Fanatik,Obses Atau Psiko ?

Assalamualaikum


Hai untung lah mood nak blogging tengah datang..actually dah lame una nak update pasal tajuk ni tapi tak berkesempatan sebab busy sikit...( ala cliche betul alasan tu..huhu )..Okay end of story..

Lets get back to our topic,so basically how can we differentiate between fanatik,obses atau psiko ni? haa ni una dah tolong google kan, kalau nak ikut una punya definition,I think I cant really describe in word la...ermm..

Fanatik : Bermaksud taksub,tegar hati,kuat pegangan,kuat keyakinan dan kuat                  kepercayaan serta fahaman atau perilaku yang menunjukkan ketertarikan terhadap sesuatu secara berlebihan.

Obses :Terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melalukan apa sahaja demi benda tu,menghambakan diri pada sesuatu yang melibatkan hati,pemikiran,fizikan,masa dan kehendak.

Psiko : Kajian jiwa, mental atau rohani dan tingkah laku manusia.Dalam erti kata lain, tingkah laku dalam bentuk lampau (overt behavior) kerana menjengkelkan ataupun melakukan sesuatu menjauhi garisan norma kehidupan sebenar. 

Haa sekarang dapat differentiate ke belum.. Kalau korang ada minatkan seseorang atau pun artis,now check korang ade kat category yang mana..Macam una sendiri pernah je ade moment dalam life yang minatkan something tu sangat-sangat..Dulu lah..mase zaman-zaman 18-20 tahun macam tu..minat gile kat artis korea.. Minat sangat group SS501,Shinee, Pelakon Lee Min Ho,sape-sape tah lagi tak ingat dah name...haha

Sampai una dah di label "una = korea" kalau ada kawan-kawan yang nak tahu pasal korea,atau artis korea,tanya je una,una mesti boleh jawab,kalau tak boleh jawab pun,una akan search kan untuk diorang..haa dasyat kan.Oh bytheway,dulu una ada nama lain tau, name lain una dulu, UNAKIMHYUN hehe gabung name una dengan artis korea.

Tapi itu dulu,mase zaman orang kata "baru nak up",sekarang una sedar,tak ada faedah pun fanatik sangat sebab at the end una rasa attitude diorang sebenarnya tak boleh dicontohi pun.Then,I just stop,cut it off..lagi pun diorang ni kan suka buat plastic surgery,tak natural macam orang Malaysia,then una terus stop jadi fan selebriti Korea..hahaha


Una sebenarnya tahu tentang hukum terlalu fanatik,tapi still buat jugak,still fanatik jugak,may be sometimes terlupa..so...yeah,thats not a good thing to be doing la ye...

Sekarang una minat selebriti Malaysia je,una minat Lisa Surihani,Neelofa,Faizal Tahir dengan Aiman Hakim Ridza,una pun ade Blogger Malaysia favourite una sendiri,nama dia...RAHSIA...haha..untuk overseas pulak, una just minat lagu,atau movie yang best je..una minat Taylor Swift dengan Selena Gomez tapi biasa-biasa je..just enjoy singing their songs.

Minat dengan selebriti ni perkara yang normal,tapi bagi una terlalu fanatik,terlalu obses ni benda yang tak sihat sebab pertama,of course berdosa sebab kita mengagungkan sesuatu lebih dari Allah,contohnya kalau pasal seseorang tu kita sanggup nak ambil tahu pasal diri dia,kegemaran dia,aktiviti harian dia,tapi dengan agama Allah,kita tak buat pun macam tu,tak ambil pun masa untuk tahu mendalam pasal Islam,tak ambik masa pun untuk kenal Rasul,kisah hidup baginda..sahabat-sahabat baginda..kita tak ada masa pun untuk tu..tengok movie korea berjam-jam tahan je..baca Al-Quran berapa minit pun jarang..what a sad thing la kalau kita fikir balik..

Kedua,sebab terlalu fanatik,obses atau kadang-kadang sampai lalukan perkara yang merbahaya untuk orang yang diminati tu atau,psiko, tak sihat sebab akan menjejaskan hidup individu tu sendiri,perkara tu akan buatkan dia leka,lalai dan terlupa dengan perkara yang lebih penting dalam hidup dia.Dalam erti kata lain,sangat buang masa lah senang cita.

Boleh,untuk minat,sampai fanatik atau obses,tapi jangan sampai tak ingat dunia...dan jugak akhirat...hehe..contoh kalau pergi event yang ada Aiman Hakim Ridza,just buat macam " Omg Aiman ! I like u so much...lets take a picture.." okay dah,enough sampai situ je,kalau dia buat perkara annoying in the future,delete lah gambar dia..hahah tak ada lah...Kalau betul-betul minat join lah fan club,at least boleh tambah kawan baru kan..boleh buat surprise event untuk artis favourite kita tu...kan lagi best macam tu..and lagi selalu kita dapat jumpa artis favourite kita tu. ;D

P/s : Una ade kawan,dia seorang Atlet Malaysia,sukan Polo Air, tapi minat warna pink dan suka group Korea,SSID..hehehhe sangat tak kene dengan character sebenar.. (Nasib baik dia bukan jenis suka baca blog).. :D

Sekian,thank you,Assalamualaikum.

Love you,
Una.

Posted in , , , , , , , , , , | 4 Comments

Kaki juga aurat,sayang.

Hai assalamualaikum




Aku sebenarnye dah lame nak tanye..tapi macam rase malu and still need to find the right time nak tanye..yang aku fikir..yang pakai stokin ni may be sebab pakai kasut bertutup,then tak nak kaki berbau or may be sejuk bile bukak kasut dalam air cond..emm..logik..logik...Then aku tanye jugak dekat kawan aku ni time kitorang tengah study..

Aku : Kenape ade certain perempuan pakai stokin and ade certain perempuan tak pakai stokin? saje-saje je eh? sebab pakai kasut bertutup ke? sebab sejuk? kaki tu aurat jugak ke? kan pakai seluar and kain..tak pakai stokin pun kire tutup aurat jugak kan?
(and yang tak pakai stokin tu aku sendiri lah..huhuhu. )

Kawan aku : Oh...aah..sebab kaki pun aurat..huhu..basically aurat kalau kite nak tau aurat kite tertutup sempurna ke tak,kite fikir care kite berpakaian tu boleh bawak untuk solat ke tak..maksudnye sesuai tak untuk kitesolat even tak payah pakai telekung.Kalau dalam solat,kite tutup semua anggota kecuali muke dengan tapak tangan kan..so,samelah jugak bile kite kat luar..Pakai stokin tak wajib pun..tapi sesuai untuk keselesaan kite better pakai je..senang..huhu yang penting tutup aurat. (Die pakai stokin) 

Aku : Oh ye ke...ya Allah selame ni una ingat kaki tu bende biase..dalam solat tu sebab kite pakai kain labuhkan..so automatic tutup..thank you sebab bagi tau (malu...tapi relax je la..haha)

Kawan aku : Tak sangke jugak una tanye soalan macam ni..tapi baguslah..hehe..same-same belajar tak pe..

So lepas incident tu aku terfikir,selame ni aku belum tutup aurat dengan sempurna..Nenek  pernah ingatkan aku pakai stokin,tapi aku ingat untuk saje-saje..Nasib baiklah Allah bukak pintu hati aku nak tanye die...

Untuk tau lebih lanjut bolehlah pergi website ni -----> Hukum memakai stokin 
atau google yang lain-lain.search kat youtube pun okay..aku pun still nak belajar lagi...

 Well,life is too short for us to wait and tomorrow is a guarantee..Tak ade ape yang kite patut utamekan kat dunia ni selain mencari redha Allah :)

P/S : Selangkah kite berusaha mendekatkan diri dengan Allah,.seribu kali Allah akan lebih dekat dengan kite..InshaAllah..

Posted in , , , | 1 Comment

Tips Memilih Jurusan Pengajian di IPTA/IPTS


Assalamualaikum..

Entry ni ditujukan khas untuk salah seorang adik saudara kekna,yang baru dapat result SPM baru-baru ni,tahniah untuk result Fatin..dan untuk pelajar-pelajar lepas SPM/STPM/Diploma dan Matrikulasi yang lain pun boleh jadikan maklumat yang bakal di sampaikan ni as reference jugak okay..

Basically,tips ni pun adalah tips yang kekna pernah dapat dulu..dari family dan cikgu-cikgu kekna dulu..

Tips Memilih Jurusan Pengajian di IPTA/IPTS

1.Kenali KELAYAKAN keputusan peperiksaan anda yang bersesuaian dengan jurusan.

Of course,perkara first kita akan buat ialah refer balik kat result kita supaya kita tahu kita lebih ke arah apa..okay,kalau kita tak sure,boleh refer kat cikgu-cikgu,dorang mesti boleh bagi suggestion.Selalunya kalau result kita strong kat subjek science dan/atau maths,kita boleh futher study dalam 

2.Kenali dengan jelas MINAT diri sendiri. 

Okay yang kedua,list kan minat diri sendiri.Memang,sometimes seseorang tu boleh ada banyak minat,contohnye minat nak study bahagian medic la,pastu minat pulak nak jadi JD radio sebab minat Johan ERA contohnya,tibe-tibe minat nak jadi pengacara tv sebab nak selalu appear kat tv. Its okay..Boleh..sebab kekna pun macam tu jugak dulu haha..All we have to do is kita list kan semua minat tu..tapi mengikut priority atau keutamaan..apa yang kita PALING minat dan yang berikutnya.Then again, dari situ kita boleh compare antara kelayakan dan minat kita.

3.Pilih jurusan mengikut MARKET semasa.

Okay point yang ni antara point pak cik kekna yang paling kekna ingat,sebab macam rare..Kekna tak faham ape yang dimaksudkan dengan market during at that time...Tapi sure point ni dah banyak orang guna dah sekarang kan..PiIih jurusan ikut market maksudnya,pilih mengikut kadar pemintaan pekerjaan yang tinggi..tapi kekna percaya as time goes by,permintaan pekerjaan ni ada yang berubah-berubah sikit kan..Jadi,dont stick to one info je tapi rajin-rajin tanya update dari orang-orang industry yang berpengalaman.

4.Buat solat istiharah dan hajat dan minta petunjuk dari Tuhan.

Allah pencipta kita,dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..Jadi untuk dapat pilihan yang lebih diberkati,mintalah petunjuk dari Allah..rajin-rajin buat solat sunat dan doa banyak-banyak..mintak Allah permudahkan kita dan gerakkan hati untuk buat pilihan yang tepat dan kita yakin dengan pilihan kita..tapi doa tu kenelah mintak dengan penuh ikhlas dan sungguh-sungguh taw..

5..Minta pendapat ibu bapa,guru dan kaunselor. 

Dalam apa pun perkara kita buat,kita jangan sesekali membelakangkan ibu bapa kita,walaupun ada sesetengah ibu bapa yang kurang arif pasal jurusan-jurusan semua ni.Well,sebab ibu bapa kita masih mampu untuk tolong doakan..dan percayalah yang doa ibu bapa tu "senjata" yang sangat kuat untuk kebahagiaan,ketenangan...ape lagi..haa semua yang baik lah untuk hidup kita. Tanya kat cikgu-cikgu,sebab mereka sebahagian daripada hidup kita jugak,mereka jugak tahu ape kelebihan dan kat mana kekurangan kita,so mereka pun boleh bagi suggestion at the end..Same ah jugak macam kaunseor..


Meh sini nak cakap : Walaupun kadang-kadang kita terlalu minatkan sesuatu,tapi kita tak dapat untuk ikut minat kita tu sebab rezeki tak menyebelahi kita,jangan rasa down,jangan cepat putus asa..In fact,cuba untuk "jatuh cinta" dengan apa yang kita dapat..Ilmu tu milik Allah,bile Allah dah bagi kita rezeki kat bahagian yang lain,dan kita bersyukur..kita terima ikhlas sebab Allah,kita mendalami ilmu tu sebab Allah..inshaAllah Allah mesti luaskan lagi rezeki kita dalam bidang yang Allah dah bagi untuk kita..Ingat jugak..Allah sentiasa lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. :)) keep smiling n be strong!

oh..by the way,selain point yang kekna pernah dapat dulu ni..kekna ade search jugak info lain..and kekna rasa info ni membantu jugak...sat na..

tadaaaaaa ...bole click kat sini k.. subjek-subjek yang berkaitan dengan jurusan =)

Okay tu je...bye assalamulaikum...

LOVE,
Kekna.






4 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.