Saturday, 9 January 2016

Tolonglah Hormat Sikit...Tolonglah..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Akhirnya berpeluang juga una untuk update blog ni...Alhamdulillah...selesai semua exam una untuk semester ni..semoga Allah berkati semua usaha una dan kawan-kawan seperjuangan yang lain,dan berikan kejayaan untuk kami semua...Ameen.. =)

Entry kali ni bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa,tapi cuma sekadar perkongsian yang una nak buat supaya boleh dijadikan pengajaran untuk semua..Kejadian ni jadi betul betul pada hari last paper una,iaitu petang selepas solat Jumaat semalam..

Pagi sebelum exam,una dah rancang untuk study kat library main campus, sebelum ke library,una singgah ke satu stall yang jual macam macam,semua ada,..kira memang bestlah stall ni,memang jadi tumpuan untuk orang yang nak cepat tapi still nak dapatkan breakfast..lebih kurang drive thru jugaklah kekeke..

Cuma yang tak bestnya,bila una terdengar dan nampak sendiri cara percakapan si penjual kuih ni,kepada ibunya yang sama-sama jual kuih kat situ dengan seorang lagi mak cik..Allahu..Sedih..! sedih sangat rasanya,.

Dengan nada yang marah dan menengking,dia cakap pada maknya," Mak! tu duit jatuh tu! ish kira duit tapi tak reti ikat..!" dengan akur,mak cik tu kutip duit yang jatuh tu..bukan banyak pun,dalam beberapa ringgit je..

Penting sangat ke duit awak tu..memanglah duit penting,tapi penting lagi hati seorang ibu...kalau dah tak ada ibu nanti nak cari kat mana lagi??? Tolonglah hormat sikit...bukan sikit...banyak...sepenuh hati..

lepas tu dia cakap lagi,"Eh aku ada masak nasi tak tadi? ha? aku ada masak nasi tak tadi? " ingat cakap pada siapa tu? kawan?? kenapalah buat macam tu...sedar ke tidak dia tu seoang ibu,dah tua pula tu...tak kesian ke bila fikir ibu yang dah tua tua pun masih bekerja lagi..? dan ada beberapa ayat lain una tak suka dah nak dengar,terlalu sedih una rasa..sementara tu,customer lain yang ada kat situ pun cuma mampu tengok saja..una yang dengar pulak terasa kecil hati...

Kebiasaannya,una pergi stall tu tak pernah nampak kakak tu..cuma ada dua orang mak cik..Lepas dapat apa yang una nak beli,una bayar dengan mak cik lagi seorang tadi..una terus beredar,una cuma mampu mencegah dari hati saja...dan una doakan semoga dia dapat sedar sebelum terlewat,diberikan hidayah dan lembut hatinya untuk hargai apa yang ada sebelum semua tu hilang..Tiada guna,cari rezeki yang banyak,sampai jadi tumpuan orang ramai,tapi ketepikan hati seorang ibu...

Semoga Allah beri yang terbaik untuk keluarga mereka..


Wassalam,
Fi Hifzillah.

~UNA~

2 comments:

  1. Ada juga anak begitu yer, pentingkan duit dari ibu sendiri... tak patut betul...

    ReplyDelete
  2. moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang sebegitu.

    ReplyDelete

Designed by Nurul Husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...