Tuesday, 26 January 2016

Petua Merawat Demam Denggi

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Lately macam kerap juga dengar orang kena demam denggi..Actually denggi ni bila-bila saja boleh kena,cuma kita je yang tak aware,bila tiba musim denggi baru kita nak take action..may be ada yang tak macam tu..tapi mostly macam tu lah..huhu..Anyway,entry kali ni una tuju khas untuk adik una..Muhammad Nazirul Helmi Mohd Halim sebab baru-baru ni dia demam panas sampai jadi suspek denggi..innalillahiwainnailaihirojiun...No lah.. dia sihat lagi alhamdulillah..( musibah yang kita dapat kena ucap innalillahiwainnailaihirojiun okay...tak semestinya kematian sahaja...)

Taraaa...... nah una belanja sikit gambar adik una..

Since una memang minat medic,dam memang tak layak masuk bidang medic,so una belajar basic pasal medic sendiri sendiri saja..dan una pernah tahu tentang cara untuk reduce kepanasan demam panas dan demam denggi ni,tapi just tak berapa ingat sebab belum pernah praktikkan lagi..

So,una akan share kan juga kat sini untuk kegunaan bersama..Apa itu demam denggi   


Simptom Demam Denggi

Meh kita tengok simptom-simptom yang mungkin kita dapat sebelum disahkan kita menjadi suspek denggi..Macam adik una rasanya dia cuma demam panas..tapi agak nampak teruk sebab dia sakit sendi,sakit kepala..may be sebab dia jarang demam..alhamdulillah lah..

So simptom-simptom demam denggi adalah seperti berikut.
  • Demam Yang Tinggi Secara Tiba – tiba  Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik – Bintik Merah  Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan  Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi
Cara merawat demam denggi

Kebiasaannya, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi. Biasanya penggunaan ubat antipiretik akan digunakan unutk meredakan demam denggi.
Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh diguna pakai sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.
 Antara petua merawat demam denggi
1) Air Masak. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.
2) Sup Ketam. Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.
3) Jus Daun Betik. Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah, ambil sedikit dauh betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.
4) Jus Buah Kiwi. Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.
5) Jus Buah Kurma. Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh
6) Jus Buah Jambu. Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting unutk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.
7) Jus Pegaga. Kisar dan minum jusnya.
8) Tembikai Merah. Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

P/S : Kalau kita perhatikan, kesemua rawatan mudah demam denggi adalah dengan penggambil air yang banyak. Ada juga yang menggalakkan pengambilan minuman isotonik.Tapi una x galakkan kita amalkan air isotonik masa demam sebab air tu ada kandungan gas dan gula yang tinggi. Walaupun minuman isotonik boleh recover kita dari demam lebih cepat,tapi ada keburukan disebalik tu,sebab potensi mendapat penyakit kencing manis lebih besar.Walaubagaimana pun,semua ni cumalah usaha kita sebagai manusia sahaja..yang lebih layak bagi kita kesihatan tubuh badan sebenarnya adalah Allah..jadi ikhtiar,ikhtiar jugak...doa jangan lupa okay... ;D

Wassalam.
Fi Hifzillah,
~UNA~

Saturday, 9 January 2016

Tolonglah Hormat Sikit...Tolonglah..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Akhirnya berpeluang juga una untuk update blog ni...Alhamdulillah...selesai semua exam una untuk semester ni..semoga Allah berkati semua usaha una dan kawan-kawan seperjuangan yang lain,dan berikan kejayaan untuk kami semua...Ameen.. =)

Entry kali ni bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa,tapi cuma sekadar perkongsian yang una nak buat supaya boleh dijadikan pengajaran untuk semua..Kejadian ni jadi betul betul pada hari last paper una,iaitu petang selepas solat Jumaat semalam..

Pagi sebelum exam,una dah rancang untuk study kat library main campus, sebelum ke library,una singgah ke satu stall yang jual macam macam,semua ada,..kira memang bestlah stall ni,memang jadi tumpuan untuk orang yang nak cepat tapi still nak dapatkan breakfast..lebih kurang drive thru jugaklah kekeke..

Cuma yang tak bestnya,bila una terdengar dan nampak sendiri cara percakapan si penjual kuih ni,kepada ibunya yang sama-sama jual kuih kat situ dengan seorang lagi mak cik..Allahu..Sedih..! sedih sangat rasanya,.

Dengan nada yang marah dan menengking,dia cakap pada maknya," Mak! tu duit jatuh tu! ish kira duit tapi tak reti ikat..!" dengan akur,mak cik tu kutip duit yang jatuh tu..bukan banyak pun,dalam beberapa ringgit je..

Penting sangat ke duit awak tu..memanglah duit penting,tapi penting lagi hati seorang ibu...kalau dah tak ada ibu nanti nak cari kat mana lagi??? Tolonglah hormat sikit...bukan sikit...banyak...sepenuh hati..

lepas tu dia cakap lagi,"Eh aku ada masak nasi tak tadi? ha? aku ada masak nasi tak tadi? " ingat cakap pada siapa tu? kawan?? kenapalah buat macam tu...sedar ke tidak dia tu seoang ibu,dah tua pula tu...tak kesian ke bila fikir ibu yang dah tua tua pun masih bekerja lagi..? dan ada beberapa ayat lain una tak suka dah nak dengar,terlalu sedih una rasa..sementara tu,customer lain yang ada kat situ pun cuma mampu tengok saja..una yang dengar pulak terasa kecil hati...

Kebiasaannya,una pergi stall tu tak pernah nampak kakak tu..cuma ada dua orang mak cik..Lepas dapat apa yang una nak beli,una bayar dengan mak cik lagi seorang tadi..una terus beredar,una cuma mampu mencegah dari hati saja...dan una doakan semoga dia dapat sedar sebelum terlewat,diberikan hidayah dan lembut hatinya untuk hargai apa yang ada sebelum semua tu hilang..Tiada guna,cari rezeki yang banyak,sampai jadi tumpuan orang ramai,tapi ketepikan hati seorang ibu...

Semoga Allah beri yang terbaik untuk keluarga mereka..


Wassalam,
Fi Hifzillah.

~UNA~

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...