una sebab nak una belajar benda-benda yang una ambil sambil lewa sebelum ni.

Semalam masa tengah dinner,una dengan kawan,Huda borak-borak kosong,then sampai satu point Huda cerita pasal style dia study sebelum masuk UPM dulu,yang dia still buat sampai sekarang,dia selalu amalkan Al-Ma'thurat setiap pagi dan petang,dengan izin Allah dari keberkatan itu,Huda beberapa kali dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan / Dekan),alhamdulillah..

Huda cerita lagi,alhamdulillah jugak,dia rasa sangat senang untuk serap ilmu,rasa lapang hati dan fikiran,dan hari-harinya terasa mudah walaupun berdepan dengan keadaan yang susah.

 

Jadi una pun rasa terbuka hati untuk share pasal Al-Ma'thurat ni dengan semua,supaya kita semua dapat sedar dengan kelebihan Al-Ma'thurat ni,yang una sendiri pun sebelum ni selalu terima Al-Ma'thurat dari majlis-majlis kenduri kahwin,doa selamat dan sebagainya,tapi buat koleksi je,tak amalkan pun..huhu.

Sebabkan una tak berapa arif pasal Al-Ma'thurat ni,una search la sikit..dengan harapan,kita semua dapat manfaat dari apa una search ni,dan berusaha untuk amalkan.Amin..Bolehlah baca time free,cuba cari masa dan kita sama-sama cuba balance kan urusan duniawi dan akhirat okay..



Tahu tak apakah Al-Ma'thurat itu?
Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan.

Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek)
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari..
Insya-Allah

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat

*Tidak dihampiri syaitan
*Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
*Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
*Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
*Selamat dari segala sesuatu.
*Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
*Allah berhak untuk meredhainya
*Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
*Terhindar daripada syirik.
*Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
*Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
*Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
*Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
*Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa
~dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Tahu~

Al-Ma'thurat Bersama Ustaz Don Dengan Teks



P/s : Alhamdulillah,thank you Allah,sebab bukak hati Huda untuk cerita ni kat una,supaya una dapat start amalkan perkara-perkara baik yang una ambil sambil lewa sebelum ni.Bolehlah baca time free,cuba cari masa dan kita sama-sama cuba balance kan urusan duniawi dan akhirat okay..Semoga kehidupan kita lebih diberkati oleh Allah,in shaa Allah.

Wassalam,

Fi Hifzillah,
Una.





  


Posted in , , , , , | 3 Comments

Pergheli ke ape ni...(live update)

Assalamualaikum

Al-kisahnya una yang tengah dalam minggu "Study week" dan membuat preparation yang rapi untuk ambik exam ni pergilah study kat library main campus kat UPM ni ha..sebab cerita dia kalau study kat dalam bilik kat kolej,memang tak study sangat lah jawabnya..lagi banyak lagho dari study..tapi macam biasa internet still kene ada,so una pilih untuk study kat ruangan komputer sebab tak bawak laptop.

Ini lah rupa library main campus di UPM

Lepas tu,nak dijadikan cerita,dalam tengah study tu syaitannirrojim pun datang menyebok time orang study..rase bosan yang sangat,dengan mengantuk sekali..padahal baru je lepas solat zohor..nak minum tak boleh sebab una tengah puasa...pastu una pun rase "humm tak boleh go la macam ni.." Then una pun bukak lah youtube untuk hilangkan bosan kononnya..Silap jugak tak standby earphone dalam bag,konon-konon memang tak nak bawak earphone sebab tak nak study dengan pakai earphone nanti tak concentrate..

Haa hambik kau kebosanan.. Sebab memang dah bosan sangat una bukak jugak youtube tapi volume slow la...una tengok previous user yang guna komputer una guna ni,dia bukak video therapy music..relaxing mucis with piano...something macam tu lah..una saje lah pasang video tu,sebab una rase okay jugak bagi hilang sikit stress dan of couse lah orang sebelah boleh dengar jugakkan sebab tak pakai earphone.

           3 HOURS Best Relaxing Music "Romantic Piano"

Dalam berbesar hati pasang music tu biar orang sebelah (orang sebelah meja,lelaki foreigner berkulit gelap) pun hilang stress sekali,tapi una tak sedar pulak sama ada dia bertambah stress atau pun apa...huhuhu (TT.TT) Dalam 25 minit lepas una pasang video music tu,dia pun pasang jugak.....dia pun pasang music therapy jugak..tapi yang versi zikir punya..yang impress nya,dia kenal pulak tu Hafiz Hamidun..

Terapi zikir Hafiz Hamidun

Nak tersenyum pun ada bila dia buat macam tu,tapi impress lah sebab mungkin dia nak bagi tau una lebih baik dengar zikir dari music yang meleret-leret tu...huhuhu..Tapi ape pun,thank you kat foreigner tu,sebab alhamdulillah terus datang balik motivasi...lupe pulak nak tanye nama..haha (tak delah,..tak perlu pun)

P/S: okay lah cukup je sampai sini..laju-laju una update blog ni sebab ni sebab nak isi waktu kelapangan di kala bosan.Okay lah una nak sambung study..doakan kejayaanku ye wahai awak semua... =D

Wassalam . 
Love,
Una.

2 Comments

Pemenang Segmen Blogwalking & Give Away by Kisah.Si.Gadis.Leo

Assalamualaikum & Selamat sejahtera


Seperti yang dijanjikan,una akan umumkan senarai nama penenang segmen yang una publish pada 1 May 2015 hari tu,walaupun una terlambat sehari untuk umumkan..Maaf ye..sebab dan dan wifi problem pulak dekat kolej kediaman una ni semalam (1 Jun 2015)..
So hari ni dah okay,una laju-laju publish nama anda yang menang ni..sebelum wifi buat hal lagi..haa suka ke idokkk..hehe.

Sebagai penghargaan juga,una letakkan link-link blog anda semua kat blog list (Blog Selalu Jenguk ) kat tepi ni..dengan harapan kita akan selalu keep in touch lepas ni..kene bagi penghargaan,sebab ada yang berlari satu rumah sebab tarikh segmen nak tamat,ada yang awal-awal dah join,ada yang rasa macam susah je nak cerita pasal diri,tapi still cerita jugak sebab nak penuhi syarat..hehe terima kasih ye semua..

Bagi anda yang tidak tersenarai kat bawah ni,una ucapkan thank you so much juga,sebab luangkan masa untuk join segmen una,cuma mungkin tak ada rezeki kali ni.in shaa Allah kalau Allah bagi rezeki lain kali,mesti boleh menang untuk masa akan datang pulak.

Jadi,ini lah dia senarai pemenang-pemenang yang una dah pilih,lepas check satu per satu blog yang join..

Senarai blog Pemenang Segmen Blogwalking & Give Away by Kisah.Si.Gadis.Leo :


Una ade 1 permintaan dekat anda yang menang ni,.sila tinggalkan butir peribadi anda kat email una ye..supaya senang una nak post hadiahnya.. :D

Email una : nurulhusna728@yahoo.com
Tinggalkan butir peribadi seperti : Nama,No phone,Alamat rumah.

p/s : sebabkan una tengah busy dalam bulan ni dengan projek dan final exam (biasalah student..),jadi in shaa Allah sebelum 1 Julai 2015 una akan hantarkan hadiahnya..Nanti kalau una dah post una akan bagi whatsapp ye. 

Jutaan terima kasih untuk yang dah join segmen una.. yang menang ataupun tak,maaf kalau ada kekurangan kat mana-mana.

Wassalam.

Love,
Una.




Posted in , , , | 9 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.